Tarikh 9 Januari nanti bakal menjadi penentu kepada politik Anwar tetapi mungkin lebih menjadi faktor penting kepada pemerintah di bawah Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.
Sama ada disabitkan atau tidak - atau sebarang keputusan lain - kempen kepada rakyat yang telah lama digerakkan bakal membawa kesan besar kepada pemerintah.
Anwar yang bebas berkempen sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 nanti bakal diangkat sebagai wira yang terlepas daripada usaha memfitnah dirinya buat kali kedua oleh musuh politik yang jahat.
Anwar yang terpenjara juga akan diangkat, sebagai mangsa satu tindakan bermotif politik oleh kerajaan Najib.
Anwar yang terpenjara bakal menjadi modal kempen parti-parti pembangkang, walaupun sokongan sebenar dan kepercayaan terhadap Anwar telah banyak terhakis.
Pada masa sama, iklim politik yang liberal kebelakangan ini yang melanda seluruh dunia menjadikan keputusan memenjarakan Anwar sebagai sesuatu yang tidak popular di peringkat global, medan yang masih menyebelahi Anwar dan kelompok liberal.
Sekiranya Anwar disabitkan kesalahan, Najib memerlukan usaha berganda untuk bersaing di mahkamah pendapat awam sehingga tiba Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Disember lalu, pemerintah Amerika Syarikat [AS] sendiri menyatakan satu pendirian tegas menyokong hak gay sebagai hak asasi manusia yang turut perlu dihormati dan diperjuangkan.
Sekiranya Anwar didapati bersalah, implikasi politiknya ialah Malaysia bakal menjadi perhatian sebagai negara yang menghukum pelaku homoseksual, dan dilakukan tidak lama selepas pentadbiran Obama - yang turut ingin dirapati oleh Najib - menyatakan sokongan kepada hak tersebut.
Tidak lama selepas kenyataan sokongan AS itu, badan hak asasi Human Rights Watch pula menggesa Malaysia menghapuskan undang-undang yang menghukum perlakuan homoseksual secara suka sama suka.
Anwar turut menyatakan pendirian serupa dengan pertubuhan hak asasi itu dalam satu kenyataan kepada sebuah agensi berita Barat baru-baru ini.
Hal ini menjadi satu tekanan antarabangsa yang kuat terhadap pentadbiran Najib. Selain AS, negara-negara Eropah turut dijangka bersuara dalam hal ini.
Perhatian yang boleh menjejaskan imej Najib ini, dan menyukarkan hubungan dengan negara Barat, sesuatu yang menambah masalah menjelang pilihan raya umum.
Baca seterusnya...., klik sini
7 comments:
Islam mengatakan haram ... peduli apa Amerika kata.
Budaya barat bertujuan menghancurkan Islam.
Semuanya sebab adu domba dr anwar ibrahim..
Agama rasmi dah Islam buat pe nak beri hak kepada orang2 yg dimaki tuhan cam dowg ni...
Kata1 teman diatas itu benar belaka..TAPI...nak buat camna kalau Islam yang kita perjuangkan berkiblatkan UNDANG2 BARAT .nak salahkan siapa.
Apa kah selepas ini ada susulan dari Mahkahamah Syariah untuk mendakwa mereka nie..menurut tuntutan agama Islam yang kita perjuangkan.
wallahuwa'lam.... diakhir zaman nie lebih ramai munafiq dari yang beriman sebenarnya...Nauzubillah.
Maka sejarah akan mencatatkan sekali lagi tentang seorang pengkhianat agama, bangsa dan negara. Tiada satupun negara di dunia ini akan selamat, aman, sejahtera dan makmur apabila ada campur tangan asing yang dibenarkan mencorak politik, ekonimi dan sosial sesebuah negara itu. Sejarah telah membuktikannnya dan kini perubahan politik di banyak negara timur tengah akibat sokongan dan campur tangan kuasa asing masih lagi jauh dari keamanan dan kemakmuran yang diharapkan.
Buat apa nak peduli persepsi negara luar masing2 ada undang2 dan kedaulatan sendiri.
Amerika tentu lebih menghormati dasar tidak mencampuri hal-ehwal negara kita...begitu juga kita tak angkat tahu pun apa2 undang2 yg dilaksana dinegara mereka...
Kalau ada pun yg nak masuk campur nanti adalah konco2 'sipulan' tu sahaja, yg bersuara atas kapasiti peribadi.
Ini lah yang susahnya..Si Laki dok berperah otak untuk memajukan negara dan mendapatkan sokongan daripada Rakyat..tetapi siisteri maseh lagi ego dengan cara dia sendiri..perkara senang je untuk menutup segala tomahan dan cakap-cakap daripada pihak pembangkang..kalau dia bertudung maka akan memudahkan lagi tugas lakinya untuk mendapat kepercayaan daripada rakyat..pergi mekah udah tapi cara pemakaian tu berbah laa..bukan susah pun nak bertudung..mantan Permaisuri Agong dulu pun bertudung jugak..takde hal pun..
Post a Comment