Saturday, November 26, 2011

Saifuddin Kata Banglo Di Australia Ini Milik Rahim Ghouse...?

Gegak gempita bersahut-sahutan tersiar di banyak laman blog membawa kisah rumah banglo mewah bernilai RM73 milik Setiausaha Agung PKR, Yb Saifuddin Nasution Ahli Parlimen Machang. Klik sini.

Ketika Saifuddin agak sibuk dengan jadualnya memainkan peranan sebagai salah seekor daripada tiga ekor lembu PKR bagi membawa kisah lembu lembu NFC, tiba tiba terpacul gambar sebuah rumah kediaman mewah terletak di negara Australia dikatakan menjadi hak milik wakil rakyat Machang itu!

Sehingga ke hari ini, Saifuddin masih belum menjawab persoalan dan dakwaan ini... Apakah berdiam itu maknanya setuju..?

Bila sebut tentang negara Australia, sudah pasti kita akan membayangkan wajah bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang tahun 1998, Abdul Rahim Ghouse. Anak muda berjambang yang berjaya dijadikan “Maulana Besar” atau Jutawan zaman Anwar menjadi Menter Kewangan...

Rahim Ghouse yang mengumpul kekayaan melalui Abrar Group Inc semenjak awal tahun 90an telah melarikan diri keluar negara setelah Anwar Ibrahim ditahan pada 20 September 1998. Beliau ke Jakarta untuk mendapatkan sokongan luar negara, ketika itu Rahim bersama sama dengan Saifuddin dan Ezam Mohd Nor. Tetapi apabila Ezam pulang ke tanahair bersama Saifuddin untuk menyertai gerakan reformasi menuntut pembebsan Anwar, bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang ini pergi menetap di Melbourne, Australia.

Sekitar tahun 2001 sewaktu satu satunya anak lelaki Anwar iaitu Mohd Ihsan menghadapi masalah displin di sekolah kerana tekanan dengan kes papanya..., Rahim Ghouse telah membawa Ihsan menetap dan bersekolah di Australia...!

Kini Abdul Rahim Ghouse dikenali sebagai Dr Abdul Rahim Ghouse, Chief Executive Officer – CEO Kuwait Finance House Australia. Hubungan akrab Rahim dan Saifuddin memang ujud sejak dari dulu lagi... Saifuddin pernah menjadi Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia dan Rahim Ghouse Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang negeri kelahiran Anwar Ibrahim!

Pada bulan November 2006 dalam satu Majlis PKR di Hotel Istana Kuala Lumpur, Saifuddin telah menggunakan Rahim Ghouse untuk mendekati semula Anwar kerana ketika itu Saifuddin sudah tersisih dari senarai inner circle Anwar kerana menyertai PAS sebelum pembebasan Anwar dari penjara Sungai Buloh.

Siapakah pemilik sebenar banglo mewah tersergam indah dinegara Australia itu..?

Kaitan kisah cerita keakraban Saifuddin-Rahim Ghouse..., rumah banglo mewah di Australia. Tidak mustahil Saifuddin berjaya memiliki rumah banglo tersebut melalui “pertolongan” Rahim Ghouse seorang Maulana Besar di Australia....

6 comments:

Anonymous said...

Bro...mgkin betul atau mgkin salah berita ini..tp nak tanya MIK n the gang, apakah tidak ada daripad pemimpin UMNO atau BN yang lain yg mempunyai rumah , ladang , tanah atau harta yang banyak di Australia tu..jgn hanya kuman di seberang nampak gajah di depan mata tak kelihatan dek mata tuan2..yg saya kesian ahli2 umno bawahan yang tidak tahu yg pemimpin2 besar mereka hidup dlm serba mewah...

Anonymous said...

rumah rahim Ghouse ialah small apartment yg muat utk 3 bilik kecil - itu yg layak bagi seorang rakyat malaysia yg macam muawiyah2 ke andalusia di zaman awal abbasiyah? kamonlah so what dia ada miliki bungalow....

athirah radzi said...

Tak tahu nak cakap apa la kan. Sedangkan Najib boeleh panggil psy dgn harga 2juta. whattttttt?? mana dtg ekk duit tu. Mungkin anda boleh ckp pasal mnde ni. Maybe

Anonymous said...

Bodoh athirah ni, psy tu takde kaitan dgn Najib lah. Ditaja oleh company cina utk BN Penang. Updatelah skit, jangan duk citer berita kuno. Skrg ni isu moral PAS & korup pemimpin pakatan.

Anonymous said...

Murah aje banglo tu hanya RM73. Boleh beli banyak2 kalau gitu...Harap buat pembetulan?

Anonymous said...

Athirah....u tahu mana najib yg bayar 2 juta tu? U buat siasatan @ u hnya baca dari blog2 pmbangkang? Kalau u buat sisatan bagus la...apa kata bawa bukti tu ke mahkamah. Klu u hnya baca saja dari blog2 tu...emm, rasanya u hnya nemanjangkn fitnah!