PAS terlalu sukar untuk mengakui hakikat bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP hanya ingin memperalatkan kemampuan serta kekuatan Pas bagi meraih sokongan undi terutama di kalangan sesetengah orang Melayu yang terlalu percayakan kepada perjuangan Islam Pas.
Tetapi Datuk Abdul Hadi Awang sendiri begitu mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP, malahan dalam satu perhimpunan Presiden PAS itu berkata, ‘‘Tidak apa DAP memperkudakan PAS, PAS memperkudakan DAP yang penting jangan diperlembukan oleh UMNO.’
Dan terbaru beliau berkata, tiada sesiapa pun yang menjadi tunggangan dalam pakatan pembangkang, sebaliknya pakatan itu bersatu demi menumbangkan BN.
Namun apa yang berlaku di Selangor sudah menjadi bukti bahawa PAS hakikatnya hanya dipandang sebelah mata oleh PKR dan DAP....
Mereka tidak pernah mahu menganggap PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebab itu portfolio Hal Ehwal Agama tidak diberikan kepada wakil rakyat PAS.
PAS dan Pakatan Pembangkang boleh berhujah apa sahaja berhubung perkembangan terbaru ini tetapi apa yang pasti orang Melayu semakin yakin bahawa maruah PAS seperti kata Dato Dr Hasan Ali sudah dipijak....!!
Apakah PAS masih bermaruah apabila tunduk kepada PKR setelah memecat Dr Hasan Ali kerana belia mengkritik Anwar Ibrahim...? Kerana Dr Hasan Ali membatalkan arahan penjualan arak di kedai 24 jam dan membatalkan arahan melarang pusat hiburan beroperasi di bulan Ramadan...?
Malahan sebelum ini PAS juga terpaksa mengorbankan perjuangan negara Islamnya semata-mata desakan DAP..., oleh itu apakah PAS masih menganggap ia sebuah parti yang bermaruah jika sentiasa tunduk kepada kehendak PKR dan DAP...?
Malang sekali nasib ahli ahli serta pengikut setiaPAS, parti itu bukanlah sebuah parti yang digeruni pada era 70-an, 80-an mahupun 90-an, sebaliknya parti itu kini tidak ubah melukut di tepi gantang dalam Pakatan...! PAS terpaksa ‘mengemis’ kepada persetujuan PKR dan DAP untuk melakukan sesuatu dan pada masa yang sama menyokong sahaja apa yang diputuskan oleh kedua-dua parti tersebut....
Oleh itu sudah pasti orang akan bertanya di manakah maruah PAS, apabila satu demi satu tindakannya dilihat sekadar memenuhi agenda politik PKR dan DAP.
Kenapakah Pas begitu lemah untuk bersuara..? Di manakah suara asal PASs dahulu yang dianggap suara pembangkang paling berbisa dalam arena politik negara..?
Semua itu sudah tinggal kenangan.., PAS kini lebih ghairah untuk memburu kuasa bersama-sama PKR dan DAP.
PAS tidak akan bantah dan PAS tidak akan protes demi memastikan kedua-dua parti berkenaan tidak menyingkirkan mereka daripada misi menawan Putrajaya.
Apa pun, perkembangan terbaru di Selangor ini seharusnya menyedarkan kepimpinan PAS dan penyokong mereka. Jika PKR dan DAP jujur sudah pasti mereka akan mencari jalan agar portfolio Hal Ehwal Agama Islam diberikan kepada PAS....
Tetapi mereka tidak berbuat demikian kerana mereka tidak perlu menjaga hati PAS dan lagi pun PAS tidak akan melawan, PAS akan akur sahaja..!
Mungkin juga dari satu segi, kedua-dua parti itu merasakan tidak perlu lagi mempertimbangkan portfolio berkenaan diberikan kepada PAS kerana parti itu tidak lagi memperjuangkan negara Islam sebaliknya Negara Berkebajikan.
Sebab itulah sejak awal lagi, ramai memperkatakan bahawa PAS hanya alat dalam Pakatan, mereka tidak akan diberi apa-apa kuasa yang boleh menonjolkan kemampuan dan kewibawaan mereka.
