Friday, November 11, 2011

MESTI Baca..! Anwar Ibrahim Berjaya “PUASKAN” Teresa Kok…!!

Semalam Anwar ambil masa untuk duduk berbincang dengan usahawan-usahawan Cina mengenai masa depan mereka di negeri ini. Memang ramai yang hadir. Seorang teman yang turut bersama dalam majlis tersebut hadir – kerana ada hadiah khas yang bakal diberikan Anwar kepada usahawan Cina di Selangor.

Jamuan hebat. Tulisan jawatan dan nama Anwar pun ditulis dengan karakter cina. Sama juga dengan nama MB Selangor.

Memang Anwar sudah ready untuk menarik undi cina secara maksima. Dengan kedudukan MCA dan Gerakan Selangor dalam keadaan lumpuh, Anwar dan PKR akan mempunyai kuasa yang luas untuk menentukan undi Cina akan terus bersama dengan mereka dalam apa jua keadaan.

Anwar cukup yakin, undi Cina yang akan diberikan kepada PR akan mencecah 85 %. Dengan bantuan towkay-towkay yang hadir malam tadi, semuanya nampak lebih cerah.

Anwar menjanjikan tanah seluas 700 ekar untuk dibangunkan sebagai FURNITURE CITY di negeri Selangor. Target pelaburan dan keuntungan hampir RM12 bilion. RM4 bilion domestik. RM8 bilion untuk pasaran antarabangsa.

Anwar mendapat tepukan yang luar biasa hebat malam tadi. Tanah seluas 700 ekar ini akan menjadi HADIAH khas Anwar buat usahawan dan pengundi Cina.

Ironinya, dalam pembentangan Bajet Selangor – Khalid Ibrahim lebih banyak bercakap mengenai isu Kampung Bharu. Isu Melayu….. Tetapi, malam tadi beli Cina. Pagi esoknya sudah tukar nak perjuangkan melayu pula?

Nampaknya Penasihat Ekonomi dan MB Selangor ini semakin tidak tentu hala. Waktu bercakap dengan kumpulan melayu mereka kata perjuangkan isu melayu. Waktu bercakap dengan pengundi cina, mulalah mereka mahu menampilkan diri sebagai jagoan Cina.

Teresa Kok tersenyum puas…!! Dengan 700 ekar yang diberikan kerajaan negeri Selangor, berapa banyak syarikat perabot yang boleh Teresa dan Ronnie susun untuk ‘income’ DAP buat jangka masa panjang. Menurut seorang rakan, Furniture City akan diletakkan secara langsung di bawah pemantauan beberapa orang wakil rakyat DAP di dalam DUN Selangor….!

Bayangkan kalau keuntungan berbilion ringgit – berapa persen yang akan terus dimasukkan ke akaun DAP? Memang makin hebat perjuangan kaum Cina di Selangor. Kita patut ucap tahniah kepada Anwar Ibrahim.

Memang income DAP daripada ‘black economy’ (pelacuran, Spa, judi, Ah Long) masih banyak. Tetapi antara KPI yang diberikan DAP kepada Teresa adalah kewujudan ‘legal income stream’ kepada parti DAP dalam jangka masa panjang. Perjanjian yang dibuat untuk FURNITURE CITY pun untuk jangka masa panjang. Memang niat untuk kekal 20 tahun. Hebat percaturan DAP – dan dibantu oleh Anwar Ibrahim…!

Ingat…! Tanah 700 ekar Anwar lacurkan kepada kaum cina…, sudah pasti DAP dan PKR semakin kaya dan kewangannya kukuh menjelang PRU ke13.

sumber

4 comments:

Anonymous said...

Sah lah tanah tersebut kepunyaan melayu. Apa lah nasib orang melayu selangor .Elok BN perintah bagi kat kroni Cina .tak pasal pasal tanah harta Tok Nenek dapat kat Cina "free saja".

noh umar said...

bantuan fidlot RM250juta yg di lacurkan kepada sharijat tu halal yea sbb dia org isle?

kondo mewah RM9.8 juta di One Menerung, Bangsar tu halal titik peluk NFC yea ?

kondo ni apa kene mengena dengan bela lumbu ?

rasanya bro blog MIK ni pon bodo mcm lumbu tok ijat.

Anonymous said...

cina percaya ke selepas insiden kg.buah pala tu? bodoh lar cina kalu percaya anwar tu...

Anonymous said...

nak tanya jugak mase bn perintah selangor berapa banyak tanah melayu atau kerajaan yg dah terlepas atau tergadai kpd org Cina...saya rasa tak ada walau seinci pun kot..bagus betulla umno selangor??????