Lebih-lebih lagi daripada seorang pengikut sebuah parti yang tegar dan taksub akan aliran kepemimpinannya yang diuar-uarkan pemimpin mereka sahaja yang mempraktikkan hidup sederhana, warak perilakunya dan paling dekat dengan rakyat.
Kalau nampak sahaja wakil rakyat kerajaan berkereta mewah, terus ditudingnya sebagai 'itulah parti yang disertainya banyak wang dan boleh kaya segera'.
Cuma pertanyaan tadi yang datangnya daripada seorang rakan penulis yang dikira agak tegar juga sokongannya kepada parti terbabit di restoran sate itu, sedikit sebanyak mencuit sanubari penulis.
"Ishhh, pemimpin itu baru berjawatan...di kawasan itu tapi yang terbakar tu tengok keretanya...," katanya sambil menyebut beberapa jenis kereta mewah milik ahli politik berkenaan yang ditimpa musibah baru-baru ini.
Pertanyaan sinikal itu dijawab penulis selamba....
Apa salahnya pemimpin parti terbabit. Kalau dia seorang ahli perniagaan berjaya, ditambah lagi dengan kecenderungannya aktif berpolitik, maka tidak ada salahnya dia hendak menikmati keselesaan berkereta yang ada jenama.
Tetapi, jawapan penulis tadi meskipun sedikit sebanyak 'melegakan' rakan tadi namun akhirnya dia akur bahawa selama ini dia terlalu banyak prasangka terhadap ahli-ahli politik.
Yang peliknya, semuanya daripada wakil-wakil rakyat kerajaan. Padahal kalau nak dikirakan kebanyakan pemimpin PAS pun berkereta Mercedes Benz.., BMW..., dan Alphard...! Cuma, jika Ferrari atau Maserati, itu sudah melampaulah....
Penulis masih teringat tentang kenyataan sinis yang keluar daripada mulut pengikut Pembangkang apabila tingkat atas rumah empat tingkat milik Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Jalan Duta 5, Taman Duta di sini musnah dalam satu kebakaran yang berlaku awal pagi 8 Mei tahun lalu.
Banyak ungkapan yang tidak molek ditimbulkan oleh mereka dari kalangan Pakatan Pembangkang. Lebih-lebih lagi dalam facebook dan twitter....!
Tidak ada rasa belas kasihan langsung.... Inilah antara tindak tanduk anasir yang sanggup memfitnah dan mengeluarkan kata-kata mengaibkan dengan mengaitkan setiap musibah sebagai satu pembalasan.
"Separuh daripada keimanan adalah kebersihan hati selain kebersihan rumah dan sekitar tetapi saya sedih apabila mendapat cubaan dari Allah SWT, ada pihak mengaitkan ia sebagai hukuman kerana melakukan rasuah.
Astagfirullah..., sedangkan rumah itu saya diami lebih dari 20 tahun yang mana sebelum terlibat dalam politik lagi. Malangnya, apabila saya ditimpa musibah mereka melemparkan fitnah," kata Tengku Adnan ketika ditemui penulis selepas kebakaran itu.
Tengku Adnan merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya sebelum menceburi bidang politik dan ketika ini.
Realitinya, tidak mudah untuk membuang prasangka jika ia sudah berakar umbi dan sebati dalam tubuh seseorang. Apa lagi jika wujud dendam kesumat...?
Semasa seorang pemimpin wanita popular PAS meninggal dunia tahun lepas, ucapan takziah turut dimuatkan dalam Umno-online....
Tetapi nada sebaliknya di sebelah sana, saban hari kerja Harakah, Rocket dan Suara Keadilan disertai portal-portal pro Pembangkangnya 'membelasah' dan 'membantai' kerajaan....!!
Tidak ada satu pun yang elok dan 'kena' pada mata mereka. Gejala itu berleluasa di kala ada antaranya tidak berlesen pun untuk menjual akhbar-akhbar terbitan mereka. Bayangkan kalau sudah ada permit, lagilah 'mengamuk sakan' mereka....
Sentimen terhadap negatifnya parti-parti Pembangkang ke atas apa sahaja dilakukan kerajaan untuk kebaikan rakyat memang cukup menyedihkan. Barangkali kerana kerajaan bersikap 'gentleman' dan tidak ambil pusing terhadap mereka.
