Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Friday, January 6, 2012

PANAASS 901..!! Saksikan Video Klip Anwar Jelaskan Kenapa Dia TAK NAK Bersumpah




“Walaupun di saat akhir ini, saya tidak akan sekali-kali melakukan sumpah laknat untuk membuktikan saya tidak bersalah,” tegas Anwar Ibrahim, sekali gus menafikan dakwaan beliau akan mengangkat sumpah laknat, Ahad ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjelaskan, beliau tetap dengan pendiriannya mendengar nasihat para ulama yang menyarankan agar tidak melakukan sumpah sebagai instrumen politik untuk membersihkan nama sehingga mempersendakan agama.

Tegas Anwar, beliau nekad dengan keputusan tersebut kerana mengambil kira nasihat ulama besar Yusuf al-Qaradawi yang melarangnya dari berbuat demikian kerana isu ini melibatkan sumpah demi politik yang diharamkan dari segi agama Islam.

Pendirian itu menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Anwar akan mengangkat sumpah laknat sebagai jalan terakhir menyelamatkan karier politiknya apabila keputusan kes liwatnya diumumkan Isnin ini.

Tambah Anwar, walaupun beliau sedar tindakannya mengangkat sumpah boleh memberi kelebihan besar kepadanya dari segi moral penyokong dan rakyat, namun beliau tidak akan melakukannya kerana menganggap sumpah tersebut mempermainkan agama.

“Kalau dengan sumpah sahaja boleh membebaskan saya, saya pasti ramai orang yang mencuri, merogol dan membunuh akan mengangkat sumpah menafikan kesalahan mereka, ia adalah salah. Sepatutnya dibawa bicara di mahkamah syariah.

“Jadi adakah saya perlu mengikut nasihat ulama-ulama besar atau mereka yang minum dan memiliki saham dalam syarikat arak? Sudah tentu saya mengikut nasihat ulama yang muktabar, jadi dakwaan yang kata saya akan angkat sumpah sebelum 9 Januari ini adalah tidak benar,” katanya.

Beliau berkata, tindakan melakukan sumpah laknat bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari daripada kaedah Islam.

“Beberapa ulama memberi amaran kepada saya, jika sumpah sebab politik saya akan berdosa besar kerana mengelirukan orang Islam dengan perbuatan sumpah.

“Jadi kenapa saya perlu nak ikut benda yang tak betul? Saya tidak akan terbawa-bawa mainan politik atau media sehingga kita hina syariat Islam,” katanya.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang menjelaskan, masyarakat perlu mendalami hukum sumpah laknat seperti dalam buku “Qazab” untuk faham dengan lebih jelas kenapa beliau berkeras untuk tidak mengangkat sumpah.

“Seorang guru dari Johor tampil menulis surat meminta maaf kepada saya selepas baca buku Qazab kerana tersedar kesalahannya berucap kepada murid dan ibu bapa kata saya orang yang salah kerana tidak mengangkat sumpah laknat.

"Saya tak mahu sumpah saya itu akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu, jadi saya tetap dengan pendirian ini walaupun apa cara dan keadaan sekalipun,” katanya yang sudah bersedia menerima apa jua keputusan kes liwat kedua melibatkan diri beliau minggu depan.

10 comments:

Anonymous said...

hari ke hari muka anwar kelihatan makin buruk

Anonymous said...

bila tgk video ni lama2 nampak mcm ada tanduk kt dahi dia

Anonymous said...

Kalau Bersumpah Laknat secara Islam x hendak..alasan politik dan mempermainkan Islam...Bagaimana dengan Bersumpah Di Mahkamah ??? Memberi bahan bukti seperti DNA atas mengemukakan saksi saksi atau Alabi semasa perbicaraan .... ????

APA LAGI LU MAHU KELENTONG ANUWAR

Anonymous said...

hehehe Anwar..Anwar...mcm gasing kau kasik pusing yer Nuar..

Anonymous said...

kenapa muka anuar macam mayat (pucat leci) seolah-olah sedang di perhatikan malaikat maut....seram betul tengok wajah anuar sekarang ni...

Anonymous said...

sumpah cara Islam taknak, ok..itu alasan mcm bagus kau.

Abis tu...kenapa poligraf tak nak?

Kenapa DNA tak nak bagi?

Kenapa tak nak bagi keteangan dari kandang tetuduh?

Kenapa tak nak beri kenyataan bersumpah di mahkamah?

Kau cakap la apa sekali pun anwar. Rakyat dah tak percaya dah. Kami dah kenal kau ni kaki pusing, kaki kelentong, kaki kencing, kaki jubur.

Mcm ni ada hati nak jadi perdana menteri kami??

Ceh! Malam sikit.

Anonymous said...

Kenal Ninoy Aquino? Tahu apa kesannya kepada Marcos? Lebih kuranglah apa yang akan berlaku di Malaysia... tunggu.

Seram lagi melihat UMNO yang bernanah di seluruh tubuh, jasad membusuk meloyakan alam.

anti bohmau said...

taknak bersumpah takut jadi sumpah politik? auta la lu!

sapa suruh berniat utk politik?

orang bersumpah dgn nama Allah SWT dgn niat utk membersihkan nama, diri, keluarga, bangsa & agama!

kalau dia sebut ' dgn nama Allah, saya bertaubat & tidak akan mengulangi liwat lagi' tentu dah memadai. tp dia tidak pernah bertaubat spt yg karpal cadangkan!

betul kata anon Friday, 06 January, 2012; banyak cara yg dianjurkan, semua dia tolak. tak ada satu pun yg dia buat utk membersihkan namanya, bahkan terus mengheret mrk yg pendek akal utk membebaskan dia, konon!

teringin sgt nak dengar dari mulut sheikh yusuf qardawi sendiri; bukannya dari mulut orator bongkak pembongak ni!!

bolehka kita pegang kata2 orang yg suka berdolak dalik begini?

Anonymous said...

MEMANG TEPAT SEKALI KALAU ANWAR BERSUMPAH LAKNAT DIA MEMNGHINA ISLAM YANG SUCI INI. KERANA ORANG YANG BERANI BERSUMPAH ORANG YANG BETUL YAKIN DIA TAK MELAKUKAN DOSA. TAPI YANG MELAKUKAN DOSA KALAU BERSUMPAH JUGA DIA MEMANG MEMPERMAINKAN AGAMA. SAYA RASA INI LAH SEBABNYA ULAMA 2 YANG DI SEBUT ANWAR MELARANG DIA BERSUMPAH KERANA MEREKA MUNGKIN DAH TAHU CERITA SEBENAR. AMIN

Anonymous said...

lebih seram aku tengok muka anu..war yang dah semakin lesu...sama dengan marcos.....lupa nak sebut.. estrada yang izah gi peluk kaki dia minta tolong...he..heh...lepas ni dia nak peluk kaki sapa lak...tunggu.....