Tuesday, November 29, 2011

Tan Sri Rozali Syabas Bakal Jadi Beban & Liabiliti Buat UMNO Selangor…?

Saudagar bertaraf MAULANA [Millionaire] berbangsa melayu, anak kelahiran negeri Selangor yang menjadi tauke unggul air di Selangor, Tan Sri Rozali Ismail diberitakan mempunyai cita cita menjadi “khalifah” kepada kesemua Winnable Candidate yang bakal disenaraikan mengharungi pertarungan PRU ke 13 untuk cubaan merampas kerajaan negeri Selangor daripada tangan Khalid Gagap PKR dan Pakatan Rakyat…

Andaikata benarlah telahan ini, apakah para pimpinan UMNO Selangor yang akan bersidang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011 beberapa hari lagi akan berdiam diri..? Sudah pasti dikalangan pimpinan UMNO Selangor tidak mudah untuk merestui tauke air ini diangkat sebagai calon MB Selangor sekiranya Pakatan berjaya ditewaskan oleh BN…

Gerak kerja “orang orang Tan Sri Rozali” dalam UMNO Selangor sudah dikatakan beroperasi, cuma uniknya ialah dikalangan pimpinan UMNO tidak menyedari ‘gerakan’ ini…, klik
sini.

Apakah Rozali Ismail ini memiliki ciri ciri yang menepati kelayakan diiktirafkan sebagai “winnable candidate” untuk mewakili UMNO-BN di Selangor..?

Nantikan sambungannya…, ada kisah kisah mengenai kesombongan dan keangkuhan Boss Syabas ini yang membuktikan beliau bukanlah seorang ‘friendly’ dan senang didekati untuk diangkat sebagai ‘khalifah..’ Malah sifatnya yang tamak haloba mahu menguasai banyak projek melalui FELDA bakal dibongkar sedikit masa lagi…! Ini hanyalah sebagai mukadimah sahaja…

p/s; perkataan ‘khalifah’ merujuk kepada keyword ‘orang orang Rozali’ yang sedang menjalankan kerja underground cuba menyelinap dalam UMNO Selangor!

8 comments:

Anonymous said...

Nak tahu kenapa BN tak boleh menang di Selangor?

Ini lah sebab nya:
Orang Khir kutuk orang Noh
Orang Noh kutuk orang Zain
Orang Zain kutuk orang Khir
.....dan seterusnya

DAN KAMU KUTUK ROZALI!

Hancurlah UMNO disebabkan orang2 seperti kamu!

Wan Shamsudin said...

Apa???? TSRI winnable candidate? silap besar, kalau dia di pilh jadi calun......inilah penyamun tarbus, ALI BABA BUJANG LAPUK....kesian UMNO dah tak ada orang lain lagi ke?????

Anonymous said...

Kalau Pemimpin Umno dah tak nak sangat undi melayu silakan, malaun rozali ni pekerja Syabas dan Puncak Niaga pon tak akan undi...tak payah la. Dengki?...sorila ini soal nak jadi pemimpin...

satu malaysia said...

Tan Sri Rozali Ismail (SYABAS) mampu mengubah landskap politik Selangor biar apapun kritikan manusia sekeliling. Pengkritik tidak pernah puas selagi $$$$ tidak dimasukkan ke dalam poket mereka. Jika semua Melayu menjadi peminta sedekah pun, pengkritik akan berkata padan muka orang Melayu. Jadi tak usahlah pedulikan pengkritik berbayar (perpaid bloggers). Beri tumpuan untuk memajukan ekonomi Melayu di Selangor. Sokong Tan Sri Rozali jika beliau ingin turun gelanggang.

Anonymous said...

TS rozali nie ..peniaga melayu...nasib dia macam peniaga makan yg kena roboh tu...ditekan oleh
rejim khalid...

kalau TS rozali ni pulak dilaga-lagakan oleh orang dgn pemimpin umno..

silap besarlah namanya...elok Ts rozali masuk kem rejim tu....

rugi besarlah.....bagi UMNO..

p/s..ini pandangan sahaja...

Anonymous said...

TSR jadi beban Umno Selangor?? Kalau ada masa jengok2lah maklumat pada Majlis Perundingan Ekonomi Melayu Malaysia (MAPEM). Tak menang tangan TSR berusaha membantu orang Melayu meniaga, untuk Melayu Selangor dan Melayu Malaysia. Penulis blog pun dijemput menjadi usahawan menerusi MAPEM, itu pun jika minat berniaga. Tak ada gunanya membebel di sini kerana tak menguntungkan langsung. Jom bersama-sama berniaga halal yang dibantu oleh MAPEM. Jangan segan-segan. cari kassim selamat dalam facebook kalau minat berniaga.

Anonymous said...

Team TSR sedang jelajah Malaysia untuk rekrut usahawan Melayu. Elok sangat kita mencuba nasib di situ menerusi TERAJU. Siapa tau kita dapat menjadi usahawan berjaya. Tak payah susah2 komen kat blog lagi. Selamat berniaga (nukilan Cik Kondang Kondi)

Anonymous said...

apabila seseorang itu kaya raya, kita menyumpah kerana iri hati. apabila seseorang itu miskin dan melarat, kita kata padan muka sebab malas. berapa ramai antara kita hulurkan sedekah pada fakir miskin di tepi jalan / kedai makan / pasar. berapa ramai antara kita menderma di surau dan masjid? jika kita rajin menderma dan bersedekah, kita tidak akan pernah menghina manusia yang tidak pernah kita kenal terutama Tan Sri Rozali Ismail. hanya Allah yang kenal dia.