Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Thursday, January 12, 2012

Justice For Saiful..! Jangan Ada Pihak Cuba Campurtangan, Peguam Negara Kena Failkan Rayuan Segera...


Kenyataan Media Azlan [ayah Saiful Bukhari Azlan mangsa liwat Anwar Ibrahim]

1) Saya Azlan Mohd Lazim, bapa kepada mohd saiful berasa sangat kecewa dgn kenyataan bar council yang menyarankan agar pihak Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berhubung keputusan kes anak saya yang diputuskan mahkamah pada 9/1/2012.

2) Pada hemat saya, tindakan Majlis Peguam itu dilihat sebagai langkah untuk menidakkan hak seorang warganegara untuk diadili, dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat yang tertinggi menurut Perlembagaan Malaysia.

3) Majlis Peguam seharusnya bersikap 'neutral' dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung.

4) Adakah gesaan tersebut melambangkan pendirian semua peguam-peguam di Malaysia atau hanya pendirian tertentu individu-individu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik?

5) Mengapa Majlis Peguam selama ini pernah tidak bantah pihak tertuduh dalam perbicaraan kes ini yang ikut rekod telah membuat 36 kali rayuan? Ini baru kali pertama pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah mahu dihalang. Mengapa ada 'double standard'? Adakah kerana anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan seorang VIP, ahli politik, hak beliau dinafikan denga begitu sahaja?

6) Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukan rayuan.

7) Sebagai bapa, Saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah beliau, juga seluruh keluarga saya.

AZLAN MOHD LAZIM - 11 Januari 2012


Sejarah membuktikan Anwar dibebaskan oleh Mahkamah pada 2 September 2004 setelah beliau membuat rayuan...!

Apakah Saiful tidak layak untuk membuat rayuan..?

Sepertimana yang dinyatakan oleh ayah Saiful sendiri dalam kenyataannya diatas tadi, janganlah ada "double standard", memberikan terlalu banyak ruang buat Anwar semata mata beliau seorang VIP manakala Saiful hanyalah insan kerdil, manusia biasa maka hak Saiful mahu dinafikan..?

3 comments:

Anonymous said...

Kalau Pihak Ketiga tu Malaikat..alhamdulillah.... tapi kalau pihak ketiga tu syaitan bertopengkan manusia.. alamat....tunggu je laknat dari Allah SWT...

meUher said...

Meroyan lagi ANUr dan pencacai ANUgerah!!! :))

Anonymous said...

Faillah Rayuan... agar sistem kehakiman Malaysia setaraf Pertandingan Raja Lawak.