Tuesday, February 28, 2012

GEMPAARRR Swis Garden…!! “Orang Dalam PKR” Sendiri Yang Kenakan Badrul Amin…..

Habis riuh rendah sakan berdendanglah cerita kunuunnya kes khalwat Penasihat Agama terulung PKR, Dr Badrul Amin adalah kerja konspirasi UMNO!

Betapa maksumnya pimpinan PKR…., mereka tidak melakukan sebarang dosa, mereka serba serbi lengkap most perfected leaders.  Lihat sahaja apabila Imam Mahdi mereka Anwar Ibrahim apabila terpalit dengan kes liwat dan video lucah membelasah China Doll…, siapa yang dipersalahkan…?  Jawapanya ialah Najib, Rosmah, UMNO, Polis, Hakim dan itulah dia jawapan standard untuk menutup segala kesalahan diri mereka sendiri..!

Berbalik kepada kes liwat Dr Badrul Amin bersama seorang wanita isteri orang yang terjadi di sebuah bilik Swiss Garden Resort Kuantan jam 2 pagi 26 Februari 2012.  Seperti skrip sudah tersedia untuk dibacakan…. Siapa yang disalahkan..?  Kali ini Jabatan Agama Islam Pahang JAIP yang duduk dalam kerajaan negeri pentadbiran UMNO-BN Pahang.


 Panaaass….! 
“Sebenarnya yang kenakan Badrul Amin nie orang dalam PKR jugak…”

“Mereka dah fed up dengan Badrul Amin yang makan gaji buta sebagai Ketua Penerangan Pejabat Menteri Besar Selangor.  Tak ade ape pun yang dia buat…”  jelas seorang sahabat dari pimpinan PKR Selangor kepada Blog MIK.

“Badrul Amin mula lepas tangan bila PKR lantik Yb Shuhaimi jadi Ketua Penerangan PKR Selangor.  Azmin Ali sebagai Pengerusi PKR Selangor lantik Shuhaimi…”

“Jawatan Badrul Amin dilantik oleh MB, tapi nampaknya program PKR Selangor lebih aktif lebih dapat sambutan dan kerjasama banyak pihak” tambah sahabat itu lagi.

“Ada dua kem, satu yang Khalid MB lead, dan satu lagi yang Azmin Ali punya team… Bila Badrul Amin nampak program Penerangan bawah Shuhaimi dah buat kerja maka dia [Badrul] dia pun cuci tanganlah bro…”

 “Badrul Amin ni pulak dari dulu memang tak boleh pergi dengan Azmin Ali….” kata sahabat itu kepada Blog MIK

Difahamkan kakitangan pejabat MB Selangor sudah beberapa kali menegur Badrul Amin dalam mesyuarat untuk memperhebatkan lagi program dibawah kelolaan dan kendaliannya, namun langsung tak diendahkan.  Badrul Amin kecewa setelah beliau hampir hampir tewas dalam pemilihan Mesyuarat Agung Cabang Sabak Bernam yang tercetusnya peristiwa baling kerusi dan tumbuk menumbuk dikalangan ahli ahli dan perwakilan.  Dalam kem PKR sering menyindir-nyindir Badrul Amin menang secara tidak sah…..

Apakah benar kekecohan kes khalwat Badrul Amin didalangi oleh dalaman PKR sendiri khususnya dikalangan pejabat MB Selangor..?

Kalau kita perhalusi cerita dari versi seorang blogger penjilat tegar Pakatan menyatakan bahawa tiada sebarang kekecohan sewaktu lembu lembu Pakatan dihimpunkan oleh Anwar di Swiss Garden Kuantan untuk menyertai Himpunan Anti Lynas, atau lebih dikenali sebagai Himpunan Hijau.
Kesemua pimpinan Keadilan, termasuk Anwar Ibrahim menginap di Hotel Swiss Garden Resort & Spa di Kuantan. Dr Badrul Amin yang hadir bersama isteri beliau, Ina juga menginap di hotel yang sama, bersama-sama semua pimpinan KEADILAN.


