Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Thursday, January 26, 2012

"Tak Salah Bercampur Lelaki Perempuan.." - Ulama Saudi. Jom Kita Minta Pandangan Khalid Gagap Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Selangor...!


Adakah anda bersetuju dengan pendapat di atas....?

Jika anda tidak bersetuju, Sheikh Ahmed Bin Qassem Al-Ghamdi, ulama yang mengeluarkan pendapat tersebut mencabar anda untuk berdebat dengannya secara ilmiah bagi membuktikan kesalahannya.

Ramai pihak di Arab Saudi yang mengkritik pendapat ulama tersebut dan ramai yang menyerang peribadinya melalui laman sosial seperti Facebook dan lain-lain.

Beliau sebaliknya mengajak mereka yang tak bersetuju untuk berbincang secala ilmiah dan bukannya menyerang peribadinya. Beliau juga menyeru ulama yang tidak sealiran dengannya berfikiran terbuka apabila berhadapan dengan mereka yang tidak sealiran dengan mereka.

Sheikh Ahmed juga mengeluarkan beberapa pendapat lain yang amat tidak sealiran dengan para ulama Saudi yang lain. Di antara pendapatnya adalah:

    • Tidak salah lelaki bercampur gaul dengan perempuan.


    • Tidak salah seorang muslim mendengar muzik


    • Solat berjemaah hanyalah perbuatan sunnah dan bukannya satu kemestian.
Segala pendapatnya itu dikeluarkan berdasarkan kajiannya yang mendalam terhadap segala pendapat ulama sebelum ini. Mengenai alat muzik, beliau menyatakan Nabi Muhammad (Selawat dan salam ke atasnya) pernah mendengar alat muzik tradisional berupa gendang. Ini bukti bahawa mendengar muzik bukanlah satu perkara yang dilarang.


Mengenai solat berjemaah, beliau mendapati pendapat yang mewajibkannya hanyalah daripada Imam Ahmad sedangkan pendapat lain seperti daripada Imam Syafie, Imam Abu hanifah serta Imam Malik tidak mewajibkannya.

Pendapat mewajibkannya diambil daripada riwayat Imam Ahmad yang dikuatkan oleh Ibnu Taymiyyah dan diikuti oleh kerajaan Saudi, katanya lagi.

Bagaimana pula jika kita bercampur gaul lelaki perempuan sambil mendengar muzik. Ulama tersebut tidak pula menyatakannya tetapi daripada apa yang dikatakannya kita boleh andaikan ianya tidak salah.

Bagaimana pula jika berhimpit-himpit lelaki perempuan mendengar konsert atau menaiki kenderaan awam. Dalam bab ini, tak ada orang yang waras yang akan menggemarinya terutamanya kaum wanita tak kira bangsa apapun kerana kebiasannya yang mengambil faedah daripada aktiviti berhimpit-himpit tersebut hanyalah kaum lelaki.

Baca laporannya di
sini.

4 comments:

Anonymous said...

Betul la tu. yg tak leh campur cuma air pliaq dan air bughaig je kecuali menikoh dulu.

"Bbodor" kata ustaz youtube....

Anonymous said...

Dari Ali radiallahu 'anhu, katanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: “Apabila umatku melakukan 15 perkara maka layak mereka ditimpa bencana;

1. Apabila dunia menjadi matlamat dan tujuan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tidak mentadbir dunia dengan agama dan tidak tunaikan amanah.
2. Apabila zakat dianggap penebus dosa (terpaksa bayar).
3. Apabila amanah dianggap milik sendiri.
4. Apabila suami mentaati isteri.
5. Apabila anak menderhakai ibubapa.
6. Apabila teman dimuliakan lebih dari ibubapa.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising dari segala macam sumber ciptaan manusia yang dahagakan hiburan yang melalaikan.
8. Apabila orang berbicara hal duniawi dalam masjid.
9. Apabila yang menjadi pemimpin orang yang zalim bukan yang soleh.
10. Apabila seorang dimuliakan kerana takutkan kezaliman.
11. Apabila arak menjadi kebiasaan.
12. Apabila wanita menyerupai lelaki dan sebaliknya.
13. Apabila wanita menghiburkan lelaki bukan mahram.
14. Apabila alat muzik digunakan untuk melalaikan umat.
15. Apabila umat terkemudian menghina umat terdahulu.

Maka, pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah atau gempa yang dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.” – Dinilai Hasan oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Bany.

Anonymous said...

Ye la sebab dia suka bercampur dengan perempuan dia kena la kelaurkan fatwa kata boleh, biasa la nak cari makan.Rasulullah pun pernah pesan diakhir zaman nanti akan ada 2 golongan Ulamak.....

Anonymous said...

Jgn lupa, Kita juga patut minta pandangan Ulamak UMNO tak kira ulama muda atau yang tua....juga MB Negeri Sembilan yg juga menjadi Pengerusi Hal Ehwal Islam di NS.......