
Difahamkan BPR (ketika itu belum dinaiktaraf sebagai Suruhanjaya) pada 2008 pernah menyiasat Sahol Hamid atas dakwaan salah gunakan kuasa dan kedudukan rasminya bagi memilih dua anak perempuannya di bawah skim TPM.
Menurut sumber, BPR kemudiannya menyarankan Naib Canselor ketika itu Tan Sri Profesor Ibrahim Abu Shah mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu berkenaan. Sahol Hamid ketika itu bertugas sebagai Timbalan Naib Canselor.
Namun begitu, mari kita lihat sendiri dengan jelas dan terang dokumen dokumen pihak BPR dibawah ini…;
ANDA PERLU DOUBLE CLICK PADA IMEJ DIBAWAH UNTUK BACAAN YANG LEBIH JELAS...!
Sepertimana yang didedahkan diatas, antara yang dimaklumkan BPR kepada UiTM:
Timbalan Pendakwaraya BPR setelah meneliti kes dan mengambil kira kepentingan awam memperakukan supaya pihak VC ketika itu iaitu Dato Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah mengambil apa apa tindakan yang difikirkan wajar.
- Sahol Hamid selaku anggota Jawatankuasa Latihan Pembangunan Staf (Induk) pada Ogos 2006 didakwa bersetuju dengan laporan lembaga temuduga yang mencalonkan 411 nama selepas temuduga dan sesi mock teaching.
- Sahol Hamid selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan juga didakwa memperaku keputusan tawaran TPM tetapi gagal mengisytihar kepentingan dua anaknya iaitu Norashikin Sahol Hamid dari Fakulti Komunikasi dan pengajian Media dan seorang lagi, Yasmin Sahol Hamid dari Fakulti Kejuruteraan Awam dari Fakulti Komunikasi dan Media serta Fakulti Kejuruteraan Awam.
Timbalan Pendakwaraya BPR setelah meneliti kes dan mengambil kira kepentingan awam memperakukan supaya pihak VC ketika itu iaitu Dato Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah mengambil apa apa tindakan yang difikirkan wajar.
3 comments:
bapak mestilah kena tolong anak,Berbuat baik pada keluarga terdekat dahulu,kemudian barulah pada masyarakat.
KALAU ADE KELAYAKAN DAN CUKUP SYARATNYA KENAPA TIDAK HARUS DIBERI PELUANG? JANGAN LAH DOK DENGKI KAT ORANG ISLAM..CUBA TENGOK LGE JUAL TANAHPDC KEPADA IVORY? DAH TERLEPASA BARU NAK CARI...TU LA MELAYU DULU KIN DAN SELAMANYA...
Anak dia tak dapat pun biasiswa tu akhirnya. Ni lebih kpd kes dengki yg nk jatuhkan imej dato sahol. Lagipun kalau anak dia layak apa salahnya? So kalau ayah tnc anak tak boleh mohon? Mantan vc mmg dengki ke dato sahol
Post a Comment