Dato' Seri Anwar Ibrahim mewajibkan kesemua pimpinan menyertai proram Temu Rapat, selama 3 hari yang diadakan di Hotel tersebut.

Mengapa Ust Badrul tidak dibawa ke balai Polis? Kerana pagi tadi beliau dilihat ada bersama-sama pimpinan yang lain.

Itulah yang diceritakan oleh Blog Milo Suam….
Mengikut cerita Blogger tersebut disebelah pagi selepas tertangkapnya Badrul Amin bersama wanita isteri orang itu, beliau masih kelihatan ada bersama sama pimpinan yang lain.  Malah, Blogger bangang si Milo Suam itu sendiri tidak tahu kisahnya Badrul Amin sudah dilempang oleh suami wanita berkenaan…., ceritanya disini.

Oleh itu siapakah yang membocorkan kisah ini yang menjadi kecoh sepanjang petang hari Ahad..?  Adakah dikalangan pimpinan PKR sendiri…?

Ketua Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahrom dinasihatkan supaya mengambil cuti selama sebulan sehingga beliau dibersihkan dari tuduhan yang dikatakan berkhalwat pada Sabtu lalu.Kerajaan Negeri telah menerima penjelasan Dr Badrulamin berhubung kejadian itu dan mendesak pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan siasatan secara telus, adil dan professional demi menjaga maruah beliau sebagai muslim sebagaimana yang dituntut dalam ajaran Islam.

Kerajaan Negeri berharap cuti rehat yang diberikan ini dapat digunakan untuk menumpukan perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau dan melakukan usaha-usaha bagi membersihkan nama beliau.

Sepanjang tempoh bercuti ini, tugas-tugas beliau sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor akan diambil alih sementara waktu oleh Sekretariat akhbar Pejabat Dato’ Menteri Besar yang diketuai oleh Setiausaha Akhbar Dato' Menteri Besar.

 Akhir sekali Kerajaan Negeri Selangor menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian-andaian negatif dan menyerahkan hal ini kepada pihak berwajib melakukan penyiasatan.

 Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

9 comments:

Anonymous said...

bengap punya milo suam

Anonymous said...

Salam semua;
Swiss Garden Hotel adalah hotel 4 atau 5 bintang. Bagaimana boleh 20 orang gangster masuk kedalam hotel tanpa disedari oleh pengurusan dan pihak keselamatan hotel. Adakah pihak keselamatan hotel gagal mengenalpasti kehadiran begitu ramai gangster memasuki hotel dan naik ke tingkat dimana penghuni tinggal.
Jika ini benar berlaku, adalah tidak selamat untuk menginap di Swiss Garden Hotel Kuantan. Pihak Swiss Garden Hotel Kuantan perlu mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara diatas terutamanya bila ada penginap hotel mendakwa dipukul oleh gangster didalam bilik hotel.

Anonymous said...

maaf rasanya kes khalwat bukan liwat kan....

Anonymous said...

Aik?

PEJABAT YB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR?

bukan mamat tu Tan Sri ke?

Anonymous said...

mesti milosuam syok kalau badigol tekan pintu belakang dia...

pejuang hamas...

Anonymous said...

Come on people!!! Grow up lah....everytime ada masalah moral, mesti salah orang lain...kenapa tak face it like a MAN...Badrul Amin, please muhasabah diri! ALLAH turunkan musibah ni tentu bersebab...jangan jadik musibat yang hanya nak menyalahkan orang lain! UMNO adalah nama besar...dan tak ada masa untuk ambil tau fasal hal moral kamu...NOT SIGNIFICANT...

Sudir said...

Bro.. perenggan ketiga.. bukan kes liwat tapi khalwat.. Kang abang besar marah pulak..

Anonymous said...

pandai pula suruh org jg maruah,maruah org lain dan diri sendiri x nak jaga..

Anonymous said...

rakyt sudah blh agak,ni suatu tipu muslihat dr fucktan rakyt sndri yg memakn diri sndri,jgn pilih parti yg bermaslah,pilih terbaik,kejutan gelombang BIRU sudh dirasai rakyat,~pemerhati politik