Ketika ditemu bual oleh wartawan BBC baru-baru ini, Anwar Ibrahim telah mempertikaikan undang-undang yang bersifat diskriminasi terhadap golongan homoseksual di negara ini.Sambil menyifatkan undang-undang berkenaan sebagai sudah lapuk, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.
"Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya.
Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada wartawan BBC mengenai sokongan yang diterima beliau daripada golongan gay seluruh dunia ekoran pembebasannya daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 9 Januari lalu.
Beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada pertuduhan itu selepas hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Saiful Bukhari dan tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).
Rakaman temu bual selama kira-kira empat minit yang berlangsung pada 12 Januari lalu itu boleh ditonton menerusi laman web BBC Asia di http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714.
Antara pertubuhan pro-lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) yang menyatakan sokongan terbuka kepada Anwar adalah Progresif Gay Filipina (ProGay) dan Institut Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI).
Pertubuhan terbabit telah mendesak kerajaan Malaysia menghapuskan undang-undang Kanun Keseksaan legasi daripada kolonial British yang menghukum pelaku homoseksual, dengan alasan ia sudah lapuk.
Berikutan kenyataan Anwar dan desakan kumpulan pro-LGBT terbabit, kita sudah pasti merasa musykil kenapa isu terbabit dipandang daripada sudut undang-undang sahaja dan bukannya agama.
Dimanakah suara pemimpin Pas yang sebelum ini mendakwa merekalah pejuang Islam tulen? Adakah para ulama dalam parti itu kini hanya mengambil sikap memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap perlakuan maksiat terbabit semata-mata kerana tidak mahu percanggahan pendapat mereka dengan Anwar menggugat perpaduan pembangkang dan matlamat menawan Putrajaya...?
Jika telahan kita benar, nampaknya pemimpin dan Ulama' PAS kini telah beralih untuk meletakkan wala' (ketaatan) kepada ahli falsafah Itali, Niccolo Machiavelli yang menganjurkan prinsip matlamat menghalalkan cara.
Pesanan tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin, Mesir seperti Syed Qutb dan Hassan Al-Banna serta pengasas Jamaat-e-Islami, Pakistan, Sayyid Abul Ala Maududi sudah dibuang jauh-jauh oleh Pas kerana bagi mereka perjuangan menegakkan Islam itu sudah lapuk.
Mengulas perkara itu, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, perbuatan homoseksual tetap haram dalam Islam dan individu yang melakukan perlakuan keji itu telah berdosa.
"Ketetapan ini disebut oleh Allah di dalam al-Quran terutama dalam kisah Nabi Luth bersama kaum baginda yang ingkar.
"Oleh itu undang-undang negara (Kanun Keseksaan) yang mengharamkan perbuatan liwat wajib dipertahankan walaupun Anwar menuduhnya lapuk dan tidak relevan. Walau apa yang berlaku kita wajib mempertahankan peruntukan ini," katanya.
Nakhaie yang juga Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia berkata, tindakan Anwar itu membuktikan bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu penyokong kuat gerakan pluralisme dan liberalisme.
Menurutnya, rakyat seharusnya menilai pendirian Anwar itu secara rasional demi mempertahankan Islam.
Mengenai sebab PAS masih menyokong Anwar, Nakhaie mengakui berasa pelik dengan apa yang berlaku pada parti itu ketika ini.
Katanya, jika dahulu pelbagai tuduhan PAS lemparkan kepada UMNO termasuk mengkafirkan UMNO atas prinsip antisekularisme, tetapi kini parti berkenaan nampaknya begitu selesa menjalinkan hubungan dengan puak sekularisme.
"Sebenarnya saya yakin ini adalah petunjuk daripada Allah bahawa Pas sanggup mengorbankan perjuangan asal mereka dan kemudian menjalinkan kerjasama dengan mana-mana kumpulan atas nama politik meskipun mereka terdiri daripada golongan liberalisme dan sekularisme. Inilah yang berlaku sekarang," ujarnya.
Turut bersetuju dengan pandangan Nakhaie itu ialah seorang lagi bekas Naib Presiden PAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Dato Dr Hasan Ali.
Beliau yang sepanjang menjawat jawatan Exco Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor telah menunjukkan kesungguhan tidak berbelah-bahagi untuk menegakkan syiar Islam menegaskan perbuatan menghalalkan LGBT hanya akan menyebabkan negara huru-hara....
"LGBT disahkan di Malaysia! Tuhan melarang! Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku.
"(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku.
"Pandangan-pandangan dalam temu bual bersama BBC mencerminkan pandangan peribadi Anwar dan ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar," ujarnya.
