Wednesday, November 30, 2011

Siapa Sebenarnya Makan Gaji Buta SYABAS Sehingga RM5.3 Juta Setahun..??

Merujuk kepada ucapan Menteri Besar Selangor sewaktu persidangan DUN baru-baru ini, jelas sangat-sangat bahawa SYABAS tidak lebih dari operasi yang mengaut keuntungan atas angin semata-mata.

Bagaimanakah SYABAS yang tidak langsung mempunyai apa-apa asset, infrastuktur ataupun liabiliti masih terus beroperasi dalam kerugian yang amat besar? Sepatutnya SYABAS mampu mencatat keuntungan yang berlipat kali ganda kerana mereka tidak mempunyai apa-apa tanggungan dari segi kos.

Namun, kita lihat prestasi SYABAS amat menyedihkan. Perbelanjaan mereka juga boros. Apa kelayakan Pengerusi SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail mendapat gaji RM5.3 juta setahun...?

Dalam keadaan SYABAS memberi khidmat yang amat buruk dan tidak memuaskan hati, sepatutnya Tan Sri Rozali dipecat dari jawatan Pengerusi SYABAS.

Maka, saya sebagai rakyat Selangor meminta supaya SYABAS dibubarkan dan khidmat air di Selangor diserahkan kembali kepada Kerajaan Selangor.

Sudah tiba masanya syarikat-syarikat untung atas angin seperti SYABAS dihapuskan sama sekali dari muka bumi Selangor ini.

-Rakyat Prihatin Selangor-

Dipetik dari Blog ADDIN;
http://addin77.blogspot.com/2011/11/syabas-bakal-di-bubar_29.html#more

4 comments:

ahlee said...

Tan Sri bakal Mb Selangor?

Anonymous said...

Bagaimana Tan Sri Khalid,, hutang CIMB dah selesai kah?

Anonymous said...

nak cuba dapat air kotor di kelantan ke..

Anonymous said...

Macamana dengan pelaburan berbilion ringgit yang tan Sri rozali keluarkan untuk menampung hutang rm4.2 billion PUAS Dan kerajaan negeri sebum ini Dan pelaburan lain untuk naik taraf Dan ganti Paip Paip lama sebelum ini? Tan Sri Khalid tak mau ambil Kira ke? Bagaimana usaha syabas berjaya menurunkan karat NRW Dari 42% ke 32% dalam masa dua tahun? Itu tan Sri Khalid tak ambil Kira ke? kenapa tan Sri Khalid Arahkan pelaburan modal ditangguh? Siapa yang rugi? Rakyat selangor juga kan? Beginilah kalau kita tak tau fakta, bedal je la. Usaha tan Sri rozali menyelamatkan industry air Dari merudum langsung tak disentuh! Yg dikira gaji.. Hmmm, harap MIK dapatkan fakta dulu baru tulis sebab jangan nanti memberi ruang kepada Pembangkang putar belit fakta untuk menang pru13. sesuatu yang menggelikan apabila tokoh korporat dicanang jadi MB kerana jarang tokoh korporat berjaya Mahu jawatan politik. Lain la tan Sri Khalid sebab dia bukani tokoh korporat melainkan pengurus korporat.