
Isteri YAB Perdana Menteri iaitu Datin SeriRosmah Mansor bertindak selaku Penaung MISI Khas Bantuan Kemanusiaan Ke Somalia yang akan diketuai oleh Dato Abd Azeez Rahim dari Kelab Putera 1 Malaysia.
Dalam satu upacara ringkas tengahari tadi di Seri Perdana Putrajaya, telah diadakan Majlis Pelancaran Sumbangan MISI Khas Ke Somalia Anjuran BAKTI & Kelab Putera 1 Malaysia. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Datin Seri Rosmah.
Hadirin didalam dewan agak sebak dan tersentuh apabila ditayangkan video klip yang menunjukkan kesengsaraan yang sedang dihadapi rakyat Somalia terutamanya kanak kanak yang mati kelaparan kerana kekurangan bekalan makanan…!
Saban hari ada sahaja berita kematian kanak kanak kerana kebuluran dan angkanya dijangka akan terus meningkat.
Oleh itu skuad delegasi Misi KHAS Ke Somalia ini akan segera berangkat untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan dengan membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan bagi menyelamatkan nyawa rakyat yang majoritinya beragama islam.
Pada majlis yang berlangsung tadi, turut hadir sama adalah wakil wakil sektor korporat yang sama sama menyumbang dana untuk menampung kos pembelian bekalan makanan dan ubat-ubatan untuk dibawa ke Somalia. Diantaranya ialah Lembaga Urusan Tabung Haji, Tenaga Nasional Berhad, Maybank, CIMB, Mah Sing Group, Kawaguchi Group.
Manakala Air Asia pula menyumbangkan penerbangan percuma untuk skuad delegasi Kelab Putera 1 Malaysia yang membawa seramai 67 sukarelawan, doktor pakar, media dan bloggers.
Mereka akan berangkat ke Somalia pada 28 Ogos dan akan berada disana selama 10 hari sekaligus membawa maksud, pengorban mereka adalah tidak berhari raya bersama keluarga tersayang di bumi Malaysia, suatu JIHAD Ramadhan yang sangat besar ertinya…!

His Excellency [H.E] Ibrahim Abdullahi Addo, Presiden Udub Land di Somalia [kiri] sedang mendengar ucapan kata kata aluan daripada Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Dato Abd Azeez Rahim.


Ucapan Perasmian oleh Datin Seri Rosmah Mansor yang mengumumkan BAKTI menyumbang RM200,000 untuk Misi KHAS Bantuan Kemanusiaan Ke Somalia.

Tan Sri Dato Tony Fernandez bersama dengan Pengarah Urusan Lembaga Urusan Tabung Haji, Datuk Paduka Ismee Ismail.

Azeez menunjukkan kepada Rosmah dan Ahli Jawatankuasa BAKTI barang barang keperluan asas yang akan disumbangkan kepada rakyat Somalia.
