Saturday, November 26, 2011

Muslimah PAS Menitiskan Airmata Setelah Membaca KISAH BENAR Ini...!!

Apabila isu fidlot menjadi heboh, saya hanya memerhatikan perkembangan tersebut dengan teliti. Ada beberapa perkara yang dapat saya kesan berdasarkan pemerhatian saya sebagai orang awam dan orang Islam.

Bagi saya, NFC yang baru hendak masuk tahun ketiga beroperasi mungkin mempunyai kelemahan di sana sini. Apatah lagi wujud perjanjian yang masih belum dan lambat ditandatangani dengan pihak kerajaan menyaksikan, operasi tersebut tidak dapat dijalankan secara menyeluruh.

Lagipun NFC mengambilalih kerja-kerja yang ditinggalkan oleh sebuah syarikat dari luar negara yang sepatutnya menjadi kontraktor utama, membuatkan seluruh operasi terpaksa dimulakan dari awal.

Namun berdasarkan bukti-bukti serta selarinya dengan laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan sasaran 8,000 lembu bagi tahun 2010 telah dapat dicapai, saya melihat syarikat tersebut sedang berada di atas landasan yang kukuh dan tepat.

Saya tidak bermaksud hendak membela NFC kerana saya hanyalah seorang pembaca laporan yang disediakan oleh Ketua Audit Negara dan lawatan yang dibuat ke ladang tersebut baru-baru ini, hanyalah lawatan singkat.

Beribu-ribu lembu yang saya lihat di ladang itu, mungkin baru sahaja dimasukkan ke kandang fidlot untuk mengelabui mata saya.

Jangan kata tidak mustahil, memandangkan Malaysiakini sebelum itu, melaporkan hanya seekor lembu yang kelihatan. Manakala Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution pula menyatakan, ladang tersebut memiliki kurang dari 100 ekor lembu walaupun penyembelihan yang dijalankan adalah 30 seekor sehari dengan menggunakan rumah penyembelihan kecil.

Saya melihat perkembangan masakini menyaksikan umat Islam yang sudah sekian lama ditindas dari segi ekonomi, mulai bangkit. Kalaupun tidak di seluruh dunia, saya melihat perkembangan itu di Malaysia.

Bantuan dan kesungguhan daripada kerajaan yang berteraskan Melayu UMNO berjaya menghasilkan sejumlah ahli-ahli perniagaan Melayu-Bumiputera dan Pribumi yang berjaya.

Pasaran daging negara selama ini dikuasai oleh kartel-kartel yang dimiliki oleh bukan Islam. Walaupun halalan-toyyiban menjadi ungkapan yang menyegarkan telinga, sebenarnya penghasilan daging lembu untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini amat meragukan.

Hanya kerana umat Islam di negara ini mempunyai sikap 'tidak apa', maka umat Islam terus ditindas dan dizalimi. Sebarang usaha untuk memastikan sektor perniagaan, turut dikuasai oleh firma-firma Islam dan Bumiputera akan dicantas habis-habisan. Paling tidak pun, akan dipalitkan dengan label KRONISME dan RASUAH bagi menjatuhkan moral dan menyebabkan putus asa.

Sekitar tahun 1985 dahulu, apabila Malaysia berjaya menghasilkan Proton Saga, kaum yang sama menyatakan bahawa Proton Saga bukanlah sebuah kereta sebaliknya, TIN MILO YANG BERGERAK.

Permintaan tinggi kerana harganya yang jauh lebih rendah berbanding kereta-kereta biasa, malangnya ia tidak boleh dipasarkan kerana pemasar-pemasar sedia ada mempunyai 'mutual understanding' dengan pihak-pihak taikun besar pemasar kereta.

Entiti baru diwujudkan untuk pemasaran. Proton Saga terus dikondem dan diboikot. Namun usaha tersebut gagal. Permintaan tetap besar dan akhirnya mereka mengalihkan taktik. Tidak lagi mengondem Proton Saga, sebaliknya mahukan hak untuk sama-sama menjual kereta tersebut.

Mereka berjaya memperolehinya dan mereka pun tutup mulut.

Perkara yang sama juga berlaku kepada FELDA, Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Runcit TUKAR, Bazar MARA dan sebagainya. Pemboikotan dan usaha mencantas dijalankan dengan sebarang cara, termasuklah dengan menggunakan orang politik dari golongan Melayu-Islam.

Golongan yang sebenarnya lebih layak digelarkan sebagai BARUA ini, merupakan parasit yang bergergaji dua mata. Mereka mengambil upah yang kecil, tetapi pada masa yang sama, akan memastikan tuan-tuan mereka tidak terjejas dek penguasaan umat Islam dalam bidang perniagaan di negara ini.

Dari mulut BARUA-BARUA inilah ungkapan RASUAH, KRONI, PENYELEWENGAN dan sebagainya dapat didengar dengan mudah.