Namun, nampaknya mereka kian naik tocang pula ibarat 'ayam jantan tetapi ekor penuh bergelumang tahi'. Psywar (perang saraf) terutama daripada DAP, PKR dan apalagi daripada PASterhadap apa sahaja program bermanfaatkan rakyat daripada BN jelas amat cukup menjengkelkan....
Yang ketara, Pembangkang semakin menunjukkan rasa takut dan gentar mereka terhadap BN yang ditunjangi UMNO. Kini mereka melancarkan satu kempen yang disebut A.B.U. bagi singkatan kepada Asal Bukan UMNO atau Anything But UMNO.....
Betapa takutnya mereka terhadap UMNO atas soal berteraskan dendam mereka terhadap UMNO semata-mata dan bukanlah perjuangan demi rakyat.
Di bibir mereka, hanyalah untuk merampas Putrajaya..., rampas dan rampas di kala BN sedang mengusahakan program-program berlabelkan 1Malaysia. Sebutlah apa sahaja.., Menu, Kedai, Bantuan dan beberapa lagi yang di hujungnya 1Malaysia. Jika dahulu pandangan sinikal dari keluarga segelintir penyokong PAS, PKR dan DAP, kini ia disambut dengan raut wajah sedikit ceria.
Yang pasti, PAS yang ditubuhkan pada 1951 jika sekadar bertanding 60 hingga 70 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen pada PRU13 nanti, usahlah bermimpi untuk mengetuai Pakatan Pembangkang mereka....
Dengan apa yang PAS lakukan di Selangor, Perak, Kedah dan apa lagi Kelantan yang sudah 20 tahun, tidak ternampakpun pembangunan untuk ummah, apa lagi Universiti Malaysia Kelantan (UKM) pun diusahakan oleh orang UMNO dari Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed, maka tentunya orang Melayu sudah ternampak luas tembelang PAS..!.
Yang pasti juga, ketika penulis meninggalkan rakan tadi di restoran sate Selayang itu, sedikit perubahan ternampak di raut wajahnya. Penulis tidaklah berharap sangat.
Namun hakikatnya PRU13 adalah ujian sebenar kepada kredibiliti Barisan Nasional (BN) walaupun terdapat
Tanda-tanda awal bahawa rakyat semakin yakin dengan BN selepas kerajaan dilihat komited menunaikan janji-janjinya dalam pilihan raya lalu.
Ketika pilihan raya itu nanti rakyat akan membuat penentuan akhir sama ada BN telah berjaya memenuhi harapan dan kehendak mereka atau sebaliknya.
Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
4 comments:
sambungan artikal blogger waadat masuk PAS
http://waadat.blogspot.com/2012/02/cheguman-masuk-pas-bahagian-kedua.html
Apa pelik selama dengan PAS, aku sendiri ada sebuah Mercedes, sebuah BMW dan Skyline yang sekali sekali aku buat race di PLUS. Yang terbaru dalam kira-kiranya nak ambil Lamborgini- tapi terfikir dengan jalan yang tak berapa baik di Malaysia, buat jahanam kereta tu. Semua tu aku beli sendiri, tak rembat pun harta negara.
Sekurang-kurangnya pemimpin PAS tak merembat harta rakyat... belum ada lagi pemimpin-pemimpin PAS yang berjawatan kerajaan diheret ke mahkamah akibat penyelewengan dan rasuah.
Adakah patut RM250 juta yang sewajarnya digunakan untuk membangunkan penternakan lembu di Malaysia dibelanjakan untuk:
- Beli dua kondo,
- Beli Mercedes,
- Bayar gaji untuk diri dan anak dengan jumlah yang tak masuk akal,
- Bayar perbelanjaan kad kredit diri dan anak,
- Belanja untuk pergi umrah,
- Beli kondo di Singapura.
Wei UMNO! Sedarlah diri sikit, jika isteri kamu bernama Sharizat, namun berniaga apom lenggang di tepi jalan... adakah kamu sebagai suaminya bernama Salleh akan dapat projek RM250 juta tu... walaupun di belakang rumah kamu ada sebanyak 250 ekor lembu yang diternak secara fitlot selama 20 tahun.
Dapatkah kamu geran pinjaman tu?
Itu tidak kira lagi macam mana Khir Toyo yang mampu memiliki harta yang melebih pendapatannya. Takkan dia pun menabung sejak kecil... berapa juta gigi yang dia rawat untuk membolehkan dia memiliki harta sebanyak tu. Takkan tak faham lagi, dia dah didapati bersalah oleh mahkamah.
Jangan kata kita dengki dengan Melayu, ini bukan masalah dengki, ini masalah mereka ambil duit kita dengan cara tidak betul.
Ini bukan
masalah Melayu tolong Melayu, ini masalah Melayu aniaya Melayu, ini masalah Melayu tipu Melayu, ini masalah Melayu zalim Melayu, ini masalah Melayu khianat Melayu,
Siapa khianat: UMNO dan kamu-kamu yang menjadi ahlinya.
Kamu berdiam diri apabila pemimpin kamu menipu wang rakyat. Sebab kamu berdiam diri dan membiarkan pemimpin kamu mencuri wang rakyat maka rakyat terpaksa bangkit menentang UMNO. Jika UMNO bertindak menegur pemimpin kamu, bertindak menghentikan kejahatan pemimpin kamu dengan menyingkirkan mereka dari pesada pemerintahan mereka dan memilih pemimpin UMNO yang baik, sudah pasti rakyat akan mengekalkan pemerintahan UMNO di Malaysia, malah mengekalkan apa yang kamu katakan Ketuanan Melayu (bila ada tuan maka perlu ada hamba, pemimpin UMNO jadi tuan, ahli UMNO jadi hamba, dan rakyat cuba diperhambakan).
Namun kamu ahli-ahli UMNO tidak berbuat demikian walaupun kamu tahu pemimpin kamu bersalah, sebaliknya kamu melindungi mereka, kamu puji tindakan mereka. Akibatnya rakyat melihat UMNO tidak boleh diharap... ahli UMNO tidak boleh diharap untuk menegur pemimpin mereka, ahli UMNO tidak boleh diharap untuk membela rakyat, ahli UMNO tidak boleh diharap untuk melindung rakyat. Jadi salahkah jika rakyat ingin mengguling UMNO dan BN secara keseluruhannya setelah kamu gagal melindungi dan membela hak rakyat? Fikirlah sejenak wahai ahli UMNO, dan pemilik blog MIK yang aku lihat kini dah pandai menapis.
Pasal aku ada banyak kereta di atas berlaku jika UMNO tak ada. Kalau UMNO melalui kerajaan tidak terlalu melindungi pengeluar kereta nasional dengan mengenakan cukai kereta luar yang tinggi sudah pasti busuk-busuk pun ahli UMNO paling haprak mampu memiliki Toyota Camry, Honda City dan sebagainya yang second hand. Tapi apakan daya ikut kepala otak Mahathir pakai kancil, viva, myvi, saga, pesonalah kita sedangkan hakikatnya harga yang kita bayar sewajarnya membolehkan kita memiliki kereta-kereta baru yang lebih berkualiti dan selesa. Untuk pengetahuan sebuah kereta baru sebelum Proton diwujudkan hanya sekitar bawah RM 20,000 sahaja. Sekarang ahli UMNO yang paling haprak hanya mampu memiliki kapcai buruk yang 20 kali tendang baru start... bila boleh hidup enjin maka berterima kasihlah kamu dengan pemimpin UMNO/BN.
alahai sedihnya ,mcm menagih simpati je, sendu la.
Anon2...senak perut pencacai UMporno baca komen saudara.....nak tambah satu lagi, puak Umporno ni takkan berjaya dan bergerak bila tak masyuk bro...semua berbayar, bagi Umporno tak de yg free di muka bumi ni...sb itu, rakyat geli hati bila mendengar ucapan pemimpin UMNO tentang nak membela dan memperjuangkan bangsa Melayu..di P Pinang dah berpuluh2 tahun memerintah, melayu penang cmtu jgk...yg kaya dan mewah sape????? Alhamdulilah rakyat dah sedar sekarang...mrk takmau ditpu lagi oleh UMno/BN...
Post a Comment