MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Saturday, July 30, 2011

Hangat Malam Minggu...!! Rumahtangga Seorang Menteri UMNO Sedang Bergolak.....

Malang sungguh bagi Hishamuddin, dalam saat nama dan jawatannya sedang dicemarkan oleh persepsi buruk kalangan pembangkang, pembebasan tahanan PSM ini sekali lagi menjadikan namanya `harum’ serta menjadi `sebutan’ di kesemua ceramah-ceramah pembangkang sedangkan beliau hanya melaksanakan dasar tetapi dasar-dasar ataupun undang-undang seolah-olah dipermainkan oleh sebilangan pegawai polis yang berkepentingan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Berkaitan pembebasan enam tahanan ini, Hishamuddin memerlukan tongkat ajaib untuk membersihkan namanya dan sekiranya benar terbukti ada kecuaian dalam siasatan polis yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang berkepentingan politik, PDRM perlu bertindak ke atas pegawai-pegawainya yang cuai sehingga kes sebesar ini boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.

Sehingga ke hari ini. kita masih yakin dan percaya bahawa penyambungan semula kontrak Ketua Polis Negara bukanlah satu tindakan yang bijak oleh kerajaan malah dengan apa yang sedang berlaku dalam PDRM ketika ini membuatkan kita merindui sentuhan tugas Hanif Omar,Rahim Noor dan Norian Mai dan satu lagi,mengekalkan Peguam Negara hingga ke hari ini juga merupakan satu keputusan yang sukar untuk diterima oleh akal yang waras.

Baca seterusnya..., klik sini.

PSM 1 KDN 0 – Gol Jaringan Sendiri [edisi HAMPEH..]

KUALA LUMPUR: Anggota dan penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyambut pembebasan enam tahanan Ordinan darurat bagaikan 'seorang wira' dalam satu majlis yang diadakan khusus untuk meraikan mereka di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur/Selangor di sini malam Jumaat.

Sambutan itu diadakan kurang lebih tiga jam selepas mereka dibebaskan dari Balai Polis Jinjang pada jam 5.30 petang.

Mereka telah ditahan di bawah Ordinan Kecemasan sejak 28 hari yang lalu.

Dalam majlis untuk meraikan keenam-enam tahanan tersebut, para anggota dan penyokong PSM telah memberikan tepukan bergemuruh sebaik sahaja 'wira-wira' mereka memasuki dewan berkenaan sambil mengibarkan bendera parti mereka.

Sebahagian besar yang hadir telah mengenakan pakaian berwarna merah yang melambangkan bendera parti tersebut.

Yang pertama tiba ialah 'hero paling utama' iaitu ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar.

Turut hadir untuk menyambut 'wira-wira' ini ialah Pengerusi PSM, Nasir Hashim, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenavasan.

“Terima kasih semua...terima kasih. Jika tidak kerana anda semua kami mungkin masih berada di dalam tahanan. Ada cadangan untuk menahan kami untuk selama dua tahun," kata Dr Jeyakumar dalam ucapan ringkasnya. Mstar

Hishamuddin Hussein Kena SANGGAH Isu Ini...! Sanggah Jangan Tak Sanggah.....

RAKYAT menjadi semakin keliru dengan beberapa perkembangan mutakhir melibatkan segala sistem perundangan dalam Negara kita ini yang semakin hari semakin diperlekehkan dan dilihat undang-undang di dalam Negara yang didokong sekian lama tidak berjalan mengikut kehendak dan keperluan Perlembagaan Persekutuan yang sebenar-benarnya.

Kita menjadi semakin terkeliru kalau kita mengambil contoh BERSIH yang telah diharamkan kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertbuhan tetapi kumpulan mereka ini sedang bergerak dengan sewenang-wenangnya tanpa tindakan daripada mana-mana pihak yang memegang kuasa untuk mengambil keputusan dan tindakan.

Pertubuhan haram ini dilayan dengan begitu baik dan diberikan tempat yang sewajarnya bukan sahaja di kalangan rakyat yang buta tetapi juga diangkat sebagai satu gerakan siasah yang dibantu perjalanan pertubuhannnya seolah-olah Negara hari ini diberitahu bahawa Bersih tidak haram walaupun Kementerian Dalam Negeri dan PDRM mengesahkan Bersih adalah pertubuhan haram.

Bersih ini dilihat sebagai penanda aras kepada kegagalan penguatkuasa undang-undang untuk menguatkuasakan arahan bagi mengambil tindakan kepada kumpulan ini dan kumpulan ini tidak jauh bezanya gerakan menjurus kepada membahayakan ketenterama awam dan juga negara.

Mereka tidak jauh bezanya dengan gerakan Al Maunah,Al Arqam dan juga kumpulan yang berselindung di sebalik jemaah tabligh ataupun sekolah-sekolah pondok yang mengkaderkan anak-anak muda hari ini untuk menentang kerajaan serta Yang DiPertuan Agong.

