Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Friday, February 3, 2012

BUKTI..! Rombongan Anwar Main Salji Di Hotel Conrad Istanbul Sewaktu Anwar Kutip Dana Pilihanraya PKR.....


Status di facebook Yb Saifuddin Nasution yang turut sama menyertai rombongan Anwar Ibrahim ke Turki menyatakan berikut;

Istanbul suhu –2C, salji memenuhi perkarangan hotel Conrad tempat penginapan…, berkurung dlm bilik sementara tunggu syarahan dsai di pm ofis







Anwar, Azmin serta rombongan disambut Prof Baqeer panitia prog syarahan Anwar di Istanbul. Mereka dijadual bertemu PM dan Presiden Turki di samping menyampaikan syarahan itu.



Dipetik dari Blog Gelagat Anwar;

Kita ucap tahniah kepada Anwar yang sudahpun berangkat ke Turki malam semalam (bukan lari dan mencari suaka politik!), tetapi lebih kepada usaha saat akhir untuk mendapatkan bantuan dana PRU yang akan datang daripada beberapa pihak di Turki.

Kalau mengikut jadual yang ditunjukkan oleh Saifuddin kepada beberapa petugas Ibupejabat PKR malam semalam sewaktu di KLIA; kita nampak memang lawatan ini mempunyai tujuan yang sangat khusus.

Anwar dijadualkan bertemu beberapa pemain korporat di Turki dalam beberapa hari ini. Dengan berbekalkan beberapa info terkini mengenai tanah, kawasan, tawaran istimewa, kelebihan yang dimiliki oleh Selangor dan Pulau Pinang kepada usahawan Turki, Anwar juga akan berbincang mengenai kemungkinan Turki membantu PKR daripada sudut lain.

Ada juga usaha untuk mewujudkan kerjasama politik jangka panjang antara AK Party dan Parti Keadilan daripada sudut pertukaran ‘kakitangan’ dan kepimpinan yang akan berlangsung untuk masa yang terdekat.

Beberapa orang kalangan pemimpin muda PKR akan dihantar ke Turki untuk belajar kaedah kempen dan modus operandi pilihanraya yang dibuat oleh AK Party. Anwar memang mahukan DASAR PANDANG KE TURKI sebagai agenda baru yang bakal dilaksanakan oleh PKR.

Yang kelakar, semalam sempat Azmin Ali menunjukkan ‘metal detector’ yang diberikan oleh seorang rakan Amerika kepada mereka. Tak mahu masalah di Patpong dan Bangkok berulang..., nampaknya Saifuddin dan Azmin mengambil langkah yang sangat hati-hati!

No more problems..., tegas Azmin! Semua kakitangan yang ada di sekeliling tergelak.... Boleh jadi bahan gurauan nampaknya Anwar sekarang ini.

Anwar juga akan bertemu beberapa tokoh politik. Ahmet Davotoglu memang menjadi pengikut setia Anwar sejak zaman di UIAM lagi.



Anwar juga akan bertemu dengan beberapa ‘market analyst’ di Turkey – bagi mencari kelemahan pembelian ACIBADEM oleh Khazanah baru-baru ini....

Beliau sengaja ingin mencari kalau-kalau ada kelemahan yang dibuat oleh Khazanah dalam dealing tersebut.

Antara wakil-wakil syarikat yang akan bertemu Anwar: Enka Insaat (Construction) dan Akbank (Perbankan). Menarik juga permainan Anwar ini...!

Kalau menurut anggaran awal Ibupejabat PKR, dana awal sebanyak RM55 juta akan dapat banyak membantu usaha kemenangan pilihanraya.

Sekiranya nanti Anwar berjaya, nilai @ value Anwar di kalangan Pakatan Rakyat akan meningkat berkali ganda...! ianya akan dijadikan salah satu BUKTI bahawa Anwar dapat memimpin dengan baik adalah kemampuan mencari sumber kewangan.

Kalau mengikut list panjang usahawan Turki yang bakal Anwar temui – komitmen RM15 juta sekurang-kurangnya memang boleh diusahakan.

Yang pelik, ada ‘bullet point’ – ‘American friends’ di dalam jadual Anwar. Siapa dia ‘American friends’ ini..? Di mana mereka berjumpa...? Atas sebab apa...?

Sebelum meninggalkan rakan-rakan di KLIA – Azmin sempat bergurau, ‘this is last we’re going as opposition….next time, we are part of PM’s Office’. Terburai gelak!!

6 comments:

Anonymous said...

Cakap sedap. Nak buat kerja siapa? Dalam PR tiada siapa yang boleh buat kerja.

Tukang cakap jadi pengarah ramai la hahahaha.

Assmin macam lah tuhan tak da dalam dunia ni. Dengan organisasi tipu undi dan carca marba ada mimpi syaitan untuk binatang tu jadi PM hehehehe.

Hari pun malammmmmm....

Anonymous said...

beri tahu azmin tu "JANGAN BERANGAN LEBIH LEBIH" Malaysia ni bukan untuk dia!!!!jauh sekali untuk anuar!!!!
Kau takkan dapat!!!!

Anonymous said...

1.Dapat dana nanti,NUar nak bagi bagikan kat pengundi ke? Berapa RM sorang pengundi dapat?
2.Wan azizah tak ikut ke? Dah Azmin ada metal detector senanglah Nuar buat projek di Turkey pulak. Ayam Turkey cantik wooo

Anonymous said...

Ha ha ha ha pangai jealous tak berubah. lantaklah dia nak main salji ka, nak makan salji ka janji tak mentekadarah duit rakyat, itu dia punya pasal, lagipun Parti yang Perintah Turki sekarang lebih Islamik dan ingin menegakkan Islam.
salah ka kalau pergi melobi untuk dapatkan duit bagi menampung perbelanjaan PRU, takkan nak buat kutipan tabung semasa ceramah sahaja, janji duit tu tak diambil secara haram dari apa-apa sumber pun, hatta dari duit dana rakyat
Melaysia ka Turki ka mana2 negara kat dunia ini bukan hak mutlak asasi sesuatu kumpulan sahaja, sesiapa yang lebih baik dan komited akan dapat menegakkan kuasa, rakyat keseluruhannnya lah yang berhak menentukan siapa pilihan mereka disamping ketentuan Ilahi, siapa kita nak kata orang tu boleh orang tu tak boleh.
Siapa lah kita nak kata orang tu masuk Syurga, orang ini masuk neraka.

Anonymous said...

Lepas tu byk sgt terhutang budi kt org negara tergadai...lu pikirlah sendiri...asik gi luar negara jek...byk duit...

Anonymous said...

BN dah ada penyumbang dana tetap PRU13 nanti...dari Genting, Magnum dseaktu dengannya..jd BN?UMNO tak perlu risau...semuanya bisa diatur pak!!!!!