Tuesday, November 8, 2011

Mahfuz Omar Sanggup Jadi Tukang Basuh Berak Tony Pua...? HuaaaAAA....!

Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah membincangkan pengurangan jumlah kakitangan awam, tegas Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.

"Kalau ada-mana pihak yang membangkitkan perkara itu, itu adalah pandangan peribadinya dan tidak mewakili PR," tegas beliau lagi.

Sementara itu, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail mencabar DAP melaksanakan hasrat bagi mengurangkan bilangan penjawat awam di negeri-negeri yang dikuasainya terlebih dahulu bagi menunjukkan keberkesanan langkah tersebut.

Beliau berkata, tindakan itu perlu dibuat sekiranya mereka benar-benar serius dan bukan hanya cakap mulut bagi menimbulkan isu dan provokasi untuk mendapat publisiti.

"Memang sejak dari dulu lagi, kita ketahui mereka (DAP) mempunyai agenda-agenda tersirat dan kebanyakan penjawat awam adalah orang Melayu. Tidak mustahil sekiranya mereka memegang tampuk pemerintahan, lebih banyak perubahan yang berkaitan dengan orang Melayu dibuat.

"Sebelum ini pun, kita lihat dengan jelas banyak isu-isu dipertikaikan dan diprovokasikan atas pelbagai alasan seperti dasar hak asasi manusia dan kebebasan yang boleh mengundang huru-hara serta keresahan di kalangan masyarakat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat DAP mengurangkan kakitangan awam sekiranya memerintah negara dan mengukuhkan dakwaan bahawa parti itu tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.

Tambah Hilmi, kebanyakan bukan Melayu tidak begitu minat menyertai perkhidmatan awam kerana lebih gemar berniaga dan bekerja dengan swasta yang boleh memberikan lebih banyak pendapatan.

"Justeru, diharap agar orang Melayu sedar dan kembali bersatu hati. Janganlah kerana pangkat dan harta menyebabkan maruah, bangsa serta agama sanggup digadaikan. Tidak guna menyesal jika suatu masa nanti, anak bangsa kita menjadi pengemis di negara sendiri ," tegasnya

No comments: