Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Monday, January 23, 2012

Pimpinan PAS Dah Terkena Gula Gula Getah Anwar & DAP...!!

Usaha menjatuhkan Dato Dr Hasan Ali bukan dibuat orang PAS sahaja....

Menurut Dr Hasan Ali, ketiga-tiga parti iaitu PKR, DAP dan PASmerancang, menstrategi dan melaksanakan skrip yang disediakan oleh pimpinan tertinggi Pakatan. Tindakan memecat dan berikutnya menggugurkan beliau daripada menjadi ahli Exco adalah hasil yang ditunggu-tunggu!

Merancang..., menaik dan menjatuhkan seseorang adalah mainan dan lumrah politik tetapi untuk PAS terlibat menjatuhkan seorang pemimpin yang cuba mempertahankan prinsip perjuangan partinya adalah suatu tindakan yang sangat keji dan hina.... Insya-Allah, mereka dan Dr Hasan Ali akan sama-sama berada di mahkamah Allah akhirnya.

Matlamat mereka yang dipandu oleh Anwar Ibrahim, pemimpin agung mereka ialah Putrajaya. Islam, Melayu dan Raja agenda yang terlalu kecil bagi mereka...

Atas matlamat ‘memperdanamenterikan’ Anwar, gerabak yang bergerak ke Putrajaya menghalalkan segala-galanya. Yang pelik orang PAS sendiri boleh termakan dengan gula-gula Anwar hingga sanggup menggugurkan landasan perjuangan...!

Negara Islam yang sama sekali tidak boleh diterima oleh DAP dan PKR terpaksa ditukar terminologinya menjadi Negara Berkebajikan. Bagi sesetengah pihak, apa alasan pun yang dikemukakan Negara Islam tetap Negara Islam. Negara Berkebajikan tidak boleh dijadikan galang ganti kepada Negara Islam.

Dalam konteks ini, masih ada juga rakan rakan Dr Hasan Ali yang bersamanya cuba meyakinkan barisan pimpinan supaya menoleh ke kiri dan kanan dalam misi ke Putrajaya. Pastinya terdapat penyokong-penyokong tegar yang mahukan bangsa Melayu dan institusi raja tidak dikesampingkan.

Mereka tidak sekali-kali yakin bahawa tuntutan mereka dapat dirungkaikan setelah berjaya menawan Putrajaya. Sedangkan di peringkat negeri yang dikuasai tidak nampak tanda-tanda untuk melaksanakannya apatah lagi bila Putrajaya yang jauh lebih besar cakupannya menjadi milik mereka.

Baca seterusnya..., klik sini

2 comments:

Anonymous said...

UMNO kalau sayang sangat dengan Hassan Ali, durian buruk PAS, pilah junjung kutip gantikan Menteri Agama Si Jamil dan Masitah. Jangan lupakan Zul Kulim sama.

Anonymous said...

Setuju dgn Anon1....susah2 kutip Hassan ALI dan jadikan pencacai mcm zul kulim...pastu dlm PRU13 jadikan calon UMNO...kalau menang jadikan menteri jaga agama....kita tengok apa yg dia boleh buat waktu itu...lebih baik waktu dlm PAS atau UMNO/BN?????? Jgn2 langsung tak boleh nak ckp pasal agama.....