Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Sunday, February 19, 2012

GEMPAAR PKR...!! Azmin Ali Kata Dia Tak Mau Buang Masa, Isu Lembu & Kondo NFC Isu Bodoh....

Kalau mereka yang masih aktif dengan PKR (ataupun kumpulan awal reformis), Azmin Ali masih lagi figure yang dihormati dan disayangi. One thing about Azmin..., seronok berkawan dengan dia, seorang yang matang dan tidak berdendam (asal tak buat hal politik dengan dia).

Walaupun mungkin tahu kita tidak lagi aktif dalam PKR, Azmin tidak kedekut untuk berkongsi info dan maklumat. Beliau nampak sahaja sombong, tetapi dia pada hakikatnya sangat friendly dan mudah didekati....

Baru-baru ini, sempatlah beberapa rakan kumpulan reformis awal (ada yang aktif dalam UMNO pun), duduk bersembang dengan Azmin dan berbincang tentang hal politik. Tak ada sekatan, kata Azmin. Boleh tanya dan soal apa sahaja....

Rakan-rakan kumpulan reformis awal pun ambil peluang. Tak sempatlah nak letakkan semua info, tapi ada beberapa perkara asas yang boleh dikongsi di sini. Khusus untuk tatapan rakan-rakan reformis, adik-adik AMK, penggerak PKR, orang UMNO dan mereka yang sempat membaca blog ini.

AKAR PERJUANGAN
  • Azmin tegaskan bahawa dalam setiap perjuangan mesti ada ‘akar’. Mesti ada asas. Bukan main hentam keromo sahaja. Sebab itu Azmin tegaskan, ramai orang PKR sekarang ini akarnya tidak kuat. Semangat perjuangan lembik.
  • Azmin tegaskan, dia dan beberapa rakan lain memulakan gerakan reformis tanpa ada back-up kewangan yang banyak. Semua kena berjimat. Dana politik kosong. Azmin dan beberapa rakanlah membantu Kak Wan yang hilang punca. Laki tak ada....., kewangan sempit.
  • Tak macam budak muda sekarang..., kalau tak ada RM30k dalam akaun secara bulanan, tak mahu berjuang. Payah kalau fikir kewangan sahaja, kata Azmin..!
  • Benda ini merosakkan ‘akar’ perjuangan, kata Azmin.
  • Dedahkan skandal rasuah orang lain (tetapi tak berhati-hati dengan masalah sendiri);
TIMBALAN PRESIDEN YANG KAKU
  • Jangan nilai sumbangan Timbalan Presiden daripada media. Tak wajar.... Timbalan Presiden menjaga hal ehwal ‘kepartian’. Role dan peranan yang lebih penting!
  • Tak timbul soal Setiausaha Agung lebih menyinar. Tak timbul..., SU Agung dibantu oleh Ibupejabat. Boleh bergerak sendiri...? Tak boleh. Tak ada kemampuan.
  • Tanya pada Kak Wan siapa yang paling banyak membantu parti? Tanya Anwar, siapa yang lebih banyak memberi sumbangan?
  • Timbalan Presiden kena fikir seluruh ‘jentera’. Tak minat dengan isu bodoh, lembu dan kondo (jarang hadir PC yang macam itu sifatnya)

MEREKA YANG BERCITA-CITA TINGGI DALAM PARTI
  • Tengok contoh – Zaid Ibrahim. Di mana dia sekarang...? Baru terhegeh-hegeh nak minta maaf. Kita dah ingatkan..., jangan melawan arus. ... Kena ikut arus tapi degil. Sudahlah akar perjuangan longgar..., mahu beli orang dengan duit. Sudahnya...?
  • Tapi kena ada jiwa besar. Saya (Azmin) maafkan dia.... Silakan untuk aktif semula. Tapi degil lagi? Kita tanam politik dia...!
  • Orang muda macam Sam, Rafizi, Nazmi bagus, tapi tak kuat secara politik. Masih syok sendiri... Tak faham perjuangan. Fikir poket dan wang ringgit!!

GOMBAK?
  • Setakat ini akan pertahankan Gombak. Apa senario..? UMNO sendiri belum tentu calon. Yang kita dengar, kata Azmin: Megat Zulkarnain, Hassan Ali, Prof Zainul Fithri (anak jati Gombak – anak bekas Ketua Penerangan UMNO zaman Tun Razak) dan Rahman Ismail (mantan yang banyak skandal). Fuad Hassan dah tersingkir....
  • Ada kemungkinan kita swap dengan PAS, sekiranya UMNO letak Prof Fithri atau Hassan Ali.
  • Mengakui bahawa undi Melayu di Gombak kacau bilau – disebabkan banyak isu yang belum selesai.
  • Sebagai ahli parti, saya akur keputusan. ...Rela dipindahkan ke mana sahaja. Selesa jika di KL/Selangor. Setiawangsa boleh difikirkan.

NURUL IZZAH
  • Kalau market mahukan Izzah sebagai Presiden – sanggup beri ruang.
  • Anak muda yang ada potensi dan pemikiran.
  • Tapi masih banyak perlu belajar politik. Terlalu menurut nasihat yang tak betul.... Rosak politik dan masa depan.
  • Akar perjuangan masih belum kuat. Tidak fokus...!



HUBUNGAN DENGAN PAS
  • Keadaan terbaik pada ketika ini. Mudah dilentur dan senang dibawa berbincang.
  • Peranan Kamaruddin Jaafar, Syed Azman dan Mahfoz sangat besar dalam menjadi jambatan.
  • Kesilapan meletakkan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden, namun Azmin hormat keputusan perwakilan. Tetapi, lebih bagus kalau membawa imej bersih seperti Salahuddin Ayub.
RAMALAN PRU
  • Masih BN.... Jangka kurang daripada 140 kawasan Parlimen milik BN.
  • Syarat: duit cukup, kesatuan kuat, skandal kurang – insya’Allah.
  • Anwar tak sempat jadi PM – perlu fikir orang lain.

Setakat itu yang sempat dicatatkan. Kalau ingat akan disambung semula.

Dipetik dari Blog Gelagat Anwar

0 comments: