
PRK DUN Tenang disulami dengan cuaca hujan lebat sehingga mengakibatkan beberapa kawasan rendah dilanda banjir kilat..Tindakan pantas jentera BN khususnya Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia dilihat berjaya memenangi hati pengundi kaum berbangsa India.
Menjadi fitrah manusia, kita kan lebih hargai dan kenang wajah orang yang datang menghulurkan bantuan ketiak kita susah, itulah tanggungjawab yang berjaya dipikul dengan jayanya jentera Wanita UMNO Malaysia..!
Berbanding dengan pasukan yang turun dari pihak Pakatan Pembangkang..Mereka masuk ke perkampungan estet bukan untuk membuktikan "faedah" yang boleh diperolehi oleh pengundi sekiranya mengundi mereka..
Juak juak murahan ini masuk ke estet dengan nawaitu menghasut..! Ketika golongan penduduk estet pekerja ladang ini mahu dapatkan manfaat dari mereka, malangnya yang dibawa bersama adalah "hasutan" membakar buku Interlock...








































