Monday, February 28, 2011

Al Fatehah Buat Dato Azizan. Yaakob

Marilah kita sedekahkan surah Al-fatehah buat bekas ADUN Pulau Tawar Negeri Pahang, Dato Azizan Yaakob yang telah pulang ke rahmatullah sebentar tadi.

Allahyarham telah menghembuskan nafasnya terakhir setelah tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan koma semenjak pagi 26hb Februari iaitu hari Penamaan Calon PRK DUN Kerdau.

Keluarga Allahyarham telah memindahkan beliau dari Hospital Temerloh ke Hospital Kuala Lumpur setelah keadaannya semakin kritikal. Allahyarham Dato Azizan diserang stroke pada awal subuh Sabtu yang lepas.

Pernah menjadi Exco Pemuda UMNO Malaysia sewaktu kepimpinan Zahid Hamidi, Allahyarham juga aktif dalam dunia Bloggers. Kendalian blog Melayurayadaily.blogspot.com

Blogger Medan Info Kita bersama sama sahabat blogger Gap, Pisau.net, Kerisputera dan Gerakan Timur sempat menziarah Allahyarham di Hospital Temerloh pada Sabtu petang selepas selesai proses penamaan calon.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Updates KERDAU 12 – PAS Fening Lalat Apabila Tetamu Dari Mesir Meriahkan Majlis Ustaz Syed Ibra’

Ternyata dan terbukti anggapan juak juak murahan PAS bahawa calon UMNO BN di PRK DUN Kerdau tidak ada aura seorang Ustaz sudah menjadi mimpi buruk mereka..!!

Sudah masuk hari ke 3 berkempen, serangan PAS untuk “discredit” calon UMNO-BN semakin malap dan pudar. Berbanding dengan beberapa PRK sebelum ini....

Malam tadi, sewaktu berlangsungnya majlis sambutan Maulidul Rasul di kampung Ustaz Syed Ibra’ sendiri, iaitu di Kuala Tekal turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa guru pengajian Mesir... Mereka merupakan sahabat Ustaz Syed Ibra’

Gambar diatas; Sheikh Razak Ibrahim Al-Masri ulama Mesir kenalan lama Ustaz Syed Ibra’ dan Habib Ali Zainal Abidin berasal dari Inodnesia juga sahabat karib Ustaz Syed Ibra’ dimana mereka sama sama menuntut di Mesir.

Updates KERDAU 11 – BUKTI PAS Gagal Fitnah Calon UMNO-BN. Sijil Universiti Al Azhar Ustaz Syed Ibra Bukan Palsu... PAS Juara Fitnah!! PAS Penipu Te

Untuk bacaan yang lebih jelas, sila double click pada imej diatas untuk kesemua imej yang disiarkan.

PAS semakin terdesak! Politik kotor murahan juak juak murahan PAS cuba memfitnah cerita kununnya calon UMNO-BN bukan lulusan Universiti Al-Azhar terbukti sia sia... Kini dipamerkan sijil sjil milik Ustaz Syed Ibra’. Anda nilaikan sendiri....

Lihat anak panah, sijil yang diakui sah oleh pihak yang mengeluarkannya di Mesir..!!

Updates KERDAU 10 – Calon PAS, Hasanuddin Mengaminkan Doa Yang Dibaca Calon UMNO, Ustaz Syed Ibra’

Lihat anak panah, Ustaz Syed Ibra’ mengimamkan majlis di surau Kampung Guling Tajau, Benom malam tadi... Disinilah kampung asal beliau dibesarkan

Adun Kuala Semantan dari PAS, Syed Hamid Syed Mohamad duduk bersebelahan dengan Datuk Ismail Sabri untuk menjamu selera jamuan malam tadi... Lihat anak panah, kenapa botol air mineral lambang BN tergolek..?? Yb PAS marah ker..???

Updates KERDAU 9 – Walk-about Kempen Dekati Pengundi Bersama Datuk Ismail Sabri...

Petang semalam, Menteri i Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaacob telah turun padang....

Kuala Tekal, Kampung Guling Tajau,Benom menjadi destinasi Datuk Ismail Sabri mendekati pengundi pengundi di Kerdau. Ikuti rakaman program petang semalam;

Updates KERDAU 8 - BONGKAAARR..!!! Tungguuu.., Jam 10 Pagi Nanti, Bloggers BUKTIKAN Penipuan Dan Fitnah PAS!!

Updates KERDAU 7 – Rahimi Osman Bantu Jentera BN Di Kerdau....


Sunday, February 27, 2011

Updates KERDAU 6 - PKR Boikot PRK DUN Kerdau...!!

Tak ada kelibat pimpinan utama PKR pada hari penamaan calon PRK DUN Kerdau...!!!

Mana pergi Anwar Ibrahim..?? Mana dia Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali..??? Mana hilangnya Setiausaha Agung, Saifauddin Nasution...???

Ketiga tiga mereka juga tidak kelihatan di penamaan calon DUN Merlimau...!

