Sunday, November 6, 2011

PERRGGHHH....!! Chegu Bard Terima SMS Dari Rosmah Mansor Kirim Dari Arafah...?

Chegu Bard berkata, berdasarkan maklumat terkini yang diterima oleh pihaknya, pembubaran Parlimen dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri sekitar 11 November ini.

Menurut beliau, tindakan tersebut sememangnya di luar jangkaan orang ramai, tetapi maklumat terkini mengenai perkembangan itu diperolehi oleh pihaknya daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai.

Katanya, pembubaran Parlimen dalam masa terdekat pasti akan menambahkan lagi kepincangan proses pilihanraya di tanah air kerana ia diadakan ketika tuntutan rakyat bagi proses pilihanraya yang bersih dan adil belum dilaksanakan oleh kerajaan.

"Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan, maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan oleh Kerajaan BN.

"Sekiranya ini tetap dilakukan, maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihanraya kali ini hanyalah proses 'palsu' bagi menghalalkan regim Umno BN terus berkuasa," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, menurut beliau, SAMM bersama dengan teman-teman organisasi massa lain yang mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihanraya dilakukan.

Katanya, proses penambahbaikan yang dituntut itu juga seharusnya satu proses 'reformasi' serius yang memberi jawapan kepada kelemahan-kelemahan yang sering dipergunakan oleh pihak tertentu dan bukan hanya perubahan kosmetik semata-mata.

Beliau terus menghasut..., “ yakinlah, rakyat sudah mula hilang kesabaran kerana negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang.

"Jika pilihanraya umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihanraya yang menyakinkan, kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar," tegasnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat akan turun bukan sahaja untuk melakukan protes, tetapi benar-benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihanraya yang bersih dan adil.

"Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihanraya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan," ujarnya.

Di serata dunia kebelakangan ini, katanya, pelbagai pihak dapat melihat kebangkitan kuasa rakyat menundukkan pemerintahan diktator di beberapa buah negara.

Menurutnya, di Malaysia pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat telah memilih jalan raya untuk mendesak penambahbaikan proses pilihanraya negara yang terbukti dicemari pelbagai kecacatan yang sering dinafikan pihak pemerintah.

"Kepincangan proses pilihanraya telah diakui oleh Datuk Seri Najib dengan mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Proses Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen)," katanya.

Bercanggah dengan pengakuan betapa perlunya proses penambahbaikan proses pilihanraya, tegasnya, kenyataan umum terus dikeluarkan oleh pimpinan BN dan Perdana Menteri sendiri yang mencadangkan bahawa PRU Ke-13 diadakan tidak lama lagi dan tidak perlu menunggu proses reformasi proses pilihanraya selesai.

"Malah lebih menggusarkan dan lebih bercanggah dengan jaminan untuk menambahbaik proses pilihanraya, timbul pula pelbagai perkembangan negatif seperti pemberian taraf warganegara kepada rakyat asing secara 'istimewa' untuk tujuan mengundi (khususnya bagi pihak BN)" ujar beliau.

Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), Haris Ibrahim; Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala. [Haramkahdaily]

9 comments:

Anonymous said...

siapa chegu Bard untuk ugut kerajaan ?? adakah dia seorang senator ? adakah dia seorang YB ? adakah dia pernah menang dalam mana2 pemilihan parti ?

TIDAK ! dia hanyalah anjing belaan anwar yg disuruh menyalak tanpa henti walau hanya menyalak kosong!!

PM tidak perlu melayan karenah chegu Bard , dia bukanlah sesiapa ..tapi hanyalah seorang bekas guru sementara yang kini cari makan dengan PKR !

Anonymous said...

*ralat*kt perenggan 6 kata"mewakili seluruh rakyat malaysia keseluruhannya.."mimpi la wooi.....
..lawak tol la.nah ambik kau..kghrrrrak ptuuuuih..(ijau pekat)

Anonymous said...

nak pilihanraya adil kononnya.pemilihan pkr jauh lebih tidak adil sehingga cikgu babat sendiri merajuk. hingga anu-war bawa pergi makan angin kat indon dan mungkin masuk berapa banyak $$$$ dalam a/c cikgu babat ini. baru cik gu babat ni menyalak semula macam anjing.

Anonymous said...

Siapa di bad tu nama pun dah tak baik, dia tu tak ada apa pun, macam anjing ja menyalak kalau jumpa di tepi jalan minta tolong takan ditolong langar lagi ada moga dia insaf. itu pun kalu dia Orang beriman. minta tolong semua jangan panggila dia chegu lagi ciku bolehlah sebab nama anjing.

Anonymous said...

jangan di layan anjing sekor ni.
jenis binatang peliharaan yahudi laknat aka. cikgu sial.
sanggup bagi makan emak bapak,anak isteri dengan duit haram.
sial punya manusia

Anonymous said...

P**i M** ko Bard!

Anonymous said...

SETAN BINATANG ASAL REMBAU HIDUP TAMPA IMAN 'KITOL'

Anonymous said...

woi bard bodoh,

kan ko dah letak semua pencacai ko di setiap pusat mengundi? kalau nak menipu, pencacai ko memnag tak buat keje la.
kalau senang2 nak menipu di pusat pengundian, kalau camtu, depa pun sama bodoh dgn ko jugak. senang kena tipu..
spesies pkr ni memang spesies munafik!

Anonymous said...

seluruh sistem spr kne g kursus penambahbaikan.selama ini proses pengundian banyak cacat cela.harap spr belajar dr pkr cara2 nk buat undian yg telus mcm yg pkr buat.jumlah undi lebih banyak dr jumlah ahli.baru "bersih" bersinar2.hingga menciutkan..