Dewan Muslimat PAS Pusat memutuskan pendirian jelas bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mesti diheret ke muka pengadilan berkenaan isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Malah menurut Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat Dr. Mariah Mahmud, Muhyiddin merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menjawab setiap isu skandal tersebut.
Muslimat PAS Pusat membuat kenyataan secara rasmi menjawab isu NFC ini akibat serangan bertubi-tubi yang dikenakan ke atas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yb Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Walhal Pemimpin No. 2 negara itu sendiri mengetahui perjalanan kelulusan projek yang diketuai suami Shahrizat.
"Saya bukan hendak membela mana-mana pihak kerana isu skandal NFC ini wajar dilihat dari sudut nasional. Jika ada pertuduhan bawa ke muka pengadilan.
"Akan tetapi tidak adil bagi kami (Muslimat PAS) semua pihak menghukum dan menuduh Shahrizat semata-mata walhal individu yang lebih bertanggungjawab dan mengetahui maklumat ini (Muhyiddin) terus mengambil sikap berdiam diri," jelas Dr. Mariah etika dihubungi pihak KL POS.

Dr. Mariah turut berhujah mewakili Muslimat PAS Pusat mengenai perkaitan Muhyiddin merujuk jawatan beliau semasa kelulusan projek NFC pada tahun 2007. Timbalan Presiden UMNO pada ketika itu memegang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.Maka Muslimat PAS secara tegas berpendirian isu ini adalah isu nasional yang jelas turut melibatkan Muhyiddin Yassin.
"Secara releven dan profesionalnya Media patut bertanyakan soal ini kepada suami Shahrizat sendiri.
"Dan jawapan yang lebih jelas ada pada Muhyiddin. Kerana ini adalah penyelewengan melibatkan kerajaan secara umum.." tegas Dr. Mariah.
"Kita (Muslimat PAS) menghormati Shahrizat sebagai seorang Menteri yang bertanggungjawab mewakili Wanita Malaysia.... Akan tetapi kami tetap berpegang pada prinsip isu penyelewengan tidak boleh disokong. Jika ianya berlaku dalam Kerajaan Pakatan sekalipun, saya akan membantah." jelas Dr. Mariah lagi....KL Pos
5 comments:
Ini yang saya keliru nih!! Yang empunya syarikat tu siapa dan suami siapa? Yang kaya dan dapat harta banyak tu siapa dan suami siapa?. Ekh... orang lain makan nangka orang lain yang kena getahnya pulak!! Orang lain buat hal, orang lain yang kena jawab. Macam sama jer dengan kes orang lain dapat syiouk... orang lain dipersalahkan. Akai ada ka!! Letak jawatan jerlah habis cerita. Dunia belum kiamat lagi, masih ada hari esok.
cakap jo. perkaro kocil macam buet suit diperak tu bilo blogger bawak kelaur pun dah molonting apo pulo ni nfc?
sudahlah bior oran yang bertanggung jawab bori ponjolasan. eden pun nak tau jo.who is responsible-either the dpm when he was the minister of agri or some one else. the government must explain in detail. the root of all eveil must be exposed. as for the minister contesting in sabah, eden have one word to her-don't. you are a liability to UMNO.

Sebenarnya kak jat haruslah letak jawatan. Lagi pun dalam Pilihanraya yang lepas beliau kalah.
Eloklah tu ke Sabah cuba nasib jadi calon, kat Lembah Pantai dulu dah kalah!!. Kalau maintain dia sebagai calon di Semenanjung pasti BN akan kehilangan satu kerusi Parlimen. Tak perlulah DPM beri penjelasan. Tunggu jer lah SPRM dan Polis buat siasatan. Maleh nak komen
Post a Comment