Monday, January 9, 2012

Pak Lah Pernah Bebaskan Anwar...., Najib Pun Kata "I Follow...."


Jika saya berada di dalam Kerajaan yang memerintah dan berhadapan dengan pilihanraya umum yang akan datang, keputusan membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya adalah satu keputusan yang amat baik sekali.

Apalagi jika diambil kira bahawa ini adalah kali kedua Anwar dituduh meliwat. Kali pertama dia didakwa atas tuduhan meliwat, Anwar dibebaskan setelah rayuannya diterima walaupun dia telah merengkok 6 tahun dipenjara di atas kesalahan lain.

Bagaimanapun, untuk pentadbiran Najib Razak mengakui ini adalah keputusan yang diharapkan daripada hakim Mohd Zabidin Mohd Diah adalah sesuatu yang salah. Ia akan menggambarkan seolah-olah ada berupa tekanan terhadap hakim untuk membebaskan Anwar.

Mangsa sebenarnya selama 3 tahun perbicaraan kes ini ialah Najib Razak sendiri. Pertuduhan dibuat sewaktu Abdullah Ahmad Badawi masih memerintah Malaysia. Pendakwaan dibuat sewaktu Abdullah Ahmad Badawi dan anak menantunya masih mempunyai pengaruh besar dalam pengurusan negara tetapi yang terkena sumpahnya ialah Najib Razak.

Sudah tentu Najib Razak merasa paling lega kes ini selesai juga akhirnya....

Tolak cakap-cakap politik ke tepi. Dari awal lagi kes pertuduhan terhadap Anwar merupakan sesuatu yang sukar dibuktikan dan berpegang hanya kepada Saiful Bukhari yang membuat dakwaan diliwat. Menyedari kesukaran ini dan tekanan sekeliling dalam menerima hakikat itu telah mendorong Saiful bersumpah laknat.

Bebasnya Anwar tidak membuktikan Saiful membuat dakwaan palsu dan tidak juga membuktikan perbuatan yang didakwa itu tidak berlaku. Tetapi bebasnya Anwar kerana hakim mendapati tiada bukti-bukti lain yang tidak meragukannya boleh diterima untuk mendakwa yang tertuduh.

Akibatnya untuk hakim mendapati Anwar bersalah, hakim terpaksa hanya bergantung kepada pernyataan Saiful sahaja.

Bagi kita orang awam, masalah kredibiliti Saiful terganggu bukan kerana tuduhan yang dibuat oleh Saiful tetapi beberapa tindakan-tindakan yang dilakukan olehnya sebelum membuat laporan polis dan antara yang paling merisaukan ialah pertemuannya dengan Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.


Jika Saiful mendapat khidmat guaman dari awal, sudah tentu dia dinasihatkan terus untuk membuat laporan polis dan pemeriksaan perubatan serta jauhkan diri daripada menemui individu-individu yang boleh mengakibatkan beban yang tidak perlu kepada kesnya.

Ini telah menimbulkan keraguan paling awal dalam kes ini dan menjadikan pertuduhan seolah ada bau berunsur konspirasi di peringkat tertinggi.

Hari ini mahkamah telah membuat keputusannya....


Adalah penting kita memahami keputusan mahkamah hari ini iaitu hakim telah membebaskan Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat Saiful Bukhari kerana pihak pendakwaan telah gagal mengemukakan bukti-bukti yang tidak menimbulkan sebarang keraguan bagi menyokong testimoni Saiful Bukhari.


Dalam hal ini, bukti yang sepatutnya menyokong dakwaan Saiful bahawa berlaku perbuatan liwat ialah DNA Anwar Ibrahim dan status sample DNA itu menimbulkan ada menimbulkan keraguan.

Oleh itu tepatlah keputusan hakim hari ini.

Sekiranya Saiful Bukhari mendapat nasihat guaman sebaik sahaja dia diliwat, hari ini mungkin melakar sejarah yang berbeza.

Tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kepada Saiful Bukhari, didoakan beliau tabah dan sabar dengan ketetapan hari ini.

“Bukankah Allah adalah sebaik-baik hakim….”

Hasil Penulisan
Kickdefella

8 comments:

Anonymous said...

Apa khabar Pak lah...... puas hati ke Anwar bebas ???????????????????

Anonymous said...

Tok hakim yg agak bijak...tidak mahu ambil risiko keputusan...lalu KELEMAHAN Teknikal DNA dijadikan point.....just Ok ! rakyat pun dah lama sgt tunngu...masa dan duit dah terlalu banyak habis.

Anonymous said...

Dengar kata, peguam-peguam DSAI sedang mengesan blogger-blogger yang mengendali BLOG MIK dan beberapa blogger lain untuk menyerahkan saman sebab memfitnah DSAI dalam isu Liwat.

Anonymous said...

pak lah pernah bebas kan anwar..najib pun kata I follow... Sorry..kenyataan yang menampakkan campur tangan PM dalam sistem kehakiman...sepatutnya kenyataan berbunyi, mahkamah bebaskan anwar...kenyataan seperti ini menyebabkan rakyat akan kata betullah PM campur tangan...

Anonymous said...

Jika hakim berpendapat bahwa Saiful adalah saksi kredibel, atas dasar itu saja tidak salah disisi undang-undang utk hakim menyabitkan OKT.

Persoalan seterusnyanya, apakah ianya selamat untuk OKT disabitkan. Undng-undang keterangan jelas dalam perkara ini, jika Hakim telah mengambil kira bahaya menggunakan keterangan seorang accomplice (orang yang bersubahat - Saiful orang tersebut), sabitan itu bukan sahaja tidak salah disisi undang-undang, tetapi dikira selamat juga.

Adalah penting utk kita faham bahawa OKT berdiam diri bila dipanggil membela diri.

Keterangan-keterangan saksi-saksi yang lain juga menyokong keterangan saiful termasuk keterangan DNA juga.

Pun begitu, pandangan hakim betul atau tidak, ianya mengikat pihak-pihak tertakluk kepada rayuan.

Pada sasaya, OKT tidak boleh terlalu bergembira.

ini adalah pandangan kasar sahaja kerana perlu teliti nota keterangan dan alasan penghakiman terlebih dahulu.

Pensyarah undang2 (keterangan dan prosedur jenayah)

Anonymous said...

pak lah la punca negara jadi huru hara,.......mmg sial lah makhluk ni.muka jer baik.....anak,menantu sama jer......

Anonymous said...

Saman jangan tak saman.....kita tengok sape yg kena!!!!!!

Anonymous said...

Pakatan Rakyat memang tak guna, perosak masyarakat, asyik-asyik ceramah maki hamun, hasutan dan demontrasi liar, apa ingat itu semua boleh beri makan pada rakyat ke? Lagi satu pasal NFC suruh buat suruhanjaya diraja, tapi pasal Anwar dengan isu salah laku seksnya pula tak payah buat suruhanjaya apa-apa pun, apa cerita? Lagi satu kalau ada pemimpin pembangkang buat kacau dan ditahan polis tuduh zalim, tapi kalau pemimpin pembangkang buat kacau merosakkan keamanan dituduh sebagai hak asasi manusia, pergi jahanamlah dengan Pakatan Rakyat, dasar malaun lahanat yang tak guna.