
Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai "pelik dan ganjil" kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.
"Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.
Abughoush berkata oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.
"Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.
"Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang.
"Perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah," katanya.
Abughoush mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kerana menyatakan pendirian kerajaan Malaysia tentang perkara itu.
"Kami yakin kerajaan dan rakyat Malaysia yang berbudi tinggi akan terus memberi sokongan padu kepada rakyat Palestin serta perjuangan suci mereka," katanya.
4 comments:
Mamat yang bernama Annuar tu tidak mewakili Kerajaan Malaysia....apa yg diucapkan nya tu hanya nak memburokkan KERAJAAN MALAYSIA...Kerajaan harus menangani isu yang dibawa "Pengkhianat" nie.
tak perlu terkejut krn si mala'on aljub itu sangat2 mahir bertukar colour, bersalin kulit!!!
Salam Tuan yg empunya blog,
Gambar Anwar bertudung memang cun dan baguih kalu bolih sebarkan kpd semua blogger anti Anwar dan jgn lupa kpd Kak Wan dan Nurul.
Kalu hantar NEWSWEEK bolih dapat hadiah ni.
Yang terkejut tu pun Duta UMNO Palestine.
Post a Comment