Saturday, February 25, 2012

Aura Tun Dr Mahathir Masih Relevan Untuk Menghalang Kemenangan Pakatan Pembangkang...!

Sehari dua ini kita berpeluang menyaksikan pentas politik tanahair membawa semula penyertaan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir...

Secara dasarnya, apabila serangan politik terhadap Anwar memerlukan kita membongkar kembali kebenaran serta fakta zaman silam, maka sudah pasti "verification of statement" memainkan peranan amat penting!

Anwar yang sedang mendepani tekanan dari banyak sudut diatas pendiriannya mahu memberikan perlindungan kepada negara Israel memaksa Ketua Pembangkang itu mengheret beberapa individu dalam masalah ini.

Sebagai seorang ahli politik yang hebat bersilat dan pandai menukar wajah, Anwar cuma perlu 'petik suis', seterusnya besahut sahutanlah berkokok juak juak murahan gurkha Anwar menjaja cerita kunuunnya yang ada hubungan dengan Israel adalah kerajaan UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri.

Oleh itu segala apa yang dinyatakan oleh mantan Ketua Kerajaan berjawatan Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir sudah pastilah membuatkan Anwar serta kuncu-kuncunya rasa rimas dan tidak tenteram..!

Tun M bukan bercakap kosong..., Tun M tidak merapu meraban tanpa fakta.

Kita tunggu dan lihat apakah ada lagi adu dumba politik Anwar yang boleh "back fire" segala political game yang beliau cuba laksanakan..

2 comments:

mama sara nur said...

idola rakyat Malaysia TUM MAHATHIR

Anonymous said...

Salute Tun...