Apa sudah jadi dengan kerajaan hari ini? Apa majalnya Kementerian Dalam Negeri dan juga PDRM hingga Pengerusi pertubuhan haram ini mengakui bahawa mereka engkar terhadap titah Agong namun sehingga hari ini tidak ada tindakan di ambil bukan sahaja kepada ketuanya tetapi langsung seperti tidak ada keberanian untuk mengambil tindakan sejajar dengan keperluan undang-undang yang diamalkan sekian lama.

Prinsip Rukun Negara iaitu yang memeteraikan Kedaulatan Undang-Undang sebagai salah satu terasnya sedang dipermain dan diperkotak katikan oleh mereka yang tahu undang-undang dan pihak yang mengawal undang-undang sedang terkebil-kebil melihat bagaimana undang-undang yang mereka jaga serta kawal selia selama ini sedang dipijak dengan rakus oleh sebahagian besar warganegara yang tidak bertanggungjawab.

Terlalu banyak lagi kerosakan undang-undang yang sedang mereka lakukan.Adakah kerana mereka sedar bahawa kerajaan hari ini tidak berani bertindak maka mereka tanpa segan silu dan rasa takut terus memperlekehkan seluruh sistem yang ada hingga dilihat hari ini sistem itu telah menjadi caca marba.

Kita lihat bagaimana angkuhnya Ambiga, Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan ramai lagi kalangan pembangkang dalam Negara ini melanggar undang-undang. Barangkali mereka sedar bahawa kalau ada tindakan pun hanyalah amaran dan peringatan baik dari Menteri yang bertanggungjawab ataupun Ketua Polis Negara yang semakin hilang punca mengemudikan pasukan Polis DiRaja Malaysia.

PDRM sendiri mengakui bahawa tindakan pembangkang hari ini adalah untuk membunuh kredibiliti serta intergriti PDRM tapi apa tindakan yang mereka buat? Bila ada yang bertanya, mereka pula kata segala jertas siasatan telahpun diserahkan kepada pejabat Peguam Negara dan terpulang kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan tapi soalnya sampai hari ini tidak ada satu pun tindakan yang boleh dibanggakan sebahagian besar lagi rakyat terhadap keberkesanan PDRM dan juga Peguam Negara.

Adakah memungkinkan benar bahawa hubungan antara PDRM dan pejabat Peguam Negara tidak terjalin dengan baik dan kalau kenyataan ini benar, maka benarlah segala tindakan yang dibuat oleh pembangkang hari ini kerana mereka sedang mengambil kesempatan di atas kegagalan dan kecuaian semua pihak.

Kita tidak mahu PDRM, Peguam Negara dan terutama sekali kerajaan tunduk kepada tekanan golongan minority kerana tugas mereka ini adalah menjaga 20 juta lebih rakyat di Negara ini yang masih mempercayai undang-undang bahaw yang baik dibalas baik dan yang jahat dibalas jahat.

Ataupun salahkah kalau kita berandaian bahawa di PDRM dan juga pejabat Peguam Negara juga ada komplot tertentu untuk meruntuhkan kerajaan yang sedia ada hari ini dan mereka membuka ruang kepada rakyat terbanyak untuk terus memperlekehkan kerajaan dan Negara.

Yang pasti gandingan Hishamuddin, Ismail Omar dan Ghani Patail bukanlah satu gandingan yang bagus untuk mempertahankan kedaulaatan undang-undang di negara ini.

Dipetik Dari Blog Sanggah Tok Janggut

Friday, July 29, 2011

Dey Palani Tambi..! WokaLa WoLLii..., PUNDEK..!!

Inilah spesis Paria MIC yang TAK sedar diri...!

G Palanivel bukanlah nama yang hebat dikalangan masyarakat kaum India. Sewaktu Pilihanraya ke 12 tahun 2008 beliau KALAH bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor ditangan Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad PKR.

Kekalahan Palanivel sebenarnya dikategorikan sebagai KES MISTERI...! Dibawah Parlimen Hulu Selangor terdapat 3 kerusi DUN iaitu Hulu Bernam, Kuala Kubu Baru dan Batang Kali. Ketiga tiga DUN ini disapu bersih oleh calon calon BN yang lain; Dato Ideris, Wong Koon Mun dan Isa Abu Kassim.

Sepatutnya apabila kesemua ketiga tiga DUN dimenangi oleh BN, maka kerusi Parlimen Hulu Selangor juga tidak menjadi masalah untuk dimenangi oleh calon MIC, G Palanivel...!

Tetapi, rakyat secara keseluruhannya menolak MIC, mungkin juga benci MICn... Sudah berpenggal Palanivel hanya makan gaji buta sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor dan Timbalan Menteri, maka pengundi ahli BN sendiri pun tak selera untuk memilih Palani...

