Sebagai seorang yang kenal dengan sikap dan peribadi Chua Soi Lek, Anwar banyak tersenyum dengan banyak strategi Soi Lek yang tidak akan menjadi untuk membawa undi Cina kembali kepada MCA. Silap strategi. Anwar selalu mengungkap Soi Lek sebagai seorang pemimpin yang sudah tidak punya ‘moraliti’ lagi untuk memimpin MCA. Kepada Anwar, Soi Lek hanya akan mempercepatkan kematian MCA dalam PRU yang akan datang.
Anwar sendiri menceritakan bagaimana beberapa tindakan ‘personal’ Soi Lek akan menjahanamkan peluang MCA sama sekali. Maknanya, BN juga tidak akan mampu mengharapkan apa-apa daripada MCA.
Antara yang dimaklumkan Anwar:-
- Ong Tee Keat akan bersama DAP dalam masa yang terdekat ini. Apa yang berlaku di Pulau Pinang, di Skudai, dan beberapa kawasan lain membuktikan bahawa MCA akan menuju ke jalan kematian;
- Tindakan Chua Soi Lek mengutamakan KELUARGA dan KRONInya bagi mendapat tempat dalam PRU akan datang. Sudahlah dia sendiri akan bertanding di Parlimen; Chua Tee Yong, dan bekas SUPOK CSL sendiri juga akan turut bertanding. Ini semua akan menimbulkan kemarahan masyarakat Cina.
- CSL menggunakan The Star sebagai alat menonjolkan kehebatan peribadi (rating Star jatuh teruk di kalangan pembaca Cina)
- Najib tidak mampu berbuat apa-apa dengan CSL dan strategi politik dalamannya di dalam MCA.
Soi Lek dan MCA tidak rugi apa-apa dalam permainan politik ini. CSL hanya mengambil peluang terakhir untuk mengetengahkan calon di kalangan yang ‘disukai dan digemarinya’ sahaja. Anwar amat gembira dengan perkembangan yang berlaku di dalam MCA.
Malahan ada akhbar Cina yang sudah meramalkan bahawa ‘senarai BN’ dan ‘senarai calon peribadi Chua’ akan berbeza banyak di segenap kawasan. Semuanya di atas dasar kroni dan usaha mengukuhkan kedudukan sebagai Presiden MCA.
Chua Soi Lek nampaknya akan melakukan ‘sabotaj’ kepada BN dengan mengutamakan kepentingan politik peribadi. Sementara Anwar seronok dan gembira, kalian yang berada di koridor kuasa BN – akan buat apa?
Blog Gelagat Anwar

0 comments:
Post a Comment