Monday, November 21, 2011

Timbalan Pengerusi UMNO Selangor Kena Belasah...! Faekah Kata Datuk Seri Noh Omar Cetek Ilmu...

Nampaknya pengumuman Kerajaan Negeri Selangor untuk mengadakan pilihan raya selepas bulan Jun pada tahun 2012 yakni setelah empat tahun memerintah, menggusarkan Umno BN.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata, ramai yang melenting dan berbagai tuduhan pula dilemparkan.

Seperti dijangka, kata beliau Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar turut mahu mengambil bahagian di dalam isu itu dengan mempertikai keputusan tersebut dan menuduh Menteri Besar menunjuk dan gila kuasa; takut menghadapi pilihan raya.

Baginya, sejak isu penyalahgunaan dana untuk projek menternak lembu dibongkar, Noh menjadi tidak keruan.

Katanya, jawapan-jawapan yang diberikan oleh beliau langsung tidak menunjukkan pemikiran seorang menteri.

Tambahnya lagi, Noh tiada kredibiliti untuk mempertikaikan keputusan Kerajaan Negeri Selangor itu.

“Selaku menteri kabinet, beliau telah gagal melaksanakan tugas malah terlalu banyak isu kontroversi yang gagal ditanganinya.

Selain gagal, ujarnya Noh juga cetek ilmu dalam pengurusan kewangan.

Beliau menambah, Noh nampaknya begitu ghairah untuk menonjol di mata Perdana Menteri serta cuba untuk menenggelamkan peranan Datuk Satim Diman selaku Ketua Pembangkang, apatah lagi Ketua Pembangkang itu sendiri turut bergelumang dengan skandal.

Menurutnya, dengan tidak semena-mena pula Noh turut menuduh kerajaan negeri tidak mahu bekerja sama dengan Pusat, berpolitik dalam isu pertanian.

Noh, ujar beliau sepatutnya menjadi orang yang terakhir untuk memberi pandangan jangan berpolitik dalam isu rakyat.

Katanya, kerajaan negeri melihat tiada sebab pilihan raya awal diadakan kerana mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan negeri sekarang hanya akan tamat selepas Mac 2013.

“Alasan yang diberikan oleh Menteri Besar amat jelas bahawa kita tidak mahu mencontohi amalan Umno BN pada 2008 bila mana pilihan raya diadakan pada Mac 2008 semua peruntukan Adun Umno BN pada tahun tersebut telah habis digunakan walaupun bajet baharu sahaja dibentangkan pada November tahun sebelumnya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Perkara itu, ujarnya didedahkan Menteri Besar di dalam sidang Dun baru-baru ini dan tidak seorangpun Adun BN yang mampu menjawabnya.

Menurutnya, Menteri Besar juga menegaskan kerajaan negeri mahu memastikan peruntukan dalam Belanjawan 2012 benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan akan datang.

5 comments:

Muhammad bin Sariki said...

Rasanya UMNO tak gusar, PRU 13.
Kalau Pakatan memanglah takut, pasal kuasa mereka akan ditamatkan oleh rakyat Selangor yang sudah berdendam dengan Pakatan.

Kalau ada agenda permohonan tanah, kasi cepat selesaikan. Kalau tidak nanti gigit jari...Oh..oh..oh

Kalau masa BN perintah, tiada tanah yang digazetkan tanah hijau dan tanah tadahan hujan diberi kelulusan.

Bila Pakatan perintah, habis tanah yang kategori diatas di Faraidkan. Tanah kubur pun dia orang rebut..oh..oh..oh

Bapa saya warga emas, 75 tahun tinggal di Selangor tak dapatpun bantuan warga emas seperti yang dicatat kat simpang jalan dan semua traffic light kat Selangor.

Penipu tegar lah namanya tu....

Anonymous said...

Betul ke mandat untuk pilihanraya negeri sama dengan pilihanraya parlimen?

Bukan ke mandat pilihanraya parlimen tu 5 tahun dan mandat pilihanraya negeri tu pulak hanya 3 tahun?

Tolong jelaskan otai yang lebih arif.

Anonymous said...

Bukan ke Anwar nak sangat jd PM. So.. Parlimen bubar awal sebab nak kasi can PR perintah ini negara.. tak kan s'ngor tak nak raikan kejayaan bersama kut... kut, kut takut aper..

Anonymous said...

Alahai fekah sebenarnya jelous dgn Dato Noh sbb kuota dah 3 tinggal 1 je kosong... walhal fekah jadi andartu sbb sapa-sapa taknak akibat kebisingan mulut murai nya...

cadangan aku lah Dato Noh... amik je fekah jadi no4... Dato dpt penuhkan kuota... dapat sumbat mulut bising fekah dari terkemut-kemut fitnah kerajaan... dan meredakan beban fekah selama lebih 40 th keseorangan ha ha ha....

boleh mengeratkan dan saling bertukar maklumat atas katil lebih mesra and terlus he he he... kira UMNO and PKR kurang lah sikit bertelagah ha ha ha ha....

Anonymous said...

Nak tanya sdra Muhammad, agaknya masa pemerintahan BN/UMNO dulu xde ke seinci tanah di Selangor yang difaraidkan oleh pemimpin BN/Umno..patutlah sya dgr selepas PR memerintah byk lagi tanah yg kosong masih belum terusik..bagus btulla pemerintahan BN dlu..mmg rakus betul PR ni..