Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Sunday, January 8, 2012

POLIS Dipermainkan Oleh Azmin Ali....? Salah Siapa Beri Permit..??

Azmin Ali berkata bahawa pihak polis tidak mengenakan sebarang syarat ketika mereka bersetuju membenarkan perhimpunan diadakan Isnin ini.

Oleh itu, katanya, parti itu tidak terikat dengan sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa selepas persetujuan tersebut dicapai.

"Saya ingin menegaskan bahawa KEADILAN menerimapakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Mohamad Salleh yang dimuafakati dan diumumkan selepas mesyuarat bersama pada pagi Jumaat 6 Januari 2012.

"Persetujuan itu tidak menyentuh beberapa sekatan yang diumumkan kemudiannya oleh pihak PDRM," katanya dalam satu kenyataan.

"Oleh yang demikian, saya mengulangi seruan agar semua rakyat turun untuk menunjukkan solidariti dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menuntut keadilan dan integriti sistem kehakiman di negara ini, selaras dengan hak berkumpul dan amalan perhimpunan awam yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan," tambah Azmin.

Blog MIK - Kenapa perlu diberikan kelulusan permit untuk agenda peribadi Anwar Ibrahim yang mendepani hukuman terhadap tuduhan"kesalahan jenayah" beliau sendiri..?

7 comments:

zahari1950 said...

Jika demikian perkataannya, dia sebenarnya sudah "mengugut" pihak berkuasa. Dia sudah membayangkan bahawa dia akan melanggar undang-undang. Malah mustahil sebagai seorang wakil rakyat dia tidak tahu peraturan baru perhimpunan yang diluluskan parlimen.

Kelulusan tertakluk kepada kepatuhan mengikut undang-undang. Kebenaran hanya diberikan untuk berhimpun secara "AMAN". Itu amat jelas. Orang tidak berkelulusan tinggi pun tahu ertinya "AMAN" tersebut.

Jika "ugutan" sedemikian diberikan, polis boleh tarik balik kebenaran.

Anonymous said...

hairan ! kenapa setiapkali perkara membabitkan Anwar , polis beri kebenaran ???

kenapa setiapkali perkara berkenaan anwar KDN tunduk ?

kenapa setiap permintaan PKR diberikan?

kalau kata demi keadilan , biar adil pada semua ! biar adil pada semua diri rakyat malaysia , biar adil pada semua parti !! bukan hanya adil pada PKR !!

PERKASA , NGO MELAYU , PEKIDA ?? kenapa tak diberian permit untuk himpun ?

aku nak tahu , kenapa dan kenapa ???

Anonymous said...

Kenapa PEKIDA,PERKASA n NGO lain xboleh....lu pikirla sendiri bro!!!!!

Anonymous said...

SEMOGA HAKIM AMIK MC BESOK HAHAHAHA BIARJER LEMBU2 PAKATAN TUE BERHIMPUN...POLIS PATUTNYA BERKERAS BUKAN BERUNDING...SEKARANG SIAPA YG MALU?

Anonymous said...

Sebabnya kerana kau asyik duk dalam tempurung yang terlungkup terlalu lama.. hehehe

Anonymous said...

Sebabnya kerana kau asyik duk dalam tempurung yang terlungkup terlalu lama.. hehehe

anti bohmau said...

kalau betul polis benarkan pkr berhimpun dgn memberi permit, ambo cadangkan polis jgn ambil pot langsung apa yg mrk nak buat esok. dah terang2 assmin nak semua pencacai pkr berdemonstrasi, biarkan mrk dgn demonstrasi mrk.

kita semua tak payah tunggu & tak payah lihat mrk nak jadi apa pun! sbb puak2 ni MAKIN DILAYAN MAKIN GILA!!

yg terkinja2 nak demo hanyalah orang melayu pkr & pas!! jika mati pun hanyalah puak2 pas & pgayr sj berlakon sesama sendiri...

cina dap yg ramai2 tu hanya akan duduk tepi2 kakilima tengok dgn happy nye gelagat puak2 pgayr & paspispus tergedik2 melawan arus norma2 masyarakat & agama...

kita yg MAJORITI ni baikla duduk rumah tengok 'greatest stupidest people live show on earth' VIA TELEVISION! harap semua stesen tv pasangkan camera perakam automatik di merata2 laluan @ tempat mrk berkumpul supaya mudah utk kita cam sapa2 yg bertukar jadi makhluk Allah paling buruk bila depa dah jemu jadi insan kamil!!