ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Dato Dr Hasan Ali yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu.Dr Ahmad Yunus yang juga Pembantu Exco Belia dan Sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - mengangkat sumpah sebagai Exco di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pagi ini.
Ahmad Yunus menggantikan Dr Hasan Ali selepas beliau dipecat dari PAS pada 8 Januari lalu susulan tindakan beliau yang merugikan parti itu.
Pada sidang akhbar selepas majlis berkenaan, Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan yang sebelum ini dipegangnya.
Manakala portfolio mengenai Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam akan disandang oleh Abdul Khalid."Kami percaya YB Dr Ahmad Yunus ADUN Sijangkang boleh menjalankan tugas dengan amanah, telus dan bertanggungjawab.
"Latarbelakang beliau sebagai doktor perubatan telah banyak memberi khidmat kepada rakyat, boleh membantu beliau menjalankan tugas sebagai ahli MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) secara efisien dan profesional," kata Khalid.
Menyifatkan Dr Ahmad Yunus berpengalaman dalam bidang belia dan sukan, Khalid berkata rombakan kecil portfolio itu berkuatkuasa hari ini dan ia dilakukan bagi "memastikan kesinambungan kerja dan perkhidmatan kepada rakyat dapat berjalan dengan lancar".
Menjelang majlis angkat sumpah ahli Exco Kerajaan Negeri yang berlangsung tadi, spekulasi bertiup kencang apabila tiga nama disebut calon ‘utama’ menggantikan Dato Dr Hasan Ali yang digugur setelah dipecat dari PAS.Mereka ialah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman, Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar yang juga pembantu Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam serta Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.
7 comments:
"mengenai Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam akan disandang oleh Abdul Khalid."
maksudnya khalid akan jaga MAIS lah kan????
aduh...memang semua halal lah kat selangor lepas ni..
konfirm hal2 murtad kat selangor akan tergantung..sebab khalid percaya takder murtad ni berlaku..
semuanya keluar agama secara sukarela(hak asasi manusia)pakatan.
sebagai kononya pejuang lgbt dan murtad(keluar agama secara sukarela), salah maksud saya hak asasi manusia jadi tak de lah follow up lagi sebab semuanya dah betul..
Dikhabarkan DYMM Sultan Selangor telah menolak percalonan Dr. Rani sebagai EXCO dengan 'Tanpa Syarat'. Kerana DYMM Sultan tahu siapa Dr. Rani dan perwatakannya. Cuba tanya Dr. Rani dia kaki togok ke?
DR Rani yg buka klinik di Meru tu tak berwibawa sangat pun. biasa2 saja. tiba2 saja menonjol.
Jangan buat fitnah bro..ingat dosa bro...org PAS bukan mcm org UMNO...kaki kencing, rasuah, salah guna kuasa, kaki togok, kaki porno n mcm2 lagilah.....tapi kalau dah bertaubat baguslah...takkan anon2 tak kenal sape pemimpin2 UMNO yang bersifat mcm ni.....
Anon2 kaki togok ke? sebab kaki togok je yang kenal kaki togok...atau anon2 org yang maksum daripada dosa...walilah tu.....
Patutlah aku lihat si setiausaha kontroversi di dalam kerajaan Selangor, terketar-ketar lutut walaupun duduk di kerusi empuk di dalam Istana, mesti bimbang Khalid Ibrahim buat spot check terhadap surat-surat yang lalu. Lagi teruk kalau Khalid Ibrahim buat soal siasat satu persatu pegawai JAIS yang terlibat.... mampuslah UMNO kalau macam nie.
inilah objektif "Fuckatan". senanglah nak control orang islam, halalkan yg haram. Hai PAShit, bertambah fucking shit lah engkau orang
Post a Comment