Justeru tidak payahlah PAS bermimpi hendak menjadi parti utama dan mungkin parti itu menyedari hakikat tersebut sebab itulah awal-awal lagi PAS bersetuju dengan pandangan DAP bahawa Anwar tetap jadi Perdana Menteri...
Bagi PAS, kalau DAP sudah setuju dan PKR telah sepakat maka mereka perlu akur sahaja, bak kata dialog dalam filem P.Ramlee, ‘‘..tidak boleh marah, kalau marah akan dijual keseluruhannya.....".
Begitulah juga nasib politik PAS, mereka sudah terlanjur mencapai kesepakatan dengan kedua-dua parti berkenaan, jadi mahu tidak mahu ikut sahaja kalau tidak mahu disingkirkan daripada Pakatan Pembangkang.
Demikianlah nasib PAS di alaf baru ini, tiada suara biar pun ada kekuatan, PAS bagaikan Pak Kadok ‘suruh ke hulu dia ke hulu, suruh ke hilir...’, akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran....!!
Bagaimanapun bagi sebahagian orang Melayu mereka masih menaruh harapan agar PAS segera sedar mengenai permainan politik licik PKR dan DAP.
Kita tidak pasti sejauh manakah PAS akan sedar mengenai agenda PKR dan DAP, ia kerana PAS bagaikan ditutup mata dan hati mereka untuk menilai keikhlasan kedua-dua parti itu.
Jika PAS dilihat terlalu menjaga hati rakan sekutunya tetapi percayalah PKR dan DAP tidak mempunyai perasaan sedemikian. Sebab itulah apa pun tindakan, mereka tidak akan mengambil kira pandangan PAS.
Namun PAS tidak sedar sebaliknya terus dibuai mimpi dengan kerjasama dengan kedua-dua parti itu telah menggerunkan BN, maka tohmahan pun dilemparkan mengatakan PAS hanya Pak Turut....
Lebih malang, di kalangan pemimpin fanatik PAS, oleh kerana sudah diserap politik kebencian, maka mereka ini hanya akan mengangguk apa sahaja kata pemimpin mereka, PKR dan DAP.
Mereka tidak akan membantah kerana percaya pemimpin mereka semuanya pandai-pandai belaka dan tahu bagaimana hendak berpolitik.
Tetapi mereka tidak sedar, kepandaian PAS berpolitik tidak akan mampu menandingi politik putar belit PKR dan ketegasan DAP dalam memperjuangkan satu isu. Sebab itulah, PAS menjadi parti paling rugi dalam kerjasama berkenaan.
Namun percayalah apa pun teguran atau kritikan kita, ia tidak akan mengubah pendirian PAS yang semakin teruja untuk ke Putrajaya bersama-sama PKR dan DAP.
Apatah lagi di dalam PAS seperti mana kata Dr Hasan Ali sudah dikuasai oleh ‘PARASIT’, golongan ini lebih kuat dan memegang jawatan strategik dalam parti tersebut.
Dengan kekuatan berkenaan ia bermakna tiada siapa pun boleh menyedarkan PAS mengenai ancaman politik yang sedang mereka hadapi kerana agenda ‘Parasit’ bukannya untuk memperkukuhkan PAS tetapi menguasai PAS demi kepentingan politik mereka.
Semoga golongan atas pagar terutamanya orang Melayu akan menjadi apa yang berlaku di Selangor sebagai petunjuk siapakah yang akan menjadi tuan dan siapakah yang akan menjadi Pak Turut jika Pembangkang memerintah...!
Oleh Zulkiflee Bakar
13 comments:
PAS macam tin kosong lagi berkarat dan merbahaya jika terpijaknya. Dah boleh SCRAP lah pendek kata. PAS menyokong bersubahat dan munafik. Terang2 tak payah bersuluh menyokong kafir laknatullah dan dajal mata satu malaya. Janganlah rosakkan Islam dengan imej berjubah bersarban. Singh pun pakai sarban daa. Hati busok. Dengki orang sebab gila kuasa aja. Tengok kat KELANTAN dibawah pemerintahan PAS yang konon-kononnya Islam lebih dari orang lain. Apa kebenda. Tengok cara-cara ulamak PAS lah sendiri angkat dengan bahasa2 kesat ketika ceramah. Buta perot. Sudah-sudahlah menjahanamkan umat Islam Malaysia. Macam Yahudi bertopeng.
Sekurang-kurang lebih bermaruah dari cyber-trooper2 yang asyik kena cuci cirit UMNO tua ganyut yang mengidap pelbagai penyakit WAHAM.
sampai mamposs la lu orang kena kencing dengan LEMBUMNO.....
Haji hadi tolonglah bela agama dan bangsa .
Buang serban nkalau dah tak yakin dgn agama dan bangsa kau.
Meluat sudah aku dengar ayat iblis yang keluar dari mulut kau.
Bertaubatlah.
ku bukan nak ajar kau..serban dikepala tu cukup bermakna.
Jangan dibiarkan serban tu hanya hiasan kulit babi..
Bertaubatlah wahai haji hadi..
cukup2lah menghina bangsa dan agama islam..
kalau kau islam..kalau musuh islam tak tau lah...
bersetuju dengan PAS seolah-olah bersubahat menjatuhkan maruah Islam dan Melayu di Malaysia, sekalipun UMNO, MCA dan MIC dan lain-lain parti politik bergabung kuasa, belum pernah kita dengar UMNO membiarkan Islam diperkudakan demi politik, sebaliknya PAS yang beru 'bersalaman' dengan DAP dan 'berpeluk bahu' dengan PKR telah bijak menzahirkan pelbagai 'fatwa' yang menyalahi larangan Islam demi 'impression' politik! dimana bukti terbaru adalah perkembangan undang-undang liwat, malahan muslimat PAS sanggup bertindak 'kurang siuman' menjadi 'caroling' reject lagu gospel dengan bertudung labuh! perjuangan apa yang PAS bawa? pendirian apa yang PAS pertahankan? demi anwar yang mempunyai masalah moral yang kronik?
AKU TIDAK SANGGUP BERSUBAHAT DENGAN PAS YANG MEREMEHKAN ISLAM DAN MENJATUHKAN MARUAH MELAYU... KESETIAANKU TERHADAP BANGSA DAN AGAMA TIDAK MUNGKIN DIJUAL BELI!
Jahanam la korg pasni..pas melepas..
aku tak heran sangat dengan PAS , kerana PAS terhasut dengan gairah kuasa yang di berikan harapan yang menggunung oleh PKR namun apa yang aku hairan ORANG PAS itu sendiri ...
Datok Hassan Ali itu orang PAS , semasa dalam PAS bukan main depa bela tapi bila PAS pecat bukan main orang PAS keji dan kutuk malah siap maki lagi .... Orang Pas tak bela ahli PAS tapi bela ahli UMNO .
Kenapa tak percaya ??? Hassan Ali tak pernah jadi ahli UMNO .Hassan ali dah jadi ahli PAS sejak 15 tahun yang lalu inilah silap Datuk Hassan Ali . Jika Datuk Hassan Ali bekas ahli UMNO dan tentu beliau akan di bela sepenuhnya .
Tak percaya lagi? mahu bukti ? lihatlah si Anwar ibrahim . DSAI tu bekas ahli UMNO yang di pecat . Lantas PAS dengan bangganya dan riaknya membela DSAI kononnya DSAI di anaiya ? walaupun DSAI menghadapi krisis MORAL tapi PAS butakan mata pekakken telinga terus membela DSAI ..yang aku hairan ahli PAS yang kononnya kuat sokong ISlam terus menyokong peliwat dan penzina ...
satu soalan pada ahli PAS tolong Jawap adakah DSAI itu lebih mulia moralnya jika di bandingkan dengan Datuk Hassan Ali ??
soalan kedua : DSAI itu ahli PAS kah ? DSAI itu ahli PKR kah ?
tolong jawap ahli pas yang taksub
Aku pelik, bila TGHA dan PAS berjuang untuk menubuhkan Negara Islam dulu, anon-anon yang beri komen tak sokong dan beri undi agar PAS dapat memerintah Malaysia.