Kenyataan dua bekas pemimpin PAS itu membuktikan parti itu yang sepatutnya berperanan memastikan pihak pembangkang tidak tercicir daripada landasan Islam, tidak lagi menjalankan tugasnya semata-mata kerana mengejar matlamat duniawi.
Kita bimbang jika pandangan terlalu liberal yang dibawa Ketua Pembangkang tidak dibendung, maka akan lahir golongan pelampau yang akan mengambil tindakan sendiri apabila merasakan undang-undang tidak lagi mampu mengekang kegiatan LGBT.
Itulah yang berlaku kepada ilmuwan Islam, Profesor Ismail Al-Faruqi dan isterinya, Lois Al-Faruqi yang dibunuh di kediaman mereka di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) pada 1986.
Pembunuh yang merupakan lelaki berkulit hitam yang baru memeluk Islam, Joseph Louis Young telah membuat pengakuan bertulis kepada pihak polis, mendakwa terpaksa membunuh keluarga ilmuwan itu kerana mereka memaksa beberapa pelajar Malaysia mengadakan hubungan homoseksual sebagai balasan untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pengajian di Universiti Temple, Amerika Syarikat.
Ingatlah falsafah China mengenai keseimbangan alam antara YIN (putih) dan YANG (hitam). Jika kita terlalu liberal maka akan lahir golongan ekstremis untuk menyeimbaginya. Kalau ini terjadi, Malaysia pasti huru-hara....!!
nizam.yatim@utusan.com.my
7 comments:
Tapi Wardina Saffiyah boleh dilihat jauh lebih beriman dari Lisa Surihani dari aspek menutup aurat:
"Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." – (al-Ahzab:59).
Memang tidak dinafikan Wardina pernah jahil, namun dia kini lebih anggun sebagai muslimah sehingga UMNO/BN dan musuh-musuh Islam tercabar dengan penampilannya terhadap Islam.
Aku tahu UMNO kalau boleh tak mahu wanita menutup aurat. Ini telah dizahirkan sendiri oleh Dr. Mahathir yang pernah membuat drama, namun hanya disiarkan satu episod sahaja kerana menerima bantahan dari umat Islam diawal tahun 1980an.
YANG MENJADI PENGANUT LIBERALISME DAN MENOLAK HUKUM ISLAM SIAPA SEBENARNYA....SEKARANG SIBUK PULAK DENGAN WASATIYAH...BARU NAK KENAL DGN WASATIYAH KE PENGKUT2 UMNO NI TERMASUK MIK????
Sejak bila MIK dilantik menjadi Penasihat kepada pemimpin2 PAS....Wardina Saffiyah lebih baik dari MIK!!!!!!!
Orang PAS pun x paham maksud ape itu WASATIYAH....
Kalau NIK AZIZ paham ape tu WASATIYAH...dia dah lama buat..NIK AZIZ kata dia paham ayat-ayat dalam AL-QURAN...tapi sampai sekarang tiada pun penemuan baru dari segi SAINS & TEKNOLOGI di buat oleh NIK AZIZ berdasarkan ape yang terkandung dalam AL-QURAN..
IBNU SINA adalah ULAMA sebenar (hafal Al-Qur`an, ilmu perubatan moden, ilmu fizik, ilmu Geologi dan ilmu Mineralogi)
NIK AZIZ (tahu baca Al- Quran je...tapi dia tak mampu menterjemahkan ilmu-ilmu yang terdapat dalam Al-Quran).
Anon3....kau yang tak faham atau buat2 tak faham sebenarnya????
WASATIYAH ni yang aku faham ialah rakyat termasuk ahli-ahli UMNO/BN perlu hidup bersederhana, jika perlu kena ikat perut... untuk membayar cukai yang tinggi, supaya Laki Najib boleh bershopping sakan.
Lebih penting air seluas kolam renang mesti diisi baru siap hari supaya badak di Mahligai Putrajaya boleh mandi, selepas tu kena flush air tu macam flush jamban yang akan diisi dengan air baru.... sebab tulah SPAN kata air di Lembah Kelang tak cukup sampai perlu dibekalkan dari Pahang.... manalah nak cukup kalau kolam renang pun diflush airnya selepas guna macam flush jamban.
kenapa nak buang masa debat tentang kefahaman terhadap wasatiyyah ni? kitorang semua dah faham sangat ker? ada tak mana-mana umat Isam dizaman skarang ni yang telah berjaya memartabatkan Al-Quran sebagai kita Suci yang penuh ilmu yang diturunkan Allah SWT kepada kita selain dari jadi 'alim-ulamak' dan 'ustaz/ustazah'? Al-Quran bukan hanya nak jadi tu jer... banyak ilmu tersirat yang kita masih bodoh nak menafsir, malahan omputih sendiri dan pelajari Al-Quran nak ekstrak ilmu dan pengetahuan, kita jer masih bangang!
Post a Comment