Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Wednesday, January 4, 2012

Bravo Shahrizat...! Ambiga Bila Mau Jawab...?


Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga diminta menyatakan pendirian berhubung penganjuran perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 yang bersandarkan slogan 'Rakyat Menjadi Hakim Negara' pada 9 Januari ini.

Gesaan itu dilontarkan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Yb Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mahukan pengamal undang-undang itu menjelaskan pendirian beliau berhubung perkara tersebut.

"Saya bagi pihak Wanita UMNO dan Barisan Nasional (BN) nak tanya pada Datuk Ambiga apa pendirian beliau sempena (kempen) 901, apakah pendirian beliau untuk perhimpunan haram iaitu tagline 'rakyat menjadi hakim negara'.

"Sebagai peguam saya tanya dan minta penjelasan apa pendirian beliau, apakah hasrat, niat kempen 901 pergerakan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tegas Shahrizat, undang-undang negara tidak seharusnya diheret ke jalanan termasuk oleh pengamal undang-undang sendiri semata-mata untuk mempertahankan seorang individu iaitu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Beliau memberikan reaksi sedemikian ekoran terdapat individu tertentu yang cuba menghasut orang ramai menyertai Kempen Bebaskan Anwar 901 dengan berkumpul di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta pada hari keputusan kes liwat Anwar yang dituduh meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Sementara itu, beliau berkata, Pergerakan Wanita UMNO dan BN Wilayah Persekutuan akan membuat laporan polis bagi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan mengikut undang-undang bagi menentukan keselamatan negara tidak terjejas pada 9 Januari ini.

"Kita sebagai ibu di rumah bimbang risiko yang akan timbul iaitu pertama pelanggaran undang-undang dan kedua risiko hasil perhimpunan haram itu," katanya.

Justeru, pergerakan itu mahu polis mengambil tindakan sewajarnya kerana mereka tidak mahu negara ini dijadikan medan golongan yang mempunyai kepentingan tertentu untuk membawa isu-isu ke jalanan. [Utusan Online]

Blog MIK : Walaupun Zuraidah Kamaruddin dilembukan oleh PKR bersama dengan Rafizi Gay Boy untuk memberikan tekanan kepada Shahrizat, nampaknya Ketua Wanita UMNO ini tidak sedikit pun ada rasa gentar...

Sebaliknya Shahrizat tetap bangkit dan lawan....!!

3 comments:

Anonymous said...

kak ijat tak payah nak ulas sesiapa buat masa ni, orang naik mual, tolong selesaikan dulu masalah sendiri,jangan jadi beban kepada umno, cukup-cukup lah, dengarlah sikit nasihat dari TUN M, letak jawatan, DS NAJIB nak buat macam mana
PAK LAH yang lantik, dah lah kalah di lembah pantai,sukan nak cabar orang, orang cabar marah, guna pentas wanita di persidangan umno, sekali lagi saya merayu demi untuk rakyat terbanyak tolong lah letak jawatan, jangan jadi beban kepada UMNO.UMNO untuk melayu sejagat bukan untuk awak seorang. ibrahim hj sabri, shah alam

Anonymous said...

Kak Jat kata di Para 3 : "Saya bagi pihak Wanita UMNO dan Barisan Nasional (BN)........, eh...eh... betul ke Kak Jat mewakili BN. Ada green light dari Najib ke untuk buat statement begitu? atau syok sendiri jer!!!!. atau Blog MIK tersilap tulis?. Janganlah bagi bola tanggung kat PR. Nanti terkangkang-kangkang membalas smash mereka nanti. Berehatlah Kat Jat. Berundur bukannya bererti kalah atau salah.

Anonymous said...

Siapa yang dilembukan sebenarnya...heran jgk saya dgn ahli2 UMNO yg masih mempercayai pemimpin2 mcm sharizat ini....