Monday, November 14, 2011

Luahan Hati Pengundi DAP....!!

Berikutan kekalahan BN pada satu pilihan raya umum lalu, akibat pengundi Cina menarik balik sokongan mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri ketika itu pernah bertanya dengan berang: "Apa yang orang Cina benar-benar mahu?"

Sejak sekian lama, orang Cina sentiasa digambarkan sebagai sesuatu bangsa yang sukar diramalkan, khususnya oleh masyarakat di Barat. Di Malaysia, masyarakat Cina dilihat kurang meluahkan perasaan secara terbuka dan lazimnya, cenderung menyimpan sesuatu pandangan kepada diri sendiri.

Justeru, soalan misteri 'apa yang orang Cina mahu' kekal relevan, lebih-lebih lagi, sejurus sebelum pilihan raya umum.

Dalam pilihan raya umum lalu, negara menyaksikan peralihan besar undi masyarakat Cina yang memihak kepada pembangkang iaitu PKR, DAP dan juga PAS.

Hari ini, semua tanda-tanda menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat masih menikmati sokongan yang signifikan dari orang-orang Cina.

Memandangkan keadaan semasa dan keseimbangan kuasa yang terbahagi di kalangan orang Melayu, orang-orang Cina berada dalam kedudukan yang ganjil.

Namun bagi mereka, kedudukan unik itu akan dikekalkan supaya mereka dapat terus menjadi ‘orang Cina’.

Bagi mereka identiti etnik, hak-hak budaya mereka, dan keunikan bahasa adalah penting untuk terus dipelihara, dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum.

Justeru, mereka akan menggunakan kedudukan mereka dalam keseimbangan politik bagi memastikan survival budaya Cina yang berterusan.

Tetapi bagaimanapun, kebanyakan orang Cina di Malaysia bukan cauvinis atau pelampau. Mereka agak bersedia untuk mempelajari bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa lain yang biasa digunakan di negara ini.

Aspirasi mereka adalah untuk menjadi sebahagian daripada penduduk berbilang kaum di neagar ini dengan menerima atau menggabungkan elemen-elemen dari semua budaya. Mereka juga berusaha bersungguh-sungguh ke arah integrasi nasional dalam semua bidang.

[sumber]

6 comments:

Ghazali said...

Cuma untuk share...
Ini mungkin cerita lama tetapi saya rasa masih boleh digunakan

Seorang rakan Cina pernah menyatakan begini. Kalo orang Melayu dapat 1 Ribu RM apakah yang akan mereka buat. Jawapannya adalah mudah. Mereka akan gunakan untuk shopping, beli benda-benda yang mereka tidak dapat membelinya sebelum ini dan seterusnya. Jelasnya bagaimana nak habiskan duit itu dengan cuba mencapai cita-cita mereka.

Tetapi jika jumlah wang yang sama diperolehi oleh orang Cina, apa mereka akan buat. Jawapannya mereka akan usaha untuk menjadikan RM 1000 itu kepada RM 2000. Dapatkah kita fikirkan apakah kemahuan Masyarakat Cina di Malaysia???

Anonymous said...

Yang pertama, gambar amoi pada rencana ni mmg cun. Kalau kita galakkan inter racial marriages ni, sudah tentu jurang budaya antara kaum dapat dikurangkan. Jadi kalau ada amoi-amoi diluar tu yg berfikiran terbuka utk menerima lamaran jejaka melayu, beritahu la kat blog ni.

muhammad said...

Salam,

Selalunya kita lihat apa yang kita tak ada, kita tak sedar apa yang kita sudah ada. Orang cina memang boleh minta apa saja yang mereka fikir utk kesenangan dan kebaikan mereka tapi cuba bandingkan dengan negara2 jiran kita yang hidup merempat, terpaksa merantau cari rezeki. Bukan niat saya untuk menyokong apa saja yang UMNO buat. Salah tetap salah, tetapi kedang-kadang kita ni lebih cepat menuduh. Kemewahan dan keamanan yang kita kecapi ini bukan sesuatu yang datang dengan mudah. Takkan lah selama 54 tahun UMNO memerintah negara dengan penuh korupsi TETAPI negara kita aman makmur dan melimpah ruah rezekinya sehingga menjadi tumpuan pendatang asing. Jangan tergopoh-gapah hendak tukar kerajaan kerana ini bukan perkara main-main, silap percaturan apa yang ada ini akan hilang buat selama-lamanya.
Menyesal kemudian tak berguna satu sen pun

Anonymous said...

Makmur? Aman? Hari-hari ada kes bunuh. Mati di Malaysia mungkin tak ada bom-bom tak berperang, tapi pembunuhan di Malaysia sering kali sadis... warga emas di bunuh di rumah sendiri, bayi-bayi mati dibunuh mak bapak sendiri, mati kena rompak, kena ragut, mati kena bunuh. Kau orang dah lupa Sosilawati dan rakan-rakan yang mati jadi abu, ada Mongolia bersepai... malah ada yang mati jatuh bangunan ketika di soal siasat. Aman ke begini?

Anonymous said...

mati kena bunuh tu biasalah. mana ada negara dalam dunia ni tak ada orang mati kena bunuh. siapa yang membunuh tu? bangsa dia apa? tak ada orang nak bunuh orang lain kalau tak bersebab.

Anonymous said...

perkara pertama orang cina di malaysia benar-benar maukan ialah menjadi pemerintah dinegara ini supaya mereka dapat melakukan apa jua hatta yang menyalahi undang-undang.