Pasangan pelakon Hollywood Angelina Jolie (gambar) dan Brad Pitt mengaku memberikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka.
Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja, malahan enam anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.
"Brad dan saya membesarkan anak-anak kami untuk menghargai sesama manusia," ujar ibu kepada Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan si kembar Vivienne dan Knox itu kepada majalah Parade.
Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang ada di dunia ini kepada enam anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka.
"Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan," katanya pada Sabtu.
Menurut Jolie, walau apapun agama yang dipilih oleh anak-anaknya kelak, dia tidak akan membantah.
"Pilihannya (agama) terletak pada tangan mereka," ujarnya.

4 comments:
Pok Nik patut hantar kitab ugama Pashit,utk mereka pelajari.
jadi dia mangatakan dia tidak ada pegangan...maka tak kisalah apa nak jadi dekat anak2 dia...she is kind person always in humanitarian effort but sadly she dont have strong faith.
marang perapu kepunden parang sekepper... lagi golmal. tonggeng terbalik. kalau rojak, sedap dimakan. kalau agama dirojakkan,mamposss!!!
Sekurang-kurang ada juga dia ingin anaknya tahu tentang Islam, harapkan UMNO nak ajar Islam pada rakyat.... haram. Sesatkan rakyat lagi adalah.
Post a Comment