Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Thursday, January 26, 2012

Besar SIAL Pakatan Pembangkang..! Kerja Mereka Hanya Mahu FITNAH Rosmah.....


Hairan juga kenapa Malaysiakini menyiarkan penafian berita dari Australia mengenai perbelanjaan sakan Datin Seri Rosmah Mansor dengan tajuk "Sydney Fashion Designer: Rosmah Did Make Purchases....".

Apa agenda Malaysiakini terhadap Rosmah dan kenapa portal pro Pakatan ini terlalu 'bencikan' Rosmah…?

Salahkah Rosmah membeli secara berkumpulan yang besar, dan bukannya beliau pergi berbelanja seorang diri..!

Malah, Malaysiakini menyiarkan perdebatan mengenai kolumnis, Andrew Hornery yang dianggap sebagai gay yang dikatakan lebih beretika.

Baca apa yang disiarkan di Malaysiakini.....: "One thing is certain - the worst journalist in Australia has more journalism ethics and standards than the best journalist in the Malaysian mainstream media."

Wah teruknya wartawan Malaysia, termasuk wartawan terkemuka di negara ini…..

Apapun, semalam pereka Australia menafikan beliau mendedahkan perbelanjaan Rosmah.

Pereka berkenaan Carl Kapp semalam (25 Januari 2012) membuat penjelasan mengenai dakwaan bahawa Rosmah membelanjakan A$100,000 (kira-kira RM325, 000) di Sydney semasa lawatannya ke sana baru-baru ini dengan 'kumpulan yang agak besar'.

Kapp menerusi kenyataannya menjelaskan, pembelian yang dibuat oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu dibuat bersama kumpulannya termasuk mereka yang terlibat dengan Festival Fesyen Islamik di mana beliau menjadi penaungnya.

"Saya ingin menjelaskan mengenai kenyataan saya berhubung kunjungan klien saya ini, saya tidak pernah nyatakan jumlah sebenar yang dibelanjakan di kedai saya.

"Pihak Datin Seri Rosmah datang ke kedai kami dalam kumpulan yang besar dan semasa kunjungannya, pihak beliau termasuk kenalannyan, pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islamik telah membuat pembelian berasingan dan pelbagai. Saya percaya Datin Seri Rosmah adalah penaung kepada festival fesyen itu," katanya menerusi kenyataan kepada Malaysiakini.

Penjelasan ini bagaimanapun tidak disiarkan secara penuh dalam edisi Bahasa Inggeris Malaysiakini dan tiada dalam edisi Bahasa Melayu akhbar elektronik itu...!!

Rosmah sebelum ini telah menafikan dakwaan bahawa beliau seorang yang boros malah menyifatkan menjadi mangsa kepada kepada tuduhan liar pihak-pihak tertentu.

Dalam pada itu Kapp turut menafikan dakwaan bahawa beliau telah diterbangkan ke Malaysia semata-mata untuk kepentingan Rosmah.

"Perkara ini juga tidak tepat. Lawatan ke beberapa bahagian di Asia termasuk Malaysia dibuat bagi tujuan pemasaran serta untuk mencari material bagi produk terbaru kami. Ia termasuk dalam jadual kerja saya dan ia adalah urusan perniagaan yang biasa.

"Pada pandangan kami adalah tidak adil sebuah artikel memberi gambaran bahawa Carl Kapp sebagai sebuah syarikat yang tidak berhemah malah sedia mendedahkan maklumat peribadi mengenai klien kami," katanya.



Yang cuba ditegakkan 'benang basah' oleh Malaysiakini ialah Rosmah membeli….! Malah ada satu banner di Malaysiakini yang bersifat 'merendahkan imej Rosmah' dengan tajuknya “Rosmah Shopping Spree Hits Aussie Paper…”

Apa tujuan Malaysiakini melakukan ini semua..?

Sumber

2 comments:

Anonymous said...

Percayalah tuan2 sekalian...DS Rosmah berbelanja menggunakan wang tabungan sejak beliau kecil lagi...jgn buat fitnah sebarangan..tak begitu bro MIK???

Anonymous said...

Perkara yang benar tetap benar...jgn menafikannya....pemimpin suruh rakyat berjimat dlm kehidupan seharian sedangkan isteri dan para pemimpin bermewah2...sepatutnya pemimpin menunjukkan contoh yg baik...