MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Saturday, December 31, 2011

Ini Dia Video Klip Khalid Gagap Yang Terbaik Untuk Tahun 2011...! SAKSIKAN....!!


Ini Dia Video Klip Nurul Izzah Yang Terbaik Untuk Tahun 2011...! SAKSIKAN....!!


Ini Dia Video Anwar Ibrahim Yang Terbaik Untuk Tahun 2011...! SAKSIKAN....!!


Ini Semua Angkara Siapa...??

Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi ini.

Kepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid itu pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

Ketua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang semalam di masjid yang sama.

Friday, December 30, 2011

Boleh Jadi Keliru Apabila Menonton Video Klip Ini.....


JOM...! MENGGATAL Bersama Shahrizat Di Sabah...

Dewan Masyarakat Menggatal di Inanam Sabah memberikan sambutan hangat kepada Ketua Wanita UMNO Malaysia, Yb Senator Datuk Seri Shahrizat Jalil tengahari tadi...

Shahrizat memenuhi salah satu daripada acara Lawatan Kerja Jentera PRU ke 13 di Sabah dengan menyertai Majlis Sambutan Krismas Wanita Barisan Nasional Negeri Sabah Bersama Rakyat.

Seramai 452 warga emas yang menyambut perayaan Hari Natal telah menerima sumbangan daripada Shahrizat, ikuti laporan bergambar dibawah ini...

Wakil Rakyat DUN Karambunai, Yb Hajjah Jenab memberikan kata kata aluan beliau...

Wakil Rakyat DUN Inanam, Yb Dato Johny Goh merakamkan ucapan terima kasih bagi pihak warga Menggatal...

Blog MIK Undi Kumpulan OSBON Sebagai Maharaja Lawak MEGA Malam Ini....!!



Artis KANTOI..!! Rozita Che Wan Akui Zain Saidin Temani Bercuti Di Genting....

Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 38, mengakui keluar bersama pelakon yang digosipkan mempunyai hubungan cinta dengannya iaitu Zain Saidin di Genting Highlands, Pahang Selasa lalu.

Rozita diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Zain selepas beberapa orang peminat dan juga pekerja di pusat peranginan itu yang melihat mereka....

"Memang saya pergi ke Genting Highlands bersama Zain tetapi jangan salah anggap pula sebab anak-anak saya pun ikut sama. Kebetulan pula sekarang ini tengah cuti sekolah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi.

Rozita berkata, percutian sehari itu turut disertai oleh dua orang anaknya iaitu Ammar Effendy,15, dan Aniq Ezzra,12, yang sekarang ini sedang bercuti penggal persekolahan.

Rumahtangga Hancur Disebabkan DAP Selangor...? Saksikan Video Klip Ini....


Fitnah Jahat PKR Isu NFC-Shahrizat Terbukti GAGAL Pengaruhi Warga Sabah Bah....!!

Sokongan padu diberikan oleh Jentera Pilihanraya Wanita BN Sabah terhadap Ketua Wanita UMNO Malaysia membuktikan usaha kerja jahat memfitnah Yb Senator Datuk Seri Shahrizat dengan isu NFC gagal sama sekali..!

Sebaliknya, sambutan hangat meyambut kehadiran Shahrizat dalam program Jalinan Rakyat Wanita BN Negeri Sabah di Bangunan UMNO Sabah mengesahkan bahawa aura kepimpinan Ketua Wanita UMNO itu masih kuat didokong oleh keseluruhan Wanita termasuklah dikalangan parti komponen BN di Sabah seperti PBB, MCA dan lain lain.

Shahrizat akan berada di Sabah selama dua hari dalam memastikan persiapan Jentera Pilihanraya Wanita Negeri Sabah bersiap siaga mendepani PRU ke 13

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak membacakan amanat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

Beliau turut sama memberikan jaminan bahawa BN Sabah tetap menyokong kepimpinan Ketua Wanita UMNO Malaysia biarpun pelbagai cubaan fitnah jahat Pakatan terhadap Shahrizat...

Thursday, December 29, 2011

Ku Li Akan Sertai Kempen ANAK [Felda] Bantah Penyenaraian FGVH

Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (ANAK) akan menampilkan putera raja Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu program jelajah berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Bhd ke Bursa Malaysia.

Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata, dengan nama Gerakan Selamatkan Felda itu dirancang untuk membabitkan Tengku Razaleigh atas kapasiti bekas menteri kewangan itu sebagai salah seorang pengasas Felda.

"(Dalam) isu penyenaraian (ini), beliau berhajat bertemu dengan kami. Mungkin sudah sampai masanya beliau menyatakan pendiriannya tentang Felda kerana beliau antara yang terbabit dengan penubuhan Felda," kata Mazlan dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh hari ini berhubung perkara itu.

Selain Tengku Razaleigh, program jelajah anjuran ANAK dan sepuluh NGO lain itu juga dirancang untuk membabitkan beberapa tokoh lain yang telah berjasa kepada Felda, termasuk seorang bekas pengerusi, Tan Sri Raja Alias Raja Ali.

"Banyak lagi tokoh-tokoh lain (kita sedang berhubung)... Ini untuk melonjakkan kebersamaan dalam isu Felda (supaya) menjadi isu nasional untuk dipertimbangkan secara serius oleh perdana menteri," kata Mazlan.

Dalam mesyuarat hari ini, yang dihadiri 11 NGO, Mazlan berkata mereka turut memutuskan untuk membawa isu berkaitan Koperasi Permodalan Felda Berhad ke pengetahuan Angkatan Koperasi Malaysia (Angkasa).

"Sudah sampai masanya dimaklumkan kepada Angkasa. Kita juga akan memohon pandangan yang dipertuanya termasuk (bekas YDP Angkasa) Ungku Aziz (Abdul Hamid)," kata Mazlan.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, beliau akan menulis surat kepada International Coorperative Alliance untuk melihat masa depan Koperasi Permodalan Felda yang disifatkannya sebagai agensi koperasi terpenting di Malaysia.

NGO yang hadir dalam mesyuarat itu antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Badan Bertindak Felda (Bangkit), Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI).

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.