Di perkarangan Dewan Tun Razak Temerloh, hanya kelihatan seorang Naib Presiden, Fuziah Salleh yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan, Pahang. Seorang lagi pimpinan PKR ialah ADUN Batu 3 Selangor, Rodziah Ismail.

Sekliranya Ketua AMK PKR si ketot Shamsul Iskandar berada di Melaka, kenapa Timbalannya yang pernah bertanding di Pahang pada PRU ke 12 yang lalu tidak muncul di Kerdau..???

Seorang lagi Ahli Parlimen dari Pahang, Azan Ismail Indera Mahkota juga tidak hadir memberikan sokongan kepada calon PAS pada sesi penamaan calon semalam

Jelas terbukti PKR sudah merasakan calon RECYCLE yang mewakili PAS tidak akan membawa kemenangan dan Anwar Ibrahim serta barua barua tegarnya tidak mahu membuang masa...!!!

Updates KERDAU 5 – Tuan Ibrahim Tuan Man Tak Berani Bertanding Lawan Ustaz Syed Ibra’

Akhirnya PAS terpaksa menyerah kalah sebelum berjuang....!!

Pada awalnya apabila kerusi DUN Kerdau dikosongkan setelah wakil rakyat UMNO yang dinobatkan pada Pilihanraya ke 12, Datuk Zaharuddin pulang ke rahmatullah pada 12 Februari 2011, PAS beranggapan mereka akan dapat kembalikan kemenangan buat Pakatan setelah gagal di Tenang apabila tersilap formula melacurkan nasib Cikgu Mala disana....

PAS yang sememangnya mahu membuktikan kepada Boss mereka Lim Kit Siang dan Karpal Singh bahawa parti yang melacurkan agama islam ini masih mampu meraih kemenangan sudah mula berangan angan mahu merampas kerusi DUN Kerdau....

Tidak pernah langsung terfikir oleh juak juak murahan PAS bahawa UMNO ada memiliki calon yang berlatar belakangkan ustaz berbekalkan sijil lulusan Universiti Al Azhar, dari Mesir...! Betapa bodohnya pimpinan PAS serta penjilat penjilat tegar mereka..., kununnya mana mana lulusan Al Azhar tidak akan menyertai parti UMNO.

Maka, apabila dipamerkan biodata Ustaz Syed Ibra’, tepuk dahi kesemua barisan utama kepimpinan sebuah parti yang mengagungkan seorang WALI SELIPAR sebagai Mursyidul Am mereka...
UMNO mencalonkan seorang Ustaz..?
Ustaz graduan Universiti Al Azhar..??
Itulah barang kali persoalan yang tertanya tanya oleh barua barua pencacai tukang basuh berak Lim Kit Siang, Lim Guan En, Teresa Kok, Ronnie Liu dan kesemua pimpinan DAP....


Setelah mereka sedar calon UMNO bukan sebarang orang, Ustaz Syed Ibra’ pernah mengajar di Sekolah Agama Darul Naim, malah isterinya masih menjadi Ustazah di sekolah yang sama... Maka PAS tiada pilihan, terpaksa melacurkan nasib calon mereka yang pernah ditolak oleh pengundi DUN Kerdau pada Pilihanraya umum ke 12 dahulu, Hasanuddin Salim.

Calon RECYCLE, calon Kitar Semula..., calon Second Hand.., calon TERPAKAI...., Calon REJECTED Items..!!! Banyak sungguh istilah sesuai untuk calon PAS ini, kesian nasib dia!! Berbanding dengan calon UMNO sepertimana janji YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib bahawa kita akan sediakan Winnable Candidate..

PAS bukan Islam..!! PAS adalah sebuah parti politik yang melacurkan dan menyundalkan islam..!!!

Video Klip Pesanan Kepada PAS Cara Kempen Berhemah PRK DUN Kerdau....



Saturday, February 26, 2011

Nasi Hangit KERDAU..! PRK DUN Kerdau Yang Terakhir Buat Saifuddin Abdullah..., Beliau Akan Sertai Bob Lokman Masuk PAS..??


Klik SINI

Khabar Dari PRK DUN Kerdau – Berita Bergambar Sekitar Penamaan Calon

Blogger Medan Info Kita tiba di bandar Temerloh sekitar jam 6 pagi tadi..., bergerak agak lewat, maksudnya awal subuh tadi. Walaupun keletihan dan rasa mengantuk namun terpaksa harungi juga kerana tidak mahu terlepas menyertai sesi proses penamaan calon pagi tadi.

Calon UMNO-BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan, Ustaz Syed Ibra’ telah ditemani oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Adnan Yaakup. Beberapa pimpinan utama BN juga turut sama kelihatan berada diperkarangan Dewan Tun Razak Temerloh.

Secara rasminya, Ustaz Syed Ibra’ akan ditentang oleh calon RECYCLE dari PAS, Hassnuddin Salim yang sekali lagi mahu dijadikan Aqiqah oleh parti yang menjadi barua murahan DAP...

Bacaan doa oleh calon UMNO-BN sendiri Ustaz Syed Ibra’. Lulusan Universiti Al Azhar, pernah mengajar di Sekolah Agama Darul Naim Kuala Krau.