Saiful Bukhari Azlan layal untuk mendapat pembelaan dan keadilan buat dirinya..!Kita menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang diputuskan oleh Yang Arif Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Namun begitu kita juga harus sedar bahawa proses undang undang dalam negara kita yang mengamalkan demokrasi berperlembagaan juga meliputi haknya untuk sesiapa sahaja.., tidak kira pangkat mahupun darjat!Saiful bukannya individu yang bergelar Datuk atau Tan Sri... Beliau juga bukan Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen. Berbeza dengan tertuduh.., Anwar Ibrahim. Kita sedia maklum siapakah gerangan Anwar ini.
Anwar mantan Timbalan Perdana Menteri.., mantan Menteri Kewangan..., dan mantan Timbalan Presiden UMNO. Beliau kini adalah Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, sekaligus bermakna jawatan rasmi dalam struktur kerajaan negara Malaysia...
Begitu besarnya nama Anwar Ibrahim beliau bukan sahaja dimomok-momokkan sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional [BN] tumbang pada PRU ke 13 nanti, tetapi tatkala ini beliau turut sama mendapat penghormatan dan undangan beberapa negara seperti di Timur Tengah dan eropah khususnya Amerika Syarikat...
Kes liwat Anwar-Saiful mendapat liputan seluruh dunia... Apatah lagi apabila kejayaan Anwar bersama juak juak murahan penjilat tegarnya “melabelkan” kes liwat ini sebagai satu konspirasi BN mahu meranapkan karier politiknya setelah BN tumbang lima negeri dan hilang majoriti 2/3 kerusi Parlimen pada PRU ke 12 sewaktu zaman pemerintahan Tun Abdullah Badawi yang sentiasa terlena sewaktu bertugas!
Natijahnya, Anwar bebas kesana kesini dalam dan luar negara menghentam BN, mengkritik institusi kehakiman, mencaci cerca institusi polis, mengheret nama nama seperti Datuk Sri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor kunuuunnya Anwar menjadi mangsa fitnah....
Bagaimana pula dengan Saiful Bukhari Azlan..? Apakah beliau berpeluang untuk kesana kesini menggunakan pentas ceramah membela dirinya menceritakan siapakah sebenarnya makhluk durjana bernama Anwar Ibrahim..?
Peluang untuk Saiful bercerita kisah benar hanyalah sewaktu berlangsungnya sesi perbicraan di Mahkamah. Maka seluruh rakyat negara ini malah dari negara luar juga berpeluang mendengar sendiri cerita Saiful detik detik indah dan kronologi insiden bagaimana beliau diliwat oleh Anwar...
Sudah pasti kita masih ingat lagi dengan kisah “Can I Fuck You Today...”, KJ Jelly, seluar jeans hadiah dari Anwar..., dan bermacam macam lagi yang membuatkan Anwar resah gelisah dalam kandang tertuduh... Sebagai buktinya, Karpal Singh terpaksa memohon agar keterangan cerita Saiful dibuat dalam proses “perbicaraan dalam kamar Hakim” secara tertutup!

Sejarah membuktikan Anwar Ibrahim pernah merengkok dalam penjara pada tahun 1998 dan akhirnya dibebaskan pada tanggal 2 September 2004. Untuk mencapai kejayaan itu, bererti untuk mendapat pembebasan tersebut, Anwar terus menerus melalui proses undang undang yang dibenarkan..., iaitu beliau membuat RAYUAN..!Iya.., Anwar membuat rayuan demi rayuan dan menunggu sehingga tempoh 6 tahun, akhirnyaaaa makhluk durjana ini diberikan peluang oleh Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.
Pada 9 Januari 2012, tarikh keramat buat juak juak murahan penjilat tegar Anwar Ibrahim apabila mereka terkejut setelah Anwar dibebaskan.... Diwaktu yang sama Saiful Bukhari Azlan pula menerima keputusan tersebut dengan penuh redha sebagai rakyat Malaysia yang menghormati undang undang dan keputusan Yang Arif Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.
Namun begitu, pihak pendakwaraya sudah pun membuat keputusan untuk mendapatkan RAYUAN dan kini segala-galanya terletak ditangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk meneruskan proses keadilan buat mangsa liwat bernama Saiful Bukhari Azlan..
Saiful layak mendapat keadilan buat dirinya..!
JUSTICE FOR SAIFUL....
2 comments:
Demi keadilan, saya cabar hakim mahkamah dato zabidin menunjukkan penghakiman penuh kes.....adakah dato boleh tidur lena setelah memutuskan Anwar dibebas dan dilepaskan sedangkan terdahulu dato mengakui saksi ini kredibel....sungguh mengecewakan.
Nampaknya Suzie sudah menghina mahkamah. Tapi kalau hakim memberi keputusan sebaliknya rasanya puji melangit Suzie pada hakim.
Post a Comment