Wednesday, November 30, 2011

Kit Siang Ganti Nik Aziz...! BUKAN Haji Hadi Ganti Datuk Seri Najib......

"Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam.

" DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Quran walaupun salah.., PAS mempertahankan! Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz.., PAS memberi pengiktirafan.

"Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir...! Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS...! Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa.

Apa maknanya ini..? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh PAS," tegas Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.

Muhyiddin semalam memberi amaran kepada orang melayu bahawa PAS sama sekali tidak boleh menggantikan UMNO sebaliknya yang berlaku ialah DAP menggantikan PAS...

Malah, Timbalan Presiden UMNO itu mengingatkan orang melayu jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP yang hanya mahukan mereka menjadi kuda tunggangan untuk menjaga kepentingan cauvinis parti tersebut.

1 comment:

IBM said...

Salam Tuan,
Mohon izin utk linkkan blog saya di sini. blog tuan telah saya linkan di blog saya. Insyallah, kita boleh bertukar2 maklumat.

Link saya :http://ibm-akusayangumno.blogspot.com

TERIMA KASIH....:)