Apabila diadakan semula Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Palanivel tidak menjadi pilihan BN kerana beliau tidak ada ciri ciri Winable Candidate. Terbukti keputusan pucuk pimpinan BN tepat sekali apabila calon BN yang juga dari MIC, Kamalanathan berjaya menewaskan calon PKR, Dato Zaid Ibrahim...

Hari ini Palanivel sekali diberikan peluang oleh Datuk Sri Najib untuk hidup apabila dilantik menjadi Senator dan juga sebagai Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan Dan Komoditi. TETAPI, spesis Paria ini jenis yang tak sedar diuntung..!

Berikut adalah kenyataan bengong kurang siuman Presiden MIC, G Palanivel;

Sokongan masyarakat India kepada kerajaan BN masih menjadi persoalan, kata presiden MIC Datuk G Palanivel, yang juga mengakui partinya dan juga BN hilang sebahagian besar sokongan pada pilihanraya umum 2008. NONE"Kami (masyarakat India di Malaysia) hanya dibantu semasa pilihan raya kecil dengan pemberian kecil, peruntukan kerdil untuk sekolah, kuil, pinjaman mudah - (tetapi) kami perlukan bantuan berkenaan dalam skala besar.

Hanya dengan itu, masyarakat India akan kembali menyokong kerana tidak ada sesiapa yang boleh kami harapkan kecuali kerajaan BN,” katanya pada sidang media hari ini. Dengan spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Dewan Rakyat pada akhir tahun ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan, Palanivel berkata penyelesaian segera diperlukan bagi manangani masalah masyarakat India itu.

"Jika mereka (BN) bantu, maka kita akan dalam keadaan baik. Kita perlukan bantuan, Masyarakat ini adalah masyarakat minoriti... kita bukan masyarakat majoriti, hanya minoriti,” katanya yang juga adalah timbalan menteri industri perladangan dan komoditi - Malaysiakini

TERBAIK..! Video Klip 3;02 Minit Ambabiga Yang Terbaaiikk...!!

TENGOK Nie..!! Ambabiga Kata Anu Si Fudin Macam Anwar..???

Thursday, July 28, 2011

Panaasssh..!! Anak Datuk Suhaimy Sering Dipukul Suaminya Seorang Artis Fofular…!



Sila Klik SINI

Blogger MIK Sekarang Dah On The Way Ke Stadium Bukit Jalil….


Sebagai rakyat 1Malaysia, marilah kita semua mendokan kejayaan skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K Rajagobal yang akan bertarung mendepani skuad Singapura di Stadium Bukit Jalil.

Perlawanan timbal balik kelayakan Pra Piala Dunia Zon Asia malam ini akan menyaksikan keupayaan Safee Sali dan rakan rakannya untuk “wake up” dari ketinggalan defisit gol 3 – 5 tetapi menurut FIFA Away Goals Rules; Malaysia ketinggalan 4 – 5 ditangan Singapura.

Syarat kemenangan skuad Harimau perlu menang dengan sekurang-kurangnya jaringan 2 – 0dan diwaktu yang sama TIDAK boleh mengizinkan gawang pintu gol negara kita dibolosi…!

Ayuh..!! JOM kita sokong skuad Harimau Malaya….!

KANTOI..!! EXCO PAS Kedah Kantoi Skandal Dengan Isteri Orang….?


Sudah semakin kencang angin angin khabar berita skandal hubungan sulit seorang Exco Kerajaan Negeri PAS Kedah dengan isteri orang…!

Apa yang hendak dihairankan.., sekiranya juak juak murahan ini mengangkat menjulang Anwar sebagai idola mereka, sebagai khalifah mereka.., dan sebagai Sivahi The BOSS mereka..?

Apakah benar seorang Ahli Majlis Kerajaan [EXCO] Negeri Kedah yang berlatar belakang lulusan kejuruteraan bergelar Ir sudah mula berjinak jinak dengan tabiat tidak baik setelah lama dan berpenggal penggal bergelar Yang Berhormat menjadi ADUN..?

Setelah cerita mula tersebar semalam, sudah timbul persoalan apakah benar Ir Amiruddin ada skandal dengan isteri orang..?

Yb Ir Amiruddin Hamzah, berusia 49 tahun ADUN Anak Bukit bukan wajah baru dalam pentas politik negeri Kedah. Semenjak tahun 1999, 2004 lagi beliau sudah diberikan mandat menduduki kerusi ADUN tersebut walaupun ketika itu mereka hanya sebagai Pembangkang sebelum merampas kerajaan negeri pada Pilihanraya ke 12 tahun 2008.

Ikuti pembongkaran yang dibuat oleh sahabat Blogger dari utara tanahair…, sila
klik sini

TIK TOK..., TIK TOK..., TIK TOK...!! Aduhai Exco PAS Kedah....


TungguuuUUU.....!!!

Rajagobal FENING Lalat..! Khairul Fahmi Pun TIDAK Layak Diturunkan Malam Ini Setelah TERKENA Singapore Chicken Rice….?

Kekalahan perlawanan pertama skuad Harimau Malaya ditangan Singapura pada 23 Julai yang lalu dikenal pasti akibat daripada pertahanan yang longlai dan PENJAGA GOL yang tidak cekap..! Sharbinee Allawee begitu mudah melepaskan gol pada malam itu…

Tiket untuk perlawanan malam nanti sudah habis dijual..! Terlalu besar harapan seluruh rakyat 1Malaysia mahu menyaksikan kemenangan anak anak buah bimbingan Datuk K Rajagobal melangkah ke pusingan seterusnya dalam kelayakan Pra Piala Dunia.

Sudah pasti malam nanti kita semua mahukan rombakan dibarisan pertahanan dan penjaga gol pasukan kebangsaan dibuat bagi mempastikan striker striker Singapura yang sudah melewati senja umur mereka tidak berpeluang merobekkan lagi harapan rakyat Malaysia.

Tugas berat menanti anak anak buah Rajagobal untuk bangkit daripada ketinggalan 3 – 5 dan secara matematiknya menurut FIFA Away Goals Rules kedudukan sebenarnya ialah 4 – 5. Ramai dikalangan kita yakin dengan kemantapan berisan serangan gandingan Safee Sali, Abdul Hadi Yahya, Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal. Namun begitu, MASALAH besar kita adalah pertahanan dan penjaga gol.

Kita rindukan aksi cemerlang Khairul Fahmi Che Mat yang pernah menjadi WIRA dan hero skuad Harimau Malaya sewaktu mereka menjulang Piala Suzuki AFF di Jakarta awal tahun ini…

Khairul atau panggilannya “Apex” terbukti menjadi penghalang kepada beberapa striker handalan dari Myanmar, Vietnam dan Indonesia kerana beraksi cemerlang menggagalkan usaha mereka menembusi gawang pasukan kebangsaan sepanjang kejohanan Piala AFF itu berlangsung.

Apakah malam nanti Apex akan diberikan kepercayaan untuk menggantikan Sharbinee..? Terbongkar sudah Apex kini sedang mendepani masalah peribadi yang sangat rumit dimana hubungan beliau dengan bakal isterinya sedang bergelora…! Baca seterusnya, klik sini.

Wednesday, July 27, 2011

Pucuk Pimpinan PAS Dan Semua Ahli Ahli PAS “WAJIB” Baca Kisah Ini….

Anwar semalam memfailkan afidavit terbaru meminta beberapa orang individu, termasuk En Hasanuddin dan YAB PM sebagai saksi di mahkamah.

Ironi, kerana di peringkat awal perbicaraan – Anwar tidakpun meletakkan Hasanuddin sebagai saksi pembelaan.

Anwar tinggalkan nama Hasanuddin kerana HILANG PERCAYA – kerana hanya Hasanuddin yang tahu mengenai karipap daging, permaidani, KY jelly dan sebagainya – selain daripada Saiful dan Anwar sendiri. Anwar merasakan Hasanuddin sudahpun diambil sebagai saksi pihak pendakwa.

Setelah melihat nama Hasanuddin tidak ada di dalam senarai saksi pendakwa – Anwar berusaha keras mencari Hasanuddin dan memujuknya menjadi saksi pembelaan. Hasanuddin memang banyak terhutang budi dengan Anwar. Banyak sangat.

Sampaikan kehidupan MEWAH Hasanuddin hari ini adalah hasil peluang yang diberikan oleh Anwar selama ini. Tak hairan kalau ‘duta’ yang dihantar memujuk Hasanuddin menunjukkan segala macam benda yang pernah Anwar berikan padanya selama ini.

Kita serahkan kepada Hasanuddin untuk membuat keputusan yang wajar. Hasanuddin boleh hadir ke mahkamah dan bercakap benar atau – MEMBALAS BUDI Anwar selama ini.

Anwar memang mengharapkan Hasanuddin membalas budinya selama ini. Ini termasuklah membuat cerita yang bukannya kejadian sebenar yang berlaku pada petang tersebut.

Sebenarnya, Anwar wajar juga memanggil ramai lagi saksi lain yang KONONNYA ada di bilik sebelah pada petang itu. Mesyuarat katanya bukan antara Anwar dan Saiful sahaja. Ramai penggerak parti yang ada. Betul ke? Siapa yang ada di bilik sebelah pada petang itu? Tak pernah mentioned pun dalam mahkamah.

Kes Anwar akan memasuki fasa yang lebih menarik awal Ramadhan nanti. Sebagai rakyat, kita berdoa sahajalah agar kebenaran akan timbul. Tidak diselubungi oleh ‘rasa nak membalas budi; rasa nak menjaga kepentingan mana-mana individu’. Rakyat mahu tahu kebenaran.

Hakikatnya, ramai yang dalam PKR pun menanti akan apa yang berlaku nanti. Mereka nak tahu ‘pendirian’ Hasanuddin. Mereka nak tahu siapa lagi yang ada disekeliling Anwar pada petang tersebut. Mereka takut Kak Wan pun akan mendapat ‘surprise’ pada minggu Anwar memberikan kenyataan kepada mahkamah nanti.

Hasanuddin dikatakan akan menjadi ‘trump-card’ Anwar dalam kes mahkamah nanti. Nak bawa PM dan isteri? Sejujurnya, Anwar pun tahu PM dan Isteri tidak ada peranan utama saat dia menggasak Saiful. Anwar hanya rakyat NAMPAK dan LIHAT bagaimana PM/Isteri berjalan masuk ke mahkamah. Itu sahaja yang Anwar perlukan.

Semuanya untuk ‘public relations’ exercise sahaja. Anwar mahu lihat bagaimana seorang PM diheret ke mahkamah di atas kes yang tidak ada kena mengena dengan tugasnya sebagai PM.

Saiful masuk ke pejabat Anwar bukannya sebagai ‘trojan horse’. Ini soal hati dan perasaan. Tak ada kena mengena dengan PM dan Isteri pun. [Dari Blog
Gelagat Anwar]

PENTING…! Harap Maklum….

Kesemua baki 85,000 tiket yang disediakan untuk perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam esok, telah habis dijual, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek hari ini.

Beliau berkata penjualan tiket yang menggalakkan dan di luar jangkaan itu membuktikan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya tetap kukuh.

"Saya menyeru semua penyokong datang memberi sokongan padu sehingga kita menang saingan ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui dalam tren KLIA Transit dalam perjalanan ke KL Sentral bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta anggota kabinet yang lain bagi kempen kibar Jalur Gemilang.

Sebanyak 60,000 tiket telah dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu dijual Selasa lepas. Malaysia kalah 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar di republik itu, Sabtu lalu.

Auntie Yang Sertai Perhimpunan Haram Bersih Diraikan Pimpinan PKR…!!!



Sampai basah kuyup….!

Pulang berjalan kaki berseorangan…, begitulah nukilan seorang wanita tua berbangsa tionghua yang sama sama menyertai perhimpunan haram Bersih 9 Julai yang lalu.

Daripada potret diatas, terbukti wanita ini sanggup meredahi dan mengharungi simbahan air dari Water Canon trak FRU. Beliau tidak mahu melepaskan peluang menyertai penjilat penjilat tegar Ambabiga pda petang tersebut….

Sebagai habuannya, wanita tua ini diraikan oleh pimpinan PKR dalam satu Majlis Makan Malam di Petaling Jaya. Tetapi tidak pasti samada beliau diberikan sebarang anugerah atau pun tidak…





GEMPAARR..! Petang Ini Ada Pemimpin UMNO Buat Sidang Media Di Pejabat PKR Tropicana Umum Sertai PKR..? Siapa Dia..??



Cepat..! Klik SINI

SIAL..!! Saifuddin Abdullah Dapat Tepukan Gemuruh Penjilat Penjilat Ambabiga Semalam… Tengok Video Klip 6;26 Minit Ini.

Menyirap darah apabila menyaksikan pandangan yang diberikan oleh Timbalan Menteri UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah semalam.

Dalam Wawancara “Apa Selepas 9 Julai”, moderator program telah menjemput Saifuddin memberikan komen beliau. Pada minit ke 4;29 Saifuddin secara terbuka mengulangi pendiriannya menyokong Bersih dan berbondong bondong penjilat tegar Ambabiga bertepuk sorak apabila Saifuddin menyatakan hak berhimpunan dan demonstrasi mesti dibenarkan…!!!

Tontonilah video klip dibawah ini;

Tuesday, July 26, 2011

Lagi Artis KANTOI..! Atas Pentas PAS, Akhil Hayy Kata Hiburan Anjuran UMNO-BN Budaya Kuning….

Selepas Wardina Safiyyah yang bersekongkol dengan Pakatan Pembangkang walaupun hidup ditanggung oleh TV3, muncul pula kisah Ustaz Zamri Mari Mengaji TV9 menyertai perhimpunan haram Bersih…

Terkini..! Suami kepada Waheeda yang sedang sibuk mengkaji Bible, iaitu Ustaz Akhil Hayy yang juga mencari makan bersama Astro Awani, giliran beliau pula kantoi..!

Akhil Hayy telah memenuhi undangan kerajaan Pakatan Selangor dalam program Karnival MER-SPIES Selat Klang. Kawasan ini dibawah DUN Exco PAS Yb Dr Halimah Ali.

