Friday, December 30, 2011

Fitnah Jahat PKR Isu NFC-Shahrizat Terbukti GAGAL Pengaruhi Warga Sabah Bah....!!

Sokongan padu diberikan oleh Jentera Pilihanraya Wanita BN Sabah terhadap Ketua Wanita UMNO Malaysia membuktikan usaha kerja jahat memfitnah Yb Senator Datuk Seri Shahrizat dengan isu NFC gagal sama sekali..!

Sebaliknya, sambutan hangat meyambut kehadiran Shahrizat dalam program Jalinan Rakyat Wanita BN Negeri Sabah di Bangunan UMNO Sabah mengesahkan bahawa aura kepimpinan Ketua Wanita UMNO itu masih kuat didokong oleh keseluruhan Wanita termasuklah dikalangan parti komponen BN di Sabah seperti PBB, MCA dan lain lain.

Shahrizat akan berada di Sabah selama dua hari dalam memastikan persiapan Jentera Pilihanraya Wanita Negeri Sabah bersiap siaga mendepani PRU ke 13

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak membacakan amanat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

Beliau turut sama memberikan jaminan bahawa BN Sabah tetap menyokong kepimpinan Ketua Wanita UMNO Malaysia biarpun pelbagai cubaan fitnah jahat Pakatan terhadap Shahrizat...

2 comments:

Anonymous said...

biasala ketua lembu akan disokong oleh penyokong lembu jgk...

Anonymous said...

Dengar kata lembu-lembu NFC ada unsur-unsur DNA UMNO jenis boleh dicucuk hidung dan ditarik ke sana ke mari. Betul ke?