Wednesday, November 16, 2011

Kesian Yb Bung Mokhtar..., TERKENA Jua Akhirnyaaa....

Bung Moktar melenting kerana isu lembu Feedlot Gemas yang tidak berkesudahan. Apabila Bung Mokhtar bersuara maka ia akan mengambarkan majoriti suara ahli parlimen BN, kerana beliau ialah Timbalan Ketua Majlis Ahli Parlimen BN (BBC-BN). Tugas rumit itu terpaksa diserahkan kepada Bung Mokhtar kerana tidak siapa pun sanggup memikul tanggungjawab tersebut. Lebih-lebih lagi meminta Shahrizat meletakkan jawatan.
"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab”
"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan”

"Walaupun dia Menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti kepada Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil,"

"Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya,"

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi @ Pak Lah terus bersuara dan menjawab supaya suara Bung Mokhtar tidak menjadi bertambah liar dan tidak terkawal. Jarang-jarang sekali Pak Lah bersuara.

Atas rasa tanggungjawab Pak Lah terpaksa berbuat demikian kerana dizaman beliau sebagai PM yang merancang dan melulus segala-galanya. Pak Lah seolah-olah rasa bersalah kerana buatan beliau yang meninggalkan beban dan menyusahkan Umno. Ia menampakan satu lagi urusniaga dan perancangan kerajaan yang tidak menjadi dan rosak.
“Tanya individu yang berkenaan, apa kena-mengena dengan Shahrizat, itu suami dia. Shahrizat tidak terlibat, jadi jangan tanya dia”

“Kalau Shahrizat jadi CEO bolehlah tanya, tapi sekarang dia tidak terlibat dan sangat tidak adil melabelkan Shahrizat terlibat ” Pak Lah kepada Bung Mokhtar.

Di hari yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin turut membantu Pak Lah untuk membedal Bung Mokhtar kerana meminta ‘orang sendiri’ meletakkan jawatan. Muhyiddin terpaksa berbuat demikian kerana ketika itu beliau adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang terlibat.

Kalau diikutkan Bung Mokhtar habis semua menteri terpalit, bertanggungjawab dan perlu kesemuanya meletakkan jawatan.
“Ini sudah dijawab di Parlimen oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Datuk Seri Noh Omar) dan telah dibincang dan diperjelaskan dengan mendalam lebih sejam dan seharusnya disambut dengan baik”

“Sama ada betul.., Datuk Bung Moktar dengan sendirinya boleh fikir - Muhyiddin Yassin.

2 comments:

Anonymous said...

Bung Mokhtar ni kadang2 betul , kadang2 jadi gila , mulut dia tak ada filter ! main cakap je ..samada ada kesan buruk atau tidak belakang kira , cakap dulu fikir kemudian !


memang padan dgn sikap orang Kinabatangan , orang kinabatangan ini perangainya bila marah gelap mata , dia akan tebas kiri kanan tak peduli apa, mcm orang mabuk darah , mati matilah !
hari ni tak dapat esok dia cari , tak dapat tahun ni tahun depan dia cari lagi , selagi tak puas hati dia akan masuk hutan bertapa !

amnitpg said...

Saya sokong dengan kenyataan Bung Mokhtar dan tahniah keran YB telah menyatakan hasrat rakyat.. mudah.. mana mana Menteri atau timbalan atau Setiausaha Parliemn atau Ketua Setiausaha harus letak jawatan jika terasa diri bersalkah dan bukan bermain mata dengan pemimpin atasan untuk melakukan 'back-up'