Tuesday, November 15, 2011

Zizie Ezette Pun Nak Bercakap Pasal Lembu...??

Lim Kit Siang dalam kenyataan terbarunya seperti disiar sebuah portal pro Pembangkang telah menimbulkan persoalan sama ada seseorang perlu masuk penjara atas ‘skandal’ yang menyelubungi National Feedlot Corporation NFC.

Senyum sendiri memikirkan masa yang dipilih untuk Kit Siang untuk menunjukkan kebodohan – di usia emas dan menghampiri mati.

Pertama, atas justifikasi apa pihak-pihak yang terlibat dalam NFC nak masuk penjara bila tiada kes yang cukup kuat untuk menghantar mereka ke sana? Lapuran Audit 2010 yang dijadikan isu itu tidak menyatakan sebarang kesalahan, kegagalan atau penipuan, yang disebut ialah keperluan meningkatkan keperluan sebanyak 40% seperti mana jangkaan asal.

Sekarang, penjelasan kenapa penulis mengaitkan kenyataan Kit Siang dengan Nik Aziz masuk penjara.

Pinjaman mudah [Soft Loan Government] yang diberikan kepada NFC ini adalah sama dengan pinjaman mudah yang diperolehi kerajaan Kelantan sebanyak RM600 juta yang diluluskan Tun Dr. Mahathir (sebut kerajaan BN) pada tahun 1998 untuk menyelesaikan masalah air yang melanda penduduk negeri tersebut.

Dari segi maksud salah guna dana awam, pinjaman mudah [soft loan] dari kerajaan pusat BN sebanyak RM600 juta itu sendiri adalah penyalahgunaan dana awam yang terbesar dibanding dengan NFC yang belum pun terima sepenuhnya dana RM250 juta yang diluluskan itu...!

Sifir mudahnya, jika pengurusan NFC perlu ke penjara atas apa pun isu yang timbul sekarang, maka Nik Aziz sudah lama ‘layak’ masuk ke penjara kerana pinjaman dah habis diambil tapi masalah air tetap juga tak selesai. Bahkan menurut Exco paling kaya di Kelantan, Takiyudin Hassan, masalah air di Kelantan akan hanya selesai pada 2027...!!

Nik Aziz sudah lama mereput atau dah jadi debu pasir, pun masalah air belum tentu selesai di Kelantan.

Kalau dibuat kedua perbandingan ini, nescaya kerajaan pusat mempunyai alasan yang cukup kuat untuk menghantar Nik Aziz ke penjara kerana jelas ada penyelewengan kerana masalah air di Kelantan masih tak selesai sehingga hari ini. Kelantan adalah satu-satunya negeri dimana bekalan air bersih kepada penduduknya berada dibawah 50%!

Secara perbandingan dengan Kelantan, keadaan di Sabah dan Sarawak yang lebih teruk keadaan muka buminya, namun begitu,kedua dua negeri itu sudah mencapai lebih 70% tahap pembersihan air.

Fakta ini semua berlambak dalam internet yang boleh dirujuk balaci. Lagipun bukan resmi penulis untuk memberikan maklumat palsu dalam portal yang sungguh berkredibiliti ini. Kami para penulis juga perlu jaga standard kami agar tidak sama dengan penulis murahan pembangkang yang gemar menulis bohong dari fakta.

Kesimpulannya, sebagai orang tua yang punya cucu yang kuat meraba, Kit Siang perlu lebih berhati-hati bila bercakap.., jangan ikut resmi lembu yang dibela NFC (yang dicadang ke penjara ini.

Sehingga sekarang masih tidak ada lagi bukti pembelian kondo yang disebut-sebut sebanyak RM 9 juta itu. Sedangkan kami (para penyokong BN) semua dah bersedia bahkan dah beri jawapan pun kalau benar transaksi itu wujud!!

Sepatutnya semua pihak perlulah menunggu hasil siasatan dijalankan. Kalau ada bukti penyalahgunaan dana, sila berikan kepada pihak berwajib, bukan bercakap kemudian tunjuk plain paper konon ada bukti transaksi, itu bodoh namanya.

Kalau ada pun yang perlu dipenjarakan ialah pihak-pihak Pembangkang yang cuba sedaya upaya mahu memfitnah dan merekayasa cerita atas perkara yang tidak ada asas yang kuat untuk dijadikan isu ini.... [sumber]

No comments: