Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Monday, February 13, 2012

Bersedia Disaman..., Ahmad Said Tetap Menyatakan PAS Parti Sesat....!!

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya yang mendakwa PAS sebagai ‘parti ajaran sesat’.

Malah, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, Ahmad dikatakan bersedia disaman oleh PAS berhubung dakwaan itu sambil menyerahkan kepada parti berkenaan untuk memilih sama ada kes itu dibawa ke mahkamah sivil atau Mahkamah Syariah.


“Ikut pandai dia lah (terserah pada PAS), saya tunggu (bila PAS akan saman). Saya tak akan tarik balik.

“Terserah pada dia sama ada nak bawa kes ini ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Nak saman, saman lah,” kata menteri besar itu dipetik oleh akhbar milik Umno itu.

Jumaat lalu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata Ahmad diberi tempoh tiga hari untuk menarik balik kenyataannya bahawa parti itu adalah "parti ajaran sesat" ataupun berdepan dengan tindakan mahkamah.

Katanya, tuduhan oleh menteri besar itu adalah sesuatu yang sangat berat.

Mengulas isu itu, Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dipetik berkata, beliau tidak akan tunduk dengan desakan PAS itu kerana penyelewengan dan kesesatan yang dibawa parti itu terhadap umat Islam bukanlah perkara baru.

“Tapi dia kata kita (BN dan Umno) macam-macam tak apa. Dia kata kita kafir tak apa,” katanya dipetik Utusan.

Menteri besar itu juga dilaporkan berkata ‘Amanat Haji Hadi’ dan Peristiwa Memali yang mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah, adalah bukti yang jelas dan nyata berhubung dakwaannya itu.

“Selagi Tok Guru mereka (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tidak menarik balik amanat itu, selagi itulah PAS berada dalam kesesatan bersama sebahagian pengikutnya yang begitu taksub,” katanya lagi. [Malaysiakini]

8 comments:

Anonymous said...

Setuju sangat......

Anonymous said...

Penyokong PAS boleh panggil UMNO dengan nama UMNgok, mengapa penyokong UMNO tak boleh panggil PAS parti ajaran sesat.

Itu pun nak kecoh.

Orang Cina panggil Melayu ... Cibai punya Melayu, tak nak pulak PAS saman Cina tu..

mr paktam said...

MB trengganu kite terbaekkk... tok guru patut dgr balik segala ceramah dia yg lama2..mungkin niat baik tapi cra yg salah..amanat yg salah membawa masaalah..

Nok said...

pas apa lagi saman lah...MB trgganu dan bagi option...apa lagi kalau ada telor saman lah...memang dah sah lagi sah pas memang parti haprak lagi menyesatkan...mana komen penyokong haprak...komen lah.....yg ini betul pemimpin umno komen....real punya....baru bertemu buku dgn ruas....lagi pun hujah yg mengatakan Pas sesat lagi menyesat oleh MB ganu memang banyak....saman jgn tak saman lepqs tiga hari...

Anonymous said...

Kalau alasan Ahmad Said tak nak tarik balik krn Pas menuduh ahli UMNO itu kafir, ini bermakna Ahmad Said mengakulah yang Umno tu parti kafir???? Musykil ni bro????

Anonymous said...

Amanat inikah yang dimaksudkan Ahmad Said?

“Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.”

Anonymous said...

Anon2...yg orang Cina panggil Cibai punya Melayu tu, Melayu Umno kot bkn Melayu yg lain....Musykil ni bro????

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu