Sunday, November 13, 2011

Rafizi Ramli Pernah Mohon Menjadi CEO di National Feedlot Corporation - NFC...??

National Feedlot Corporation - NFC beli kondominium berharga RM7.5 juta yang dikatakan oleh Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin sebagai RM9.8 juta. Penjelasan diberikan ialah, NFC mengambil keputusan tersebut untuk mengurangkan kebarangkalian kehilangan wang tunai dan memutuskan untuk melabur dalam bidang hartanah. Lokasi pelaburan adalah di Bangsar, kawasan yang diketahui mempunyai nilai hartanah yang amat tinggi.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh PKR dan mempunyai Punaisihat Ekonomi berharga RM1 bernama Anwar Ibrahim dan dibantu pula oleh Rafizi Ramli memutuskan untuk menjual bangunan yang bernama Menara Worldwide di Jalan Bukit Bintang. Bangunan tersebut diuruskan oleh Faber Facilities Sdn. Bhd. Faber Facilities pula merupakan salah satu anak syarikat Faber Group Bhd, rakan kongsi UEM Berhad. Harga yang ditawarkan adalah RM350 juta, dan boleh dirunding.

Antara dua tindakan tersebut, yang mana satukah agaknya yang lebih mendatangkan keuntungan sama ada untuk jangka pendek mahupun jangka panjang?

Yang pertama, dikatakan menyeleweng... manakala pihak yang kedua pula dikatakan membela rakyat....

Baca seterusnya, klik sini

No comments: