Thursday, November 24, 2011

Tahniah & Syabas Papa Gomo..!! Keep Up Your Good Work Bro....

Anwar nampaknya memang sedang bersiap mengatur parti sekiranya dia dimasukkan ke dalam penjara kerana MELIWAT. Jentera parti, khususnya jentera pilihanraya, sudah dipersiapkan, dengan mempunyai beberapa senario.

Senario 1: Pilihanraya PRU 13 Bersama Anwar.

Berdasarkan statistik terkini yang digunapakai oleh Jawatankuasa Strategik Pilihanraya; PKR masih tidak mampu memenangi semua kawasan Parlimen yang mereka menangi pada tahun 2008.

Banyak kerusi yang dikenalpasti akan berada di dalam keadaan ‘black seats’ (terutamanya di kawasan-kawasan yang ditandingi oleh ‘independent candidate’). Malahan, dalam survey yang mereka buat, kesemua kerusi konsensus bebas akan tewas dalam jumlah yang sangat besar. Wangsa Maju, Kulim dan beberapa lagi kawasan akan tewas dengan teruk.

Dapatan kajian Jawatankuasa tersebut, penggunaan maksima isu video seks akan merosakkan banyak kredibiliti dan kewibawaan Anwar. Malahan, DAP sendiri mengakui bahawa video Anwar akan mempunyai traction kepada undi mereka.

Final tabulation: PKR akan hanya menang 16 kerusi Parlimen.

Senario 2: Pilihanraya PRU 13 Tanpa Anwar

Anwar yakin bahawa akan berlaku apa yang dikatakan sebagai ‘tsunami undi simpati’ kepada PKR jika ini berlaku. Taruhan Anwar adalah penambahan kerusi Parlimen di Sarawak. Mungkin 1 atau 2.

Dengan penyusunan semula kawasan, Izzah bertanding di Permatang Pauh; Azmin pindah ke Lembah Pantai; Nurul Nuha bertanding di Setiawangsa – Anwar yakin akan berlaku penambahan kerusi.

Final tabulation: PKR akan menang 20 kerusi Parlimen.

Anwar tahu dan sedar dengan kewujudan laporan ini. Sudahpun dibentangkan kepadanya oleh Jawatankuasa terbabit.

Di mana dengan tabulation kemenangan yang rendah seperti itu menjadi Catch 22 kepada kerajaan? Tak ada. Malahan senario penahanan dan tanpa penahanan pun tak menunjukkan perbezaan yang terlalu besar.

Setakat penambahan 4 kerusi tidak akan mampu meletakkan PKR di tempat yang baik dalam pakatan pembangkang.

Anwar pada hakikatnya sedar bahawa momentum tidak sangat lagi bersama dengannya dan PKR.

Yang bakal mendapat untung, samada Anwar dalam atau luar penjara – adalah DAP.

[Gelagat Anwar]

4 comments:

Anonymous said...

Dah tu PAS dapat ape??
Takkan nak kutip derma ceramah sampai pencen kot??????

Anonymous said...

Dah tu PAS dapat ape??
Takkan nak kutip derma ceramah sampai pencen kot??????

-----------------------------------
PAS akan di naikan pangkat sebagai ketua jaga parking bila ada ceramah...

Anonymous said...

PAS cuma menghadap keredhaan Allah dunia dan akhirat. Yang UMNO tak mampu mengajak ahli-ahlinya kearah itu.

Satu soalan: Kalau ditakdirkan Allah UMNO tumbang di dalam PRU13 (insyaAllah), bagaimana UMNO nak mendapat dana? Nak kutip derma dari ahli mesti ahli tak mau beri sebab selama ini untuk menyertai aktiviti UMNO pun mereka dibayar. Nak harap pemimpin UMNO beri, mesti mereka tak mahu sebab mereka pun dah terputus sumber. Nak minta pada tokey-tokey? Mahukah mereka beri tumbuk rusuk pada parti yang tidak berkuasa, sedangkan PAS yang memerintah (InsyaAllah) sama sekali tidak mahu menerima wang seperti itu?

Anonymous said...

Setuju dengan anon3 ..kit nak tengok bile umno jd pembangkang dlm PRU13 nanti,,aku rase bukan setakat jd ketua jaga parking malah tak keterlaluan kalau dikatakan akan menjadi lebih teruk dari itu..jangan terlalu menghina org lain dengan dgn gelaran yg bukan2..mana lebih mulis kerja mjaga parking dari terus menerus terlibat dgn salah guna kuasa dan rasuah!!!!!!