Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Sunday, February 5, 2012

BRAVO Kak Ijat...! Lawan Tetap Lawan....

"It's okay...kita orang politik...lagi bagi semangat kepada kita bila dapat dugaan" kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada pemberita selepas Majlis Pemantapan Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Wanita Barisan Nasional (BN)di Beruas semalam.

Shahrizat diminta mengulas kenyataan seekor lembu Fidlot PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini bahawa parti itu akan menyambut kepulangan Shahrizat dari bercuti dengan pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan keluarganya...

Ketua Wanita UMNO itu akan mula bertugas minggu depan setelah bercuti selama tiga minggu menegaskan bahawa beliau bersedia dan tidak takut untuk menghadapi sebarang tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Terdahulu, dalam ucapannya Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno dan Wanita BN berkata selama 30 tahun beliau berkecimpung dalam politik segalanya senang dan dipermudahkan oleh Allah, bagaimanapun pada akhir-akhir ini beliau menghadapi ujian yang berat.

"Saya tidak layak jadi Ketua jika kena uji saya menyerah bulat-bulat. Jangan ingat saya takut sangat...., saya hanya takut kepada Allah," katanya yang baru pulang daripada menunaikan umrah, semalam.

Shahrizat berkata Wanita BN perlu bersedia menghadapi pelbagai dugaan dalam politik dan beliau menasihatkan mereka supaya tidak mengambil kesempatan jika ada di kalangan mereka dilanda kesusahan.

Katanya ketika seseorang ditimpa kesusahan semua pihak perlu bersatu padu memberi sokongan kepada individu tersebut.

Beliau turut mengingatkan mereka supaya tidak mudah melatah dengan agenda juak juak murahan Pembangkang...!

"Kalau orang nak tembak, dia akan cari kepala..., jangan nak melatah dan ikut agenda Pembangkang..." katanya.

Mengenai persediaan Wanita BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang, katanya beliau akan memastikan Jentera Pilihanraya Wanita BN sentiasa bersedia.

"Kita akan lebarkan sayap Skuad Sayang. Kita akan pastikan Wanita UMNO dan parti komponen lain mantap," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Elok tu hanya takutkan ALLAH... jadi pakai tudung dengan sempurna. Berani berdepan dengan dugaan politik, jangan lalai pulak dengan Akhirat. Jangan kata pulak itu hak personal, kerana kita yang bukan muhrim ni kalau terlihat pun sama-sama dapat SAHAM NERAKA kalau tidak saling mengingati.

Anonymous said...

Dugaan apa ke bende...ini soal salah guna kuasa bro...bukan soal dugaan atau cubaan....nanti di akhirat jawablah depan Tuhan.....

Anonymous said...

Barang kali sayap Wanita UMNO dok pertahankan sangat Kak Ijat ni sebab sayap ni pun dapat syer sama kot dalam NFC, sebab tu pertahan macam lembu gila je.