Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Thursday, January 19, 2012

TAK Boleh Sandarkan Harapan Kita Pada Khalid Gagap Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Yang Baru Di Selangor...., HANCUSS...!!

Tahniah kepada ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS)yang dilantik sebagai EXCO Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan. Perlantikan ini tidak dapat dielakkan apabila PAS memecat keahlian Dato Dr Hasan Ali. Ini bermakna pada sidang DUN akan datang Dr Hasan Ali akan berada di barisan Pembangkang negeri....

Namun perlantikan tersebut yang diikuti oleh rombakan potfolio EXCO, yang menyaksikan EXCO PAS tidak akan terbabit dengan pentadbiran Agama Islam negeri menimbulkan seribu tanda tanya bukan sahaja kepada penyokong PAS tetapi orang Islam keseluruhannya.

Ada dua kemungkinan mengapa PAS tidak lagi terbabit dengan portfolio agama Islam. Pertamanya, PAS sendiri tidak lagi berminat dengan portfolio tersebut kerana keadaan negeri Selangor sekarang mencemarkan perjuangan Islam Pas sendiri....

Dalam tidak sampai empat tahun memerintah, Selangor kini dipenuhi oleh hampir 10, 000 rumah urut. Hampir 80 peratus daripadanya terutama di bandar-bandar utama Selangor, menawarkan khidmat urut berunsurkan seks...!

Dalam masa pemerintahan PAS bersama sekutunya juga, jumlah kelab malam dan pusat hiburan bertambah berkali ganda serta tidak lagi tertakluk kepada peraturan operasi sehingga jam 1 pagi.

Dalam keadaan ini, sememangnya pemimpin PAS di peringkat bawahan tidak lagi mampu mengangkat muka kerana dakwaan mereka memperjuangkan pemerintahan Islam dan negeri ini sebagai "Baldatun Toyyibatun WaRabbun Ghafur" sejak pemerintahan Pakatan hanya menjadi jenaka rakyat.

Jadi, untuk mengelakkan ia menjadi bebanan politik dalam pilihan raya akan datang, PAS akan ke seluruh ceruk desa dan kampung menyatakan mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana kerusi mereka kecil dan tidak lagi memegang potfolio agama....

Dengan cara ini mereka akan cuba menyucikan diri mereka di kalangan pengundi Islam dan menggesa lebih banyak kerusi diberikan kepada mereka agar mereka lebih berkuasa daripada DAP dan PKR.

Kemungkinan kedua ialah Parti Keadilan Rakyat dan DAP tidak mahu EXCO yang menjaga Hal Ehwal Islam cuba menjadi "wira" orang Islam dengan mengadakan pemeriksaan dan serbuan ke atas premis-premis yang membabitkan aktiviti tidak bermoral dan akhirnya menimbulkan kemarahan kumpulan tertentu yang memberi sokongan kuat kepada DAP dan sebahagian calon PKR dalam pilihan raya lalu.

Saya tidak pasti sejauh mana benar, namun difahamkan sokongan kumpulan yang pro kepada rumah urut dan pusat hiburan lewat malam ini penting kepada DAP dan PKR dalam memenuhi tuntutan dana pilihan raya mereka dan juga rangkaian propaganda mereka di kalangan orang bukan Islam.

Justeru perlantikan seorang lagi wakil PAS dalam menjaga kepentingan agama Islam di negeri ini mungkin akan menimbulkan masalah seperti mana sewaktu Dr Hasan Ali berada di dalam barisan EXCO.

Dari sudut politik menjelang pilihan raya, nyatalah keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim ini menguntungkan semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat....!

PAS boleh cuci tangan mengatakan ia tidak mempunyai kuasa,dan jika benar seperti gosip politik mengenai hubungan DAP dengan tauke-tauke tertentu, maka DAP boleh terus bermaharajalela....

Islam..? Baldatun Toyyibatun WaRabbun Ghafur (Negara yang aman, makmur dan mendapatkan keampunan Allah)? Mimpi di siang harilah penyokong PAS... Ini hanyalah slogan-slogan politik pemimpin PAS..!

Dulu pernah diejek kepada UMNO kononnya parti yang taksub kepada adat resam melampaui kepentigan Islam. Hari ini sekelip mata PAS dilantik menjaga adat resam dan meninggalkan Islam kepada PKR.

Kepada umat Islam yang pernah mengundi PAS dengan kepercayaan kononnya PAS akan menjaga kepentingan Islam lebih baik dari UMNO; nyatalah PAS sudah menjadi seperti peribahasa "Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi."


Posted by Dr Mohamad Khir Toyo

7 comments:

ABU said...

betul ke dr khir yg tulis ni?? teman rasa nak gelak umpama vincent tan bercerita pasal rukun isle, anandha kerishnan suruh hafal doa qunut..kuikui

hasan ni org kuchiwa, dulu berangan nak jadi mb sgor, tp bila muafakat PR pilih khalid,maka tak puas hati la dia.banyak tindakannya luar dari jemaah dan ijmak ulama dlm pas.

Anonymous said...

mamat ni letakkan dirinya sebagai konco2 umno dan dia tak layak berada dlm kerajaan negeri.eloklaaa dia dikeluarkan

Anonymous said...

PAS - Parti Alasan Sesaja. Memang banyak pusing nak jwb tapi rakyat sekarang bukan bodoh...penyokong Dato Hassan pun bukan sikit,,tunggu la balasan rakyat yang dah mula celik. PRU 12 menang dulu pun bukan kuat sangat cuma protes dan sabotaj kuffar je.

Anonymous said...

Mana pulak 10000 rumah urut...50000 kot pada zaman PR memerintah...sehinggakan setiap kampung pun ada rumah urut...pada zaman Khir Toyo memerintah takde satu pun rumah urut sb waktu itu Khir Toyo sibuk membangunkan rumahnya sendiri sehingga terlupa nak luluskan rumah urut!!!!! Haprak punya pemimpin Umno termasuk para pengikut2nya....

Anonymous said...

Inilah contoh pmimpin " seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul " atau "seperti ayam jantan kokok berdegar2, ekor bergelumang dengan taik ".....sudahlah Dr Khir, cakap kau tu kat UMNO pun dah tak laku, inikan pulak kat khalayak ramai????? Leh cayake????

Anonymous said...

Hancur lagi kerja buat UMNO. Ingat kita tak tahu rumah-rumah urut tu pemimpin UMNO ada share saham lendir.... banyak... agak-agaknya siapalah yang memudahkan China Doll dan segala doll masuk ke Malaysia? Pakatan Rakyat ke? Tapi Pakatan Rakyat tak pernah memerintah Malaysia lagi... jadi siapa lagi yang memerintahkan agar visa untuk China Doll mudah masuk ke Malaysia untuk buat kerja lendir, melainkan kerajaan UMNO/BNlah.

Anonymous said...

Yang sayang sangat dengan Hassan Ali tu bolehlah lantik dia ganti Mashitah yang dah season tu... jangan lupa ambil Zul Kulim untuk jadi Timbalannya.