Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Thursday, February 2, 2012

Dia Bukan Ahli PKR Dan Belum Masuk PAS….! Kenapa UMNO Tak Mahu Dekati Dia…?

Sejak awal pagi kalangan sahabat sahabat bloggers membawa kisah bekas celebrity bernama Catriona Ross yang sudah berjaya “disekolahkan” oleh Bob Lokman untuk menyertai parti PARASIT PAS…

Tetapi setelah menonton video klip tersebut, Blog MIK mempunyai pandangan yang berbeza sedikit. Lebih lebih lagi sekiranya mahu membicarakan soal agama kenapa harus landasannya adalah parti PAS..? Sedangkan kini semakin hebat bekas Pesuruhjaya PAS Dato Dr Hasan Ali membuat Road Show mendedahkan PAS sekarang bukan lagi memperjuangkan agenda mempertahankan agama Islam….

Sekiranya kita perhalusi video klip tersebut [tonton kemudian, ada di penghujung penulisan ini..], jelas dinyatakan oleh bekas celebrity tersebut bahawa beliau bukan ahli PKR dan belum bersatu lagi roh dan jasadnya untuk mengisi borang menjadi ahli PAS walaupun berulang kali Bob Lokman mempelawanya berbuat demikian…

Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross adalah namanya yang sebenar. Beliau berdarah kacukan Melayu-Scottish itu pernah membintangi beberapa filem dan drama bermula awal tahuan 2000an.

Wanita ini sudah meninggalkan dunia glamour beliau.

Titik tolak keputusannya setelah beliau terlibat dengan satu kemalangan ngeri sehingga memaksanya bertarung dengan nyawanya apabila dimasukkan ke wad ICU pada tahun 2007. Mungkin sewaktu berada dalam keadaan koma beliau mendapat hidayah untuk mendekat dirinya dengan Allah dan perlu banyak mempelajari serta melibatkan dirinya dengan program ilmiah, tauhid dan keagamaan…

Kereta milik Catriona yang remuk dalam kemalangan tersebut

KOTA BHARU: Pelakon Catriona Bahrin Ross yang parah akibat kemalangan jalan raya sebulan lalu, kini beransur pulih dan dijangka keluar hospital tidak lama lagi.

Beliau kini menjalani rawatan di sebuah hospital di sini sejak dua minggu lalu dan sudah boleh menikmati makanan kegemarannya, laksam, sambil menonton drama bersiri lakonannya `Datin Diaries.

Catriona Ross sudah sihat berkat doa rakan dan peminat semua dan sudah boleh menggerakkan kaki katanya ketiak ditemui di wad hospital disini semalam.

Catriona, 27, patah kedua-dua belah kaki selepas kereta dipandu rakannya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 230.8 Lebuhraya Utara-Selatan, ketika dalam perjalanan dari Senawang ke Air Keroh, Melaka pada jam 6.45 pagi, 14 April lalu.

Dia dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, sebelum menjalani rawatan di sebuah hospital, di sini dua minggu lalu.

Catriona berkata, tangan kanannya tidak patah seperti dilaporkan media sebelum ini tetapi cuma calar dan selepas keluar hospital, dia akan berehat di kampung keluarganya di sini. – Bernama

Bersama sama dengan UMNO kita juga memiliki beberapa tokoh tokoh ilmiah agama wanita yang seharusnya boleh membawa dan membimbing Catriona agar tidak sesat bersama PAS..!

PAS ketika ini dikuasai oleh PARASIT PARASIT sepertimana didedahkan oleh Dato Dr Hasan Ali. Oleh itu kita janganlah cepat membuat andaian dan menghukum Catriona yang masih mencari cari dimana garis penamatnya untuk mendalami ilmu agama….

Ikuti dengan teliti apa yang dikatakan oleh Catriona pada video klip dibawah ini;

4 comments:

Assassin Cyber said...

Politik punya pasal diajaknya rakan rakannya menuju ke jalan sesat, di bawah Nik Aziz(Nabi PAS).

Anonymous said...

ni pesan ikhlas aku pada Catriona ..pesan melalui pengalaman diri aku sendiri.

' nak berubah , bagus ! itu niat yang baik , usaha yang baik , harapan yang baik , matlamat yang baik ..

pun demikian , nak berubah itu adalah niat peribadi , tak perlu hebohkan pada umum , paling baik telan dalam2 niat itu biar hanya kita dan Allah saja yang tahu , tak perlu buat sidang media , tak perlu heboh satu dunia ...

kerana dalam perjalanan itu pasti akan ada duri dan onak , ada angin dan ribut , ada hujan dan panas , belum tentu kita selamat dari hujan dan angin dan onak duri , ada waktu kita akan tersadung kaki , ada waktu kita terlelap , ada waktu kita berhenti mencari air buat basahkan tekak yang kering ..

jika sekarang kita berkokok dengan ayat2 yang hebat , takut ketika ada ujian mendatang kita akan mengubah ayat lama itu ..demi hayat dan sebagainya , kerana diri kita sebenarnya masih lemah , masih perlukan tongkat dunia utk berdiri , kita belum mampu menjadikan tanah sama rasa dengan nasi !

elakkan sifat takabur, jgn cakap besar , jgn merendahkan orang lain , kerana kita tdk tahu esok itu untuk siapa samda utk kita atau utk orang lain , kerana kita belum tahu apa akan berlaku esok hari ...

pada Catriona, terimalah nasihat ini , semoga akan terus tegak dalam berjalan dan berlari dipadang terbuka ..

Anonymous said...

Sebab bukan cara UMNO mempergunakan agama untuk menaikkan nama, pengaruh dan kedudukan sendiri...tapi UMNO guna nama, pengaruh dan kedudukannya untuk menaikkan agama... tak tau la macama mana PAS plak??

joe labu said...

tak yah la perasan minah ni berubah..ni hanya sekadar tukar "job" je...sebab tak laku dah jadi gumuk..dulu masa lepas eksiden selagi ade tawaran berlakon haram pun tak mau ubah...lepas beranak jadi gemuk dah la pendek...offer jadi kureng...tetiba lak konon jadi islamik..maklumlah jual tudung dan ceramh masyuk...

tak yah la umno tertipu ngan lakonan "pelakon suam2 kuku gini..mak dia jual ubat kopi connection ngan radix di kelantan..paham2 je lah...tu je punca pendapatan.