Thursday, December 29, 2011

Ku Li Akan Sertai Kempen ANAK [Felda] Bantah Penyenaraian FGVH

Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (ANAK) akan menampilkan putera raja Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu program jelajah berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Bhd ke Bursa Malaysia.

Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata, dengan nama Gerakan Selamatkan Felda itu dirancang untuk membabitkan Tengku Razaleigh atas kapasiti bekas menteri kewangan itu sebagai salah seorang pengasas Felda.

"(Dalam) isu penyenaraian (ini), beliau berhajat bertemu dengan kami. Mungkin sudah sampai masanya beliau menyatakan pendiriannya tentang Felda kerana beliau antara yang terbabit dengan penubuhan Felda," kata Mazlan dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh hari ini berhubung perkara itu.

Selain Tengku Razaleigh, program jelajah anjuran ANAK dan sepuluh NGO lain itu juga dirancang untuk membabitkan beberapa tokoh lain yang telah berjasa kepada Felda, termasuk seorang bekas pengerusi, Tan Sri Raja Alias Raja Ali.

"Banyak lagi tokoh-tokoh lain (kita sedang berhubung)... Ini untuk melonjakkan kebersamaan dalam isu Felda (supaya) menjadi isu nasional untuk dipertimbangkan secara serius oleh perdana menteri," kata Mazlan.

Dalam mesyuarat hari ini, yang dihadiri 11 NGO, Mazlan berkata mereka turut memutuskan untuk membawa isu berkaitan Koperasi Permodalan Felda Berhad ke pengetahuan Angkatan Koperasi Malaysia (Angkasa).

"Sudah sampai masanya dimaklumkan kepada Angkasa. Kita juga akan memohon pandangan yang dipertuanya termasuk (bekas YDP Angkasa) Ungku Aziz (Abdul Hamid)," kata Mazlan.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, beliau akan menulis surat kepada International Coorperative Alliance untuk melihat masa depan Koperasi Permodalan Felda yang disifatkannya sebagai agensi koperasi terpenting di Malaysia.

NGO yang hadir dalam mesyuarat itu antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Badan Bertindak Felda (Bangkit), Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI).

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

5 comments:

Anonymous said...

Mazlan bimbang org FELDA jadi kaya. Tengoklah nanti dia sendiri yg berebut nakkan 'Pink Form"

Dato' SRK Melaka said...

Salam MIK,

Lama tak update facebook..sibuk dengan persiapan perang ke..kenduri kendara tak nampak muka..cuba le cerita khabar berita..sy sentiasa menjadi penyokong saudara yg setia..

Anonymous said...

Sdra MIK Bloggers,
izin saya masuk

Andai kata lah, kalau lah sebelum masa Tony Fernandez dan Azman buat swap 25 % AA MAS 25 %, ada satu gerakkan saperti ini ,yang di serlah kan dengan nama nama saperti di sebut sebut,taada lah peluang MAHB di asak kacau bilau, dan pasti nya maruah MAS MAHB dan Maruah orang Melayu tidak di seret heret ke parit longkang.
Nasi dah jadi kanji, MAS.
Ambil iktibar.
arjuna waspada
changkat lobak.

hujan emas said...

Tolong tanya Mazlan Aliman, pelaburan dia kat KPF berapa banyak ?. kenapa buat sibuk sangat ?. Dulu kata Felda menipu Peneroka, sekarang kenapa nak bela Felda pulak ?.

hujan emas said...

Tolong tanya Mazlan Aliman, berapa juta dia melabur kat KPF ?. Kenapa sibuk sangat dok bela FELDA ?. Dulu kata Felda menipu peneroka, sekarang nak jadi hero membela Felda pulak?.