Manakala taukeh-taukeh di belakang mereka, sekadar menyucuk dan menjanjikan pulangan besar kepada mereka sekiranya rancangan yang diatur berjaya.

Perhatikan sahaja bagaimana Amerika Syarikat menguasai pasaran minyak dunia, bahkan menentukan harga komoditi tersebut. Sedangkan hakikatnya pengeluar utama komoditi itu adalah dari negara-negara Islam.

Taktik yang sama turut digunakan di negara ini, terutama dalam pemasaran barangan makanan dan barangan lain. Umat Islam hanya mengeluarkan, tetapi yang menjual serta mengaut keuntungan besar dairpada hasil yang mereka keluarkan adalah orang lain.

Seharusnya dalam hal ini, umat Islam yang berbangga dengan al Quran dan al Hadis, mampu membuka mata dan berfikiran secara matang. Jangan disebabkan mudah termakan hasutan, umat Islam kehilangan peluang yang Allah Ta'ala anugerahkan kepada kita.

Kalau Nabi Muhammad s.a.w sendiri memberi jaminan bahawa 9/10 punca rezeki adalah daripada perniagaan, mengapa pula kita mencari-cari ruang untuk mematikan perniagaan saudara seagama kita dan membiarkan sekutu bukan Islam kita yang menjadi taukeh besarnya?

Cuba anda fikirkan dan renung-renungkan...

-Rbf Online-

8 comments:

Anonymous said...

Saya terharu..utk org melayu yg masih tak sedar..bangunlah dari tidur anda

Anonymous said...

Bloger Mamak ibu kota [mik] kalau dah jadi bahalol jadilah bahalol sorang2 tak payah ajak orang lain jadi kamu.jadi bodoh piang untuk kelurga dan kerturunan kamu saja

PlaySafe said...

Hanya orang Melayu yg tidor dilantai saje akan sedar..tp orang Melayu yg tidor atas tilam empok dan berhawa dingin..Jangan Harap!!

Kutukan Dewata said...

anon di atas tu,
nak komen tunjukkan hemah dan budi bahasa yang baik.caci maki menunjukkan kamu berotak dimulut bukan di kepala!!!

Anonymous said...

Yang saya lihat di sini, orang-orang Melayu yang educated dan tidur di tilam empuk yang mempunyai kesedaran untuk menumbangkan UMNO. Melayu yang tidur di lantai, kipas pakai surat khabar lama yang tinggal di perumahan kos rendah yang banyak menyokong UMNO... percaya apa sahaja yang TV kata, dan menelan segala fitnah yang ditabur oleh MIK.

Kutukan Dewata, kalau kau lihat semua siaran MIK, kau akan tahu mulut siapa yang lebih longkang dari longkang terkotor di Malaysia.

Anonymous said...

Dalam banyak-banyak orang UMNO, Melayu dan Islam di Malaysia kenapa NFC diberi kepada orang yang mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Wanita UMNO iaitu seorang menteri. Apa sudah tiada penternak UMNO, Melayu dan Islam yang berpotensi untuk menerima tugas itu. Inilah puncanya masalah ini kerana NFC diserah kepada keluarga seorang pemimpin UMNO. Sedang Saidina Umar al-Khattab untuk mengelak fitnah dari rakyat mengarahkan anaknya menjual lembu yang dibela yang dibiar makan di padang rumput awam dijual dan keuntungan selepas modal diserah kepada Baitulmal.

Untuk makluman, rakyat Malaysia terpaksa membeli Proton bukan disebabkan mereka memilih jenama tersebut, tetapi terpaksa membelinya sebab hanya jenama itu sahaja mempunyai harga terendah disebabkan kesan cukai yang dikenakan untuk mempertahan industri Proton. Jika diberikan pilihan tiada siapa akan memilih proton yang piawaiannya diragui. Malahan menteri-menteri Malaysia juga tidak menggunakan Proton sebagai kenderaan rasmi dan kenderaan keluarganya. Hanya ahli-ahli UMNO sahaja mengatakan Proton terbaik kerana itu sahaja yang mampu dibeli itupun entah berapa kali hand.

Beberapa produk Kedai Runcit 1 Malaysia memang telah dinyatakan berbahaya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi kepada UMNO yang patriotik sangat untuk menggunakan produk 1 Malaysia, sila gunakan sos cili dalam masakan anda dan keluarga anda secara konsisten. Semoga kadar plumbum dan raksa di dalam darah dan keluarga anda meningkat dengan mendadak.

Anonymous said...

Setuju dengan anon3..kepada pembela2 KR1M..beli dan makanlah sos 1 Malaysia tu banyak2..dh kementerian kesihatan kata tak selamat masih nak pertahankan..bo*** tak boleh diajar..

Anonymous said...

klu terjadi 13 mei lagi. kita hapuskan semuanya