Kenapa bila PAS bekerjasama dengan DAP maka kamu meracau-racau nak PAS kembali kepada perjuangan Negara Islam? Persoalannya, seandainya PAS kembali berjuang untuk Negara Islam, anon-anon ni akan sokong dan beri undi ke? Atau undi anda hanya untuk UMNO/BN sahaja?
Kami tahu anon-anon semua yang menyokong UMNO/BN hanya sekadar Munafik Laknat Di Tepi Kawah Neraka.
Bila pulak DSAI ada masalah moral? Nak kata dia meliwat, dua-dua kes dah dilepaskan oleh mahkamah. Jadi mana masalah moralnya?
Nak kata dia main China Doll, bukti video tak kukuh sebab kote tak sunat, rambut tak sama panjang, jam Omega dari Taiwan (polis pun tak terima sebagai bukti).
Kalau sebab dia ada terhenjut-henjut menari di pentas, belambak lagi pelawak UMNO menari dengan gaya yang lucah di atas pentas.
Barang kali masalah moralnya ialah dia akan tentang UMNO/BN sehabis-habisnya... itulah masalah moral DSAI, dia tidak tunduk pada tekanan UMNO/BN.
Jadi tiada apa perkataan yang sesuai untuk diratibkan oleh pejuang terhadap kezaliman UMNO/BN ialah:
UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, InsyaAllah UMNO MAMPUS.
UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, InsyaAllah UMNO MAMPUS.
UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, InsyaAllah UMNO MAMPUS.
UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, InsyaAllah UMNO MAMPUS.
UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, UMNO MAMPUS, InsyaAllah UMNO MAMPUS.
UMNO/BN akan menemui jalan penghujungnya...kita tumbangkan UMNO/BN dlm PRU 13...TAKIRRRRRR!!!!!
PAS parti perasan syok sendiri.. Nak bungkus UMNO sepatutnya masa PRU 12 hari tu.. tu pun PAS?PKR kuat, tapi org UMNO sendiri sabotaj dan undi protes kwpimpinan PM masa tu.. Sekarang tembelang PKR dan PAS dah membusuk, jangan sesekali perasan UMNO akan berkubur takut PAS yang hilang bisa.
Kami yang tak sokong PAS tu tau dah, mereka tu bukan nak kan negara Islam tetapi kemarukkan kerusi DUN dan Parlimen. Sebab tu mereka tak kisah nak tukar negara Islam ke negara kebajikan ke.. Tapi saya cabar mereka tukar Parti Islam sebab itu lebih sesuai dengan negara kebajikan dan tubuh Parti Kebajikan malaysia. Ada berani ke\\\\\\\\\\/ \sebab nak masuk syurga nanti tak kira Parti.
Bro yang dok kata umno mampus
Ko jangan nak prasanlar bro..umno dok idup sampai sekarang ..yang nak mampus lepas PRU ni PKR,sebab berketuakan pemimpin yang rosak moral..
Batu nisan dia PAS ngan Dap
UMNO tolong bacakan talkin jer..itu pun dah cukup baik..sepatutnya dikencingkan jer atas kubur PKR ni..
Hujah kau tentang Anwar bermoral cam gampang..tak ada klas gituu..cam bebudak tadika..
ko baru kenal dia masa dok melalak lalak kat jalanraya masa dia kena pecat..
aku dah kenal dia masa dia pura2 alim kat UM dulu..
manusia jenis hipokrit dan suka memperkudakan orang..sondol sana sini..Malang tok aji dalam PAS kena kencing atas kepala..
Ko blih lah ajak puak2 spesis ko sokong sang peliwat..sejak dari MCKK...BODOH PIANG PUNYA ORANG..KECIK2 TAK NAK MAMPUS..
politik membuatkan kita semua berbahasa lebih teruk dari binatang!!! berperangai lebih teruk dari binatang!!! ..lastly .. moralnya .. politik bersandarkan budaya barat --->>>> KOTORRRRRRRRRR!!!
Post a Comment