Siapakah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika PTPTN ini ditubuhkan? Nyata sekali PTPTN ditubuhkan di bawah batang tubuh pemimpin yang hari ini ke hulu ke hilir mendakwa PTPTN menekan mahasiswa, zalim dan merupakan tanggungjawab kerajaan untuk memberi pendidikan percuma sehingga ke universiti.
Tujuan PTPTN ialah untuk mengambil alih peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sebelum ini merupakan agensi pemberian pinjaman pendidikan terbesar kerajaan selain Majlis Amanah Rakyat (MARA). PTPTN bertujuan mewujudkan satu tabung pinjaman pendidikan yang tidak lagi memerlukan peruntukan kerajaan saban tahun seperti JPA sebelum ini.
Malangnya PTPTN bermula dengan langkah yang salah apabila mengenakan caj sehingga 4% setahun ke atas pinjamannya. Ini menimbulkan kemarahan para pelajar yang terasa mereka dibebani oleh pinjaman pendidikan yang terlalu tinggi apabila mula bekerja.
Tapi sekali lagi pengenaan caj 4% ini dilakukan di bawah pengawasan Menteri Kewangan mana? Orang yang sama hari ini yang mendakwa pinjaman PTPTN dan caj pengurusan, yang jauh lebih rendah daripada zaman beliau, sebagai zalim dan menindas mahasiswa.
Namun kerajaan Barisan Nasional yang prihatin ini kemudiannya menurunkan kepada 3%dan setereusnya menganjurkan skim baru yang hanya mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 1% sahaja. Dan ingatlah semua ini berlaku bukan lagi pada zaman pemimpin "rakyat" bernama Anwar Ibrahim memegang kuasa.
Baca seterusnya...., klik SINI
1 comments:
Yang paling penting ialah siapa Menteri Pelajaran ketika PTPTN diperkenalkan... jangan lupa keluarga Menteri Pelajaran ni ada buat IPTS yang dinamakan UNITAR yang mendapat keuntungan dalam dari pinjaman PTPTN.
Untuk makluman semasa Menteri Pelajaran inilah ramai pelajar ketika itu dikira tidak layak memasuki IPT turut disumbat ke universiti. Pelajar-pelajar yang ketika itu menerima pinjaman sama ada cepat atau lambat dari JPA yang tidak mengenakan riba telah dikurangkan, dan tiada pilihan melainkan membuat pinjaman PTPTN yang dikenakan riba. Akibatnya jeng-jeng, apa bila mereka menamatkan pengajian berlakulah lambakan sumber manusia berkemahiran akibat dari kebodohan Menteri Pelajaran ketika itu membuat perancangan. Pelajar-pelajar berhadapan dengan pengangguran dan pada masa yang sama PTPTN mula meminta hutang. Akibatnya para pelajar terbelenggu atas kebodohan kerajaan BN yang mengajar orang-orang muda berhutang untuk belajar yang sepatutnya pelajaran adalah dibantu oleh kerajaan.
Sekarang balanya UMNO yang terima, pelajar-pelajar yang meminjam PTPTN tidak merasa terhutang budi dengan kerajaan kerana itu adalah pinjaman peribadi mereka. Jadi sekarang:
Buah cempedak dah jadi buah nangka,
Padan muka wahai UMNO yang celaka.
Untuk pengetahuan wahai para peminjam PTPTN sekalian, Pakatan Rakyat di dalam BUKU JINGGA melakukan perancangan untuk menyelesaikan isu PTPTN yang membebankan siswa. Jadi apa tunggu lagi wahai pemimjam PTPTN tak kira BN, Pakatan Rakyat mahupun atas pagar kita menangkan Pakatan Rakyat dan perubahan terhadap PTPTN akan dilakukan... ingat air di Selangor, dijanjikan air free, maka diberi air free... jadi masakan PTPTN tidak boleh dibuat sesuai sedang ini termaktub di dalam menifesto Pakatan Rakyat.
Post a Comment