Pada program tersebut, menurut laporan Dr Halimah menerusi blognya, beliau menceritakan Akhil Hayy menjadi penyeri majlis di samping sindirian tajamnya mengenai isu semasa disamping persembahan lagu-lagunya. Beliau turut meluahkan kekesalannya nasib artis -artis yang mahu berhijrah tetapi perlu melalui pelbagai ujian dan sumbangan mereka diluntur dengan aktiviti negatif budaya kuning sinonim dengan acara hiburan anjuran UMNO-BN. [
Blog Yb Dr Halimah]

Pada pandangan Blog MIK, Akhil Hayy sebagai pendakwah yang menggunakan platform dunia hiburan boleh menerima "job" dan undangan mana mana pihak biarpun kerajaan negeri Pakatan. Kita sedia maklum itulah mata pencarian beliau. Tetapi.., tak perlulah menunjukkan dirinya "senada dan seirama" dengan fahaman politik Pakatan! Dua dua kau nak sebat

Panasnya ParpuKari…!! Khairy Jamaluddin & Nik Nazmi Sependapat Salahkan Majlis Keselamatan Negara - MKN

"Saya berasa sungguh terkejut dengan laporan media bahawa kononnya Majlis Keselamatan Negara, semasa mesyuaratnya, telah mengenalpasti bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin, serta beberapa pemimpin agama Islam yang lain sebagai pendokong gerakan Wahabi serta pengganas dan merasakan ia sebagai suatu yang sangat keterlaluan sekiranya laporan ini betul," kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di blognya.

Menurut beliau, sebarang maklumat yang telah dibentangkan itu hendaklah diteliti dan dihalusi secara adil dan amatlah tidak wajar sekiranya pihak yang berkenaan bersifat melulu dengan terus menjatuhkan ketetapan atau hukum tanpa usul periksa.

Katanya, Dr Asri serta mereka yang telah disenaraikan sebagai pendokong gerakan Wahabi atau pengganas itu juga perlu diberi peluang membela diri dan memberikan hujah bagi menjelaskan kedudukan mereka.

"Saya tidak nampak langsung sebarang tindakan atau usaha subversif daripada Dr Asri yang melayakkan beliau untuk dilabel sebagai pengganas," kata Khairy.


Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pada sidang akhbarnya di Petaling Jaya hari ini berkata apa yang berlaku kepada Asri adalah kes “manipulasi politik berhubung agama”.

"Tahun lepas Ustaz Hadi Awang dan beberapa ulama...tapi kali ni tak ada nama dia.

"Dia (Asri) jadi kambing hitam... Dia berani dan nampak seperti independent (berkecuali) jadi ada orang yang tak suka," katanya.

Menurut Nik Nazmi, isu sebenar adalah politik dan tidak ada kaitan langsung dengan agama.

"Trendnya sama seperti pendakwaan ke atas (pemimpin dan penyokong) BERSIH, sebagai contoh. Kerajaan tidak bergerak ke depan," katanya. - Malaysiakini -

Ayuh..! Hari Khamis Nanti Jom Sertai Bloggers GAP, DET, MIK, RBF, Keris Putera Ke Stadium Bukit Jalil….










Manisnya Kurma Ini…! Waheeda Sekarang Mengkaji Bible….

Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab, 32, ketika diajukan soalan mengenai kehidupannya, berkata dia kini menjadi suri rumah sepenuh masa selain turut menghasilkan lagu untuk suaminya.

"Sepanjang berada di rumah saya menghabiskan masa mengkaji al-Quran dan Bible dan membaca karya pendakwah, Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat," katanya

Waheeda terus komited dengan pendiriannya untuk tidak mahu kembali dengan alasan hukum menyanyi pada asalnya adalah harus tetapi ‘sebab-sebab tertentu’ menjadikan karier yang pernah diceburinya adalah haram.

Kata Waheeda, kesukaran menjaga solat dan keadaan persekitaran dalam dunia hiburan yang ‘merimaskan’ memaksanya membuat keputusan meninggalkan kerjaya itu selama-lamanya.

Itu dinyatakan ketika Waheeda menjadi ahli panel satu program bual bicara berjudul Komplikasi Islam dan Iman Membawa Ketenangan anjuran pengurusan masjid al-Azim, Pandan Indah, di sini, Jumaat lalu disaksikan kira-kira 400 jemaah.

Difahamkan, program bual bicara terbabit adalah ceramah pertama berbentuk serius disampaikan bekas selebriti berkenaan mengikuti jejak suaminya, Akhil Hayy.

Dalam program itu, antara yang memberikan ceramah adalah pensyarah British Malaysia Institut (BMI) yang juga penceramah, Ustaz Farhan Sudduq dan bekas gitaris, Sham Kamikaze.

Menurut Waheeda, biarpun menerima saranan kembali ke dunia hiburan dengan kemunculan semulanya membawakan watak yang menyampaikan kesenian Islam namun dia bertekad tidak mahu kembali lagi ke dunia itu dengan memberikan alasannya.

“Saya serik dengan dunia hiburan, amat sukar untuk berwuduk dan menjaga solat. Kita tahu artis rindukan Allah SWT namun persekitaran merimaskan membuatkan kita leka menunaikan tanggungjawab sebagai hamba.

"Punca sukar menunaikan solat adalah kesibukan di set penggambaran. Saya berhadapan masalah untuk bersolat dan berwuduk kerana penggambaran yang melalaikan.

"Saya pernah mahu mengekalkan wuduk untuk bersolat lima waktu namun apabila pengarah produksi tahu saya berwuduk dia sewenang-wenangnya memegang tangan saya.

"Malah, dia (pengarah) turut ketawakan saya sesudah wuduk saya terbatal. Siapa dia untuk memainkan agama Allah!" katanya sambil menitiskan air mata.

Menurutnya, walaupun sempurna berwuduk kadang kala wuduknya terbatal sesudah terlanggar rakannya seorang lelaki yang berimej wanita.

"Saya rimas dengan dunia hiburan, saya bertekad meninggalkan dunia itu kerana dunia hiburan tidak menghormati Allah SWT," katanya. Kata Waheeda, dia juga tidak mahu menyanyi lagi walaupun nasyid dengan alasan haram seorang wanita melunakkan suara di khalayak ramai. Sumber Berita, klik sini.

Monday, July 25, 2011

Hari Ini Khalid Gagap Bad Mood…!! Mengamuk Sakan Di Ofis…, Eli Wong Curang…!!


Waduh…!

Mesranya dan terserlah keintiman boleh kita lihat menerusi foto diatas.., kemesraan diantara Eli Bogel Wong dengan Tein Chua.

Apakah Tein Chua tidak takut nanti Khalid Gagap akan naik berang akibat cemburu..?? Tein Chua mungkin terlupa peranan Eli Wong…, sila
klik sini.

Razali Menyesal Menjadi “Ahli Chauvinist…”, Semalam KEMBALI Menjadi Melayu…!!

MOHAMED Razali Abdul Rahman (kiri) menyerahkan borang untuk menjadi ahli Perkasa kepada Muhammad Zahid Md. Arif (tengah) sambil disaksikan Ahmad Saad (kanan), di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

"Saya nak minta maaf kepada seluruh rakyat khususnya yang beragama Islam atas keterlanjuran masuk DAP. Saya kesal kerana menyertai parti cauvinis ini.

"Bagi menebus kesalahan, saya mahu berjuang dalam Perkasa bagi memberitahu rakyat terutama orang Melayu tentang apa yang DAP telah dan akan lakukan terhadap mereka," katanya.

Beliau ditemui pada mesyuarat khas tahunan Perkasa Pulau Pinang di sini hari ini. Bagi menyedarkan orang Melayu tentang perancangan jahat DAP, beliau hari ini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Pada majlis itu, beliau menyerahkan borang keahlian kepada Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Kebangsaan, Muhammad Zahid Md. Arif.

Hadir sama Yang Dipertua Perkasa Negeri, Datuk Ahmad Saad.

Menurut Mohamed Razali, beliau selepas ini akan mengadakan majlis penerangan bersama Perkasa bagi membongkar satu persatu 'rahsia' DAP.

"Slogan demokrasi yang mereka laungkan selama ini hanyalah omong kosong. Mereka cuma pandai bersandiwara.

"Mereka ada agenda sendiri yang orang Melayu tidak tahu," ujarnya.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister sebagai tetamu.

Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu.

Beliau, berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan. Utusan Online

Hancur Sudah..! Sanggup Lakukan Apa Saja Demi Survival Politik Anwar…!! Mesti Baca.


Pada hemat saya, Anwar sudah menjadi liabiliti kepada pembangkang. Tetapi pembangkang dalam dilema sekarang ini.

Kenapa pembangkang dilema ? Ini yang saya nak tegaskan.

Dari segi apa yang telah berlaku dan sedang berlaku, Anwar adalah liabiliti kepada pembangkang. Tetapi pembangkang dalam dilema.

Mereka masih memerlukan Anwar juga. Itu dilema mereka.

Mereka tahu, dia (Anwar) ini adalah satu bebanan, tapi mereka memerlukan Anwar kerana dengan hanya Anwar yang boleh menyatukan pakatan dua parti pembangkang, PAS dan DAP.

Hanya dia yang dapat menyatukan dua-dua parti itu. Kerana pada DAP, sekiranya mereka menjalinkan hubungan terus dengan Pas, sudah tentu anggota-anggota daripada mereka, tidak terima.

Begitu juga dengan Pas, kalau mereka buat hubungan secara langsung dengan DAP, juga bermasalah.

Jadi, kedua-dua pihak memerlukan orang tengah. Orang tengah itu adalah Anwar Ibrahim.

Dengan DAP, mungkin mesejnya lain. Dengan Pas pula, mesejnya lain. Sebab itu, kedua-dua pihak perlukannya. Lagipun, kelebihan Anwar kerana pidatonya, dia boleh memikat orang ramai.

Dalam pilihan raya 2008, memang faktor utama adalah Anwar Ibrahim. Masyarakat menganggap, dia ini berpengalaman, pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia ini ada potensi jadi Perdana Menteri, dulu hampir-hampir jadi Perdana Menteri.

Tetapi, selepas tiga tahun Pakatan memerintah di negeri-negeri tertentu, faktor Anwar juga yang menyebabkan prestasi pakatan semakin merosot, apa yang berlaku di negeri-negeri itu, peribadi Anwar sendiri. Saya fikir, semakin ramai yang sudah ubah fikiran.

Namun, pada pendapat saya, Anwar masih merupakan satu problem di negara ini.

Masih menjadi problem?

Masih..masih. Saya tidak berani mengatakan sebahagian besar, saya katakan sebahagian daripada bukan Melayu, mereka perlukan Anwar. Kenapa Anwar diperlukan ?

Kerana mereka perlukan Anwar sebagai orang yang boleh menegakkan kepentingan mereka. Sebab itu mereka sokong.

Nampaknya trend bukan Melayu khususnya orang Cina kuat menyokong Anwar ?

Ya..ya.. terutamanya masyarakat Cina. Itu betul. Mereka menganggap dia (Anwar) sebagai manusia yang diperlukan. Soal kelemahan-kelemahan peribadinya, mereka tak kisah.

Sebahagian daripada masyarakat Tionghua itu, mereka tak kisah. Mungkin pada fikiran mereka, itu rekaan atau itu soal peribadinya.

Yang penting pada mereka, hanya Anwar akan ubah keadaan ini. Tak ada DEB (Dasar Ekonomi Baru), tak ada keistimewaan-keistimewaan, semuanya sama rata. Ini yang menarik perhatian mereka.

Adakah mereka menganggap Anwar adalah Al Masih, sebagai penyelamat ?

Sebahagiannya. Tetapi saya tengok, mungkin mereka pun ada agenda mereka sendiri. Bermakna, bukan kerana Anwar, bukan sebab Anwar, tetapi sebab lain.

Mereka menganggap Anwar itu adalah sebagai satu peluang untuk mempertingkatkan desakan-desakan mereka.

Tuntutan-tuntutan mereka untuk mencapai sesuatu. Mereka gunakan Anwar untuk against BN. Itu yang mereka mahu.

Baca seterusnya…,
klik sini

PANAASS Dari Penang..! Ahli Majlis PAS Jadi Juri Awam Miss Hard Rock Batu Feringghi...



KLIK SINI

Selamat Pengantin Baru Blogger DET..! Pagi Ini Jangan Lupa Makan Telor Setengah Masak..!!

Gambar Hiasan…, gambar sebenar TIDAK boleh disiarkan kerana
kami tidak akan menyiarkan identiti sahabat Blogger kita…

TAHNIAH dan ucapan SELAMAT PENGANTIN BARU buat sahabat Blogger DET [Darul Ehsan Today]. Semoga kekal ke akhir hayat! Petang semalam Blog MIK telah menghadiri majlis persandingan bersama sama sahabat sahabat blogger yang lain; GAP, Rbf, Keris Putera, Papa GOMO, Gelombang Rakyat, Badut Rakyat, myKMU.net, dan juga berebapa sahabat Facebookers….

Semoga perjuangan dalam perang dunia cyber ini akan diteruskan oleh DET dan kami sedia maklum untuk sehari dua ini beliau akan berjuang habis habisan sebagai pengantin baru…!

Sunday, July 24, 2011

Kalau Wanita Ini Ahli UMNO..., Dah Pasti TAK Cukup Tanah Penjilat Penjilat PAS Kerjakan Dia...!!

Gambar diatas [bukan diatas sekali...] di emailkan oleh sorang pembaca blog gua. Kalau korang tengok gambar tu, ia menunjukkan sorang muslimat PAS yang sedang pasang lilin bagi memperingati Teoh Beng Hock.

Kalau lah wanita atau puteri UMNO yang buat perangai macam tu.., gua rasa tak cukup tanah puak-puak PAS hentam..

Tapi memandangkan dorang yang buat.., jadi kira HALAL lah..

Gua pun tak tahu macam mana pemikiran puak-puak PAS tu semua.. Nak kata dorang tak reti hukum agama, susah jugak sebab dorang mengaku lebih beriman dan lebih Islam dari muslim lain di Malaysia..

Kalau ikut agama.., sebarang upacara, adat atau gaya yang dilakukan dalam majlis kematian orang kafir tersebut, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan acara khusus keagamaan mereka, tidak boleh orang Islam turut serta melakukannya ataupun mengikutinya.

Perkara ini yang mesti dijaga apabila menghadiri upacara kematian, pengebumian ataupun upacara memperingati pemergian orang kafir.

Takkan perkara-perkara mudah macam ni pun nak kena ajar jugak?

Dipetik dari Blog MPP