Thursday, March 31, 2011

Update 9 Misi KHAS Jepun – GAMBATE KUDASAI..!! Dato’ Azeez Penuhi Janji, Sampaikan Bantuan Kemanusiaan WALAUPUN Berlaku Gegaran 6.1 Skala Richter

Berpantang Maut Sebelum Ajal... Janji Perlu Dikota!

Hari ini 31 Mac 2011, hari kedua kami berada dibumi Sendai. Bekalan Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia seberat 45 tan yang dijadualkan tiba telah dibawa terus dari Lapangan Terbang Haneda terus ke gudang penyimpanan barangan terletak di Izumi Park Town.

Dato’ Azeez bersama skuad Sukarelawan menyampaikan bekalan keperluan asas itu kepada Mr Tomoki Yoshida wakil NGO di Jepun, Japanese Institute For Hunger yang kemudiannya nanti akan menyalurkan kepada mangsa mangsa Tsunami yang telah mereka kenal pasti.

Setelah selesai proses pemunggahan dan upacara penyerahan tersebut, Dato’ Azeez bergegas pula ke Oganawa yang berada dalam kawasan Ishinomaki. Petang semalam, beliau telah menziarah kawasan penduduk Oganawa yang ditimpa bencana tsunami, klik sini.

Sewaktu tiba dan ketika menunggu kenderaan yang membawa bekalan bantuan yang hendak diserahkan, telah berlaku gegaran susulan pada magnitud 6.1 Skala Richter..!

Namun ianya tidak sesekali membantutkan program yang dijadualkan oleh Kelab Putera 1 Malaysia. Dato’ Azeez telah menyampaikan kepada wakil NGO disana, Tomofumi Kaneko mewakili The Nippon Foundation.

Ikuti berita bergambar rakaman kedua dua program Kelab Putera 1 Malaysia yang telah berlangsung siang tadi;

SERAHAN BANTUAN KEMANUSIAAN RAKYAT JEPUN DI IZUMI PARK TOWN


SERAHAN BANTUAN KEMANUSIAAN RAKYAT JEPUN DI SEKOLAH MINATO CHOU, OGANAWA

Update 8 - Misi KHAS Jepun - Rakyat Jepun Terharu Terima Bantuan Kemanusiaan Dari Kelab Putera 1 Malaysia.

Setelah menziarah tempat tempat berlakunya Tsunami, delegasi Kelab Putera 1 Malaysia telah pergi menyerahkan barang barangan keperluan asas kepada mangsa mangsa bencana Tsunami. Dato Azeez bersama skuadnya telah dibawa ke dua pusat penempatan mangsa mangsa bencana yang terletak dikawasan Miyagi.

Disana Dato Azeez telah menyampaikan bantuan yang diperlukan. Sememanngnya, kehadiran kami sangat sangat dihargai oleh rakyat Jepun. Merka tak henti henti mengucapkan terima kasih “DOMO ARIGATO..” apabila para Sukarelawan Sukarelawan memunggah turun barang barang tersebut...

Hari ini dijadualkan Kelab Putera 1 Malaysia akan mengadakan beberapa lagi lawatan dan kunjungan ke beberapa kawasan di Sendai.

Syabas diucapkan kepada Dato Azeez..!!!

Wednesday, March 30, 2011

Update 7 - Misi KHAS Ke Jepun - Dato Azeez Bersama Kelab Putera 1 Malaysia Ziarah Ke Tempat Dilanda Tsunami – Berita Bergambar

MAKLUMAN : Penggunaan internet tidak begitu lancar, sebentar tadi sekitar jam 7.30 malam kami telah mengalami gegaran susulan didalam tempat penginapan kami di Aoba-ku, Sendai.
Kami terpaksa bergegas turun dan berkumpul di Assembly Area. Selepas 30 minit dibenarkan masuk semula ke bangunan.


Laporan laporan dari Sendai akan dikemaskini lagi selepas ini.

Destinasi pertama Dato Azeez di perkampungan muara sungai di daerah Ishinomaki telah bertemu dengan Mr Akira Hachirou yang memaklumkan ayahnya “hilang” dibawa ombak Tsunami. Dato Azeez begitu terharu apabila diberitahu bahawa beliau sedang berdiri ditempat kali terakhir Akira melihat ayahnya...”


Update 6 Misi Ke Khas Jepun - Wakil MOSTI Mainkan Peranan Penting!

Dua individu yang berkaitan dengan Ministry Of Science Technology & Innovation [MOSTI], iaitu John Konsoh Sungau dan Ibrahim Muhammad juga turut serta dalam skuad Misi Khas Ke Jepun.

Kehdiran mereka berdua sebenarnya banyak membantu Kelab Putera 1 Malaysia yang sentaiasa didedahkan dengan risiko kerana kadar bacaan pencemaran radiasi disekitar Sendai masih turun naik dan perlukan pemantauan yang tersangat rapi.

Berbekalkan alat pengesan radiasi Personal Radiation Detector, John dan Ibrahim akan sentiasa memeriksa dahulu bacaan dimana mana tempat yang bakal dan sedang dituju dan merekalah yang akan memaklumkan dan membuat keputusan samada boleh atau tidak tempat itu dilawati..

Ibrahim merupakan Ketua Penolong Pengarah Atomic Energy Licensing Board, manakala John pula adalah Pegawai Penyelidik yang bertugas di Malaysian Nuclear Agency. Pembabitan dan penglibatan kedua dua mereka amatlah menepati langkah persediaan yang diambil oleh skuad Kelab Putera 1 Malaysia memandangkan Misi ini juga mendepani bahaya serta risiko kepada radiasi nuklear di Jepun.

Mohon Allah swt sentiasa melindungi skuad delegasi yang sedang berada di Sendai, Jepun.

Update 5 Misi Ke Khas Jepun - Rakyat Tempatan Sendai Bantu Dato Azeez Pergi Ke Beberapa Tempat Bencana Tsunami Pagi Ini...

Pagi ini tepat jam 8 pagi waktu tempatan, Dato Azeez bersama Sukarelawan Sukarelawan kelab Putera 1 Malaysia akan berangkat menuju ke beberapa kawasan tepi laut Sendai yang teruk kesannya setelah dilanda Tsunami.

Rombongan Dato Azeez akan dibantu oleh dua rakyat tempatan seorang imam masjid di sana iaitu Haji Mohammad Mussan dan bilalnya yang sangat berbesar hati dengan tujuan murni delegasi ini menghulurkan bantun.

Inilah cabaran paling besar dibawa oleh Dato Azeez yang “berani” untuk memasuki kawasan yang mencipta sejarah bencana terburuk dekad ini... Marilah kita singkap kembali peristiwa tersebut

Tuesday, March 29, 2011

Update 4 Misi KHAS Ke Jepun - Dato Azeez Selamat Tiba Di Sendai

Syukur Alhamdulillah.., sekitar jam 11.00 pagi waktu tempatan, Sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia yang diketuai oleh Dato Azeez selamat tiba di bumi Sendai. Tempat yang paling teruk dilanda bencana Tsunami.

Walaupun keletihan kerana menempuh perjalanan lebih 6 jam, namun sebaik sahaja tiba di destinasi, Dato Azeez sendiri turun padang dan ringan tulang memulakan pemunggahan barang barang keperluan asas yang dibawa dengan hasrat Bantuan Kemanusiaan buat mangsa mangsa Tsunami di Jepun.

MAKLUMAN: Talian internet wireless dan wi-fi tidak ada dikawasan Sendai, namun kami akan berusaha sedaya memberikan updates sebaik mungkin.

Monday, March 28, 2011

PANAASS Dari Tokyo..!! Video Seks Anwar Jadi Bualan Rakyat Malaysia Di Jepun... KANTOI..!!

Pertemuan dengan beberapa anak muda pelajar pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran mereka di negara matahari terbit agak rancak perbualan kami disini...

Sesi minum minum bersembang setelah penat bertungkus lumus membuat persiapan terakhir sebelum berangkat meneruskan Misi Khas Bantuan Kemanusiaan Mangsa Tsunami Jepun sebentar tadi menyaksikan perbualan yang hangat mengenai isu terkini suhu politik tanahair.

Terpacul soalan dari anak muda yang bertanyakan dan kesungguhan mereka “mahu tahu” kenapakah Anwar terlalu sinonim dengan pelbagai kontrovesi isu membabitkan seks dan seks luar tabi’e..?? Bijak juga cara mereka menyoal dan berhujah..., persoalan pokok yang mereka terlalu musykil apabila terserlah “ketakutan” Anwar Ibrahim untuk menyerahkan DNA, taktik menangguh-nangguhkan perbicaraan kes liwat Saiful.., keengganan membalas sumpah Saiful, dan terkini Anwar tidak mahu membuktikan alibi dimana dia “hilang” selama dua jam tidak bertwitter pada tarikh video seks dirakam, yang peliknya Anwar sibuk pula mahu bertanya kenapa tidak ada tindakan undang undang keatas pihak yang mengedarkan video tersebut...

Jangkaan kami bahawa anak anak muda yang belajar diluar negara akan lebih cenderong kepada menyokong idealisme terbukti meleset sama sekali sebentar tadi... Malah anak anak muda ini akui semakin meluat dan meragui keperibadian Ketua Umum PKR itu. Walau bagaimanapun mereka tidak menolak hakikat pada mulanya meminati Ketua Pembangkang itu kerana dilihat sebagai “watch dog” yang begitu vokal sentiasa mendedahkan banyak kepincangan pentadbiran kerajaan yang lemah sewaktu era mantan PM sebelum ini. Mereka juga akui konsep kepimpinan PKR yang banyak mengenengahkan pimpinan muda berjaya menarik minat mereka memberikan sokongan apatah lagi keterampilan Nurul Izzah berjaya menjadi ikon anak anak muda yang meminati politik tertarik dengan PKR.

Semua itu hancur musnah setelah satu demi satu buruk laku Anwar terserlah didepan mata. Ianya bermula dengan kes liwat Saiful dimana Anwar banyak berdolak dalih menuding jari kepada orang lain.., kegagalan FITNAH Raja Petra dalam isu kematian Altantuya.., Pembohongan 16 September, cerita baling kerusi dalam Mesyuarat Pemilihan PKR.

Apabila diajukan soalan samada mereka yakin dalam isu terbaru video seks yang dikaitkan dengan Anwar maka anak anak muda ini membalas soal “Dato Seri Anwar jawablah dulu mana dia hilang tiba tiba boleh stop tweeting..., kami semua follow politic news kat blogs.”

MISI KHAS JEPUN - Kelab Putera 1 Malaysia Tetap Akan Ke Tempat Kejadian Tsunami Esok..

Sepanjang hari ini, jadual skuad Kelab Putera 1 Malaysia padat dengan pertemuan beberapa pihak pihak penting di Tokyo untuk mendapatkan taklimat dan makluman mengenai keadaan dinegara Jepun. Lebih lebih lagi, Yamagata, Miyagi, Ibrake dan Sendai.

Pada sebelah pagi Dato Azeez telah dibawa bertemu dengan pihak Kedutaan Malaysia di Jepun. Dato Saharudin Mohd Som telah memberikan maklumat terperinci sebagai persediaan membantu rombongan Kelab Putera 1 Malaysia yang akan berangkat subuh esok.

Walaupun keadaan agak tidak begitu selamat namun ianya berada ditahap tidak membahayakan... Menurut Dato Azeez cabaran ini akan tetap ditempuh oleh keseluruhan ahli ahli dan Sukarelawan yang menyertai delegasi ini.

Setelah selesai sesi bersama Kedutaan Malaysia, Dato Azeez bergegas ke Japan Project Industry Council [JPIC] bagi membincangkan urusan logistik membawa bekalan makanan sebanyak 250 tan yang akan diagihkan kepada mangsa mangsa Tsunami di Yamagata, Miyagi, Ibrake dan Sendai.

Kedatangan Dato Azeez telah disambut oleh Hiromitsu Takayabu dipejabatnya. Pertemuan penting ini berjalan dengan lancar dimana pihak JPIC akan membantu urusan pengangkutan dan trasnportasi penghantaran bekalan tersebut.



Pada sebelah petangnya pula, Dato Azeez telah mengadakan pertemuan penting dan berpeluang dengan bermesyuarat bersama Timbalan Menteri Luar Jepun, Banno Yutaka.

Pihak negara Jepun amat terharu dengan kesungguhan dan keberanian Kelab Putera 1 Malaysia yang mengambil risiko amat besar mendepani cabaran menjalankan tugas membantu mangsa mangsa Tsunami.

Banno merakamkan rasa penghargaan kepada kerajaan Malaysia yang mengamalkan dasar setia kawan menghulurkan bantuan dalam keadaan negara mereka ditimpa bencana. Semoga pertalian persahabatan diantara dua negara ini akan berterusan.

Esok tepat jam 5,30 pagi Dato Azeez akan mengetuai perjalanan ke tiga buah daerah bermula dengan Yamagata, Ibrake dan Sendai. Mereka akan tinggalkan bandar Tokyo dan berada disana selama tiga atau empat hari bergantung kepada tahap radiasi disekeliling kawasan disebutkan tadi.

Mohon rakyat Malaysia doakan kejayaan Misi Khas Jepun ini semoga selamat pergi